Monday, July 23, 2018

Sampai ketemu lagi......

23 Julai 2018

3 hari lepas, 20 Julai 2018...kami bertemu semula setelah sekian lama terpisah. Alhamdulillah, akhirnya alam maya muka buku telah menemukan kami semula.Ramai kengkawan rapat yang tertanya-tanya. Sejak bila pulak aku ada family angkat?hahahha...Sebab tak tercerita dengan orang. Mana yang tau, taulah.

Pertemuan pertama kami bermula pada tahun 1995. Itu detik awal perkenalan aku dengan keluarga ayah. Masa tu aku Form 3. Nak ambik PMR, maka adalah tugasan subjek Sejarah. Kitaorang semua kene buat portfolio tokoh tempatan. Masa tu aku duduk hostel. Jenuh jugakla nak cari tokoh. Pikir punya pikir masa tu, redah jelah Kem Askar sebelah sekolah tu. Di situlah kami bermula. Selepas tanya-tanya 2-3 soalan, ayah invite kami gi rumah dia ujung minggunyer. Sebab nak snap gambar masa tu. Oh ya, lupa pulak. Aku berdua masa tu, ngan kawan sekelas aku, Alina.

Hujung minggu tu, pertama kali jejakkan kaki gi rumah sewa ayah. Ayah asal Johor, mak asal Kedah. Masa tu 1st time jumpa dengan mak dan 3 adik lelaki. Wow....semua anak ayah lelaki. Hahaha...Selepas abis snap gambar, bual-bual..alhamdulillah, family ayah sangat baik. Seronok berbual. Ayah terus cakap, nanti bila-bila datang lagi. Jadi anak ayah. hahahha...aku tak ingat aku jawab macam mana. Cumanya lepas tu, kerap bila hujung minggu, ayah ambik dari hostel bawak balik rumah.Di situ, aku ngan adik-adik jadi rapat. Dorang tiba-tiba dapat kakak. Yang aku pulak, tetiba dapat adik, lelaki. 3 sekaligus. Biasala mainan budak lelaki, ngan aku-aku sekali main mcm dorg masa tu. Adakalanya, dorang pulak datang rumah aku kat kampung. So, hubungan angkat kami ni bukan hanya melibatkan aku, tapi juga keluarga aku.

Lepas SPM 1997, masa tu ayah dah pindah balik Kedah. Aku ngan mak aku datang Kedah. Lebih kurang 2 minggu jugak kitaorg stay sana. Kenal ngan family members yang lain. Jalan-jalan.seronok ingat balik kenangan tu. Lepas tu, entah macam mana, kami terputus hubungan sekejap. Jenuh duk cuba jejak. Tapi memang lost. Sampailah ada sekali tu ayah kursus kat Terengganu. Dia datang ke rumah. Tapi aku takde masa tu. Nasib baikla masa tu jumpa balik. Tapi hanya jumpa ngan ayah jelah.

Beberapa tahun lepas tu, adik Hisham pulak call. Kebetulan masa tu dia ada operasi kat Terengganu dan aku pun ade kat kampung. Perghhhh...dah besar panjang dah adik aku ni. Dah hensem dah. hahahha.Tapi tak ingat dia dah kawin ke belum masa tu. Yang lain-lain masih belum dapat jumpa. Oh ya, actually, lepas kitaorg jumpa tahun 1997 tu, mak ayah dapat lagi sorg adik. Aku ingatkan pompuan, rupanya lelaki gak. So, aku ade 4 adik lelaki. Lengkap boleh jadi bodyguard. kikikiki..

Tahun 2012, kitaorg ke Langkawi. Tapi disebabkan masa tu nak rushing balik Johor, tak sempat jumpa lama. Dapatla jumpa dalam 15 minit. Tu pun kat tepi highway. Terlepas rindu kat mak masa tu. Mak makin cantik!huhuhu....Lama kan. Tapi lama lagi tak jumpa dengan adik Zz ngan adik Lan. Last jumpa 1997. Memang tak terbayang langsung muka dorang macam mana.

Actually, akhir tahun 2016...semasa aku ditimpa dugaan bertimpa-timpa tu. Aku ada contact mak ayah. Plannyer memang nak jumpa dorang masa tu. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tak jadi.

Sampaila satu hari, tak ingatla bila...ada satu friend request kat FB. Mula-mula aku abaikan, hahaha. Sebab aku ni jenis nak approve tu aku tengok dulu siapa. Mula-mula tengok, aku ignore. Tak kenal. Tak lama kemudian, ada request lagi....lama aku duk belek... Ya Allah...adik aku rupanya. Hahahaha....ampun dik...hahaha..mula dari situ kitaorg contact balik. Tapi tak kerap sangatla. Sampailah Ramadhan 2018, aku tengok Sham asyik post status kat hospital. Bila tanya, barulah dia bagitau....Sedihnya masa tu. Nak gi ziarah, tapi keadaan tak mengizinkan.

Nak dijadikan sebab, tahun ni kami plan nak ke Langkawi bawak budak-budak naik ETS. Bila semak jadual perjalanan, ada transit 5 jam. So, lepas bincang-bincang, aku decide nak buat survey trip. Sekaligus aku nak try naik ETS ke utara. Masa tu teringat nak gi ziarah ayah. Lepas beberapa minggu yang sangat sibuk, aku mohon kebenaran dengan bos aku. Alhamdulillah...bos izinkan. Itulah detik pertemuan semula kami.

Alhamdulillah, dapat jumpa mak ayah, sham,siti (wife sham), anak-anak sham dan juga si bongsu yang selama ini aku ingat pompuan. Hahahaha...sorry adik aka paksu....walaupun pertama kali jumpa dengan dorg ni...tak rasa kekok. Sememangnya family ayah memang dari dulu mudah mesra. Kali ni belum berkesempatan nak jumpa dengan ZZ n Lan dan juga family dorang. Insya Allah, one find day yer adik-adik.

Pertemuan 2 hari tu rasa macam terlalu singkat. Terlalu banyak cerita yang ingin kami imbas. Terlalu banyak cerita yang ingin kami kongsi. Semoga kami masih diberi kesempatan untuk berjumpa lagi di masa akan datang.Terlalu banyak pengharapan yang aku harapkan. 
Semoga ayah diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya.
Semoga mak diberi kesihatan yang baik.
Semoga sham,zz,lan dan akmal terus diberi kekuatan untuk menjaga mak dan ayah.
Semoga  sham,zz dan lan mampu mengemudi rumahtangga dengan baik dan diberi kebahagiaan yang berkekalan hingga ke anak cucu.
Untuk adik aka paksu, muda lagi...jangan risau, kumpul duit dulu, nikmati kehidupan..InsyaAllah akan hadir jodoh yang terbaik untuk adik.

Sampai ketemu lagi.

Lots of love,
Kak Juwin

* Tq Min, temankan naik ETS n buat survey trip ni
* Tq Dayah, dapat jugak kita jumpa akhirnya....




Saturday, July 21, 2018

Belajar mengenal diri.....

18 Julai 2018

Agak terlewat sebenarnya coretan ini di upload. Draf dah siap last week.Oleh kerana sedikit kesibukan, jadi hari ini baru berkesempatan untuk update lagi.

Seperti yang sedia maklum, Iman adalah the only one hero mama. Tahun ini, dah 7 tahun Iman tinggalkan kami semua. Terbayang keletah anak-anak kecil di tahun 1. Dalam masa yang sama, aku selalu pikir...andai Iman nasih ada, dengan sakitnya..pasti dia akan lalui satu fasa kehidupan yang agak sukar berbanding dengan kanak-kanak lain. Sesungguhnya aturan Allah itu adalah yang terbaik. Benar, kehilangan Iman sampai sekarang masih dirasai. Walau dia hanya seketika, tapi tetap menjadi sebahagian dalam memori kehidupan kami.

Setiap kali tengok paparan akhbar tentang kejadian yang menimpa anak-anak kecil ni, semakin kuat ingatan kat Iman. Hari kedua Iman lahir, dia dah lalui 1 fasa yang sangat kritikal. Nyawanya dihujung tanduk ketika itu. Doktor sendiri berterus terang, Iman takde harapan untuk diselamatkan. Bayangkan apa aku rasa ketika itu. Dia lahir secara ceaserian. Lebih awal dari tarikh yang diberi sebenarnya. Masa tu dah ada contraction dr malam. Sampai subuh makin kerap. So, Doktor decide ceaser pagi tu jugak. So, hari pertama...aku sedar tapi a little bit mamai. Tambah pulak lepas tu flu.Lagila pengsan terus. 

Hari kedua, bangun. Tengok Iman takde. Tanya nurse, nurse bgtau Iman kat bilik doktor. Still takde rasa apa2. Sebab memang tak terpikir langsung. Tak lama doktor datang bilik, short notice, Iman kene hantar ke JB. Ada problem jantung!....masa tu rasa mcm nak pitam pun ada. terus call Dr Gurdial minta pandangan.Sebelum ke JB, Iman kene transit dulu kat Hospital di Kluang. Masa perpindahan Iman, tong oksigen terlambat disediakan. Masa tu sebenarnya aku dh hampir kehilangan Iman. Iman kritikal. Tak boleh ke JB sebab sangat berisiko tinggi. Kene tunggu sampai dia stabil. Petang, barulah dia stabil dan terus dihantar ke JB.

28 hari Iman di JB, setiap hari aku datang, berbual dengan dia. Iman kat NICU, so hanya mak bapak ajer yang boleh masuk. Setiap hari hanya mampu tengok dan berbual. Iman menangis pun suara tak keluar sebab dia mmg guna ventilator. Hanya mampu tengok dia bukak mata, dia gerakkan kaki tangan. Nak pegang atau dukung memang tak boleh sebab penuh wayar berselirat kat badan dia. 28 hari, tanpa gagal mama hadirkan diri. Masa tu, dalam hati..sentiasa berdoa agar ada keajaiban dari Allah agar panjangkan umur Iman, sembuhkan sakit Iman. Hanya itu yang ada dalam kepala otak aku. Actually masa tu sangat tough. Sebab aku dah final semester. Masa tu tengah sibuk nak buat analisis thesis Master. Dan masa itu juga, tiada istilah berpantang. yang jadi keutamaan, Iman. Aku akui, kakak sofia sedikit terabai di ketika itu. Im so sorry kakak.

28 hari itu, penuh dengan cabaran. Beberapa kali juga, doktor call minta datang ke hospital segera sebab Iman dah kritikal. Just imagine. Aku ulang alik dari Kluang waktu tu. 2 minggu stay hotel kat JB. Tapi bila papa Iman dah habis cuti, kitaorg ulang alik hari-hari. Cubaan kali pertama untuk hantar Iman ke IJN, gagal sebab Iman kritikal pada hari yang sepatutnya dia dihantar ke IJN. Percubaan ke 2, barulah berjaya. Pengalaman aku naik ambulans dari JB ke IJN. Sampai kat Seremban, terpaksa stop tepi highway sebab oksigen habis. Terpaksa tukar tong oksigen baru.

Sampai IJN, doktor lebih berterus terang. Harapan tipis. either teruskan atau stop aje. Aku decide, nak teruskan. Sekurang-kurangnya aku dah usaha sehabis yg boleh. Iman kene dialisis buah pinggang dulu sebelum procedure. Luluh hati. Tengok Iman kene tebuk sana sini. Buat itu ini. Tak terucap dengan kata-kata. Jadi, aku selalu pikir. Manusia jenis apa yang tanpa ada rasa duk buang baby, dera baby, Allahu....takkan sekelumitpun takda erti sayang dalam diri orang tu...Tapi bila direnung semula, pasti ada sesuatu yang menyebabkan mereka bertindak begitu.

Iman 4 hari jer kat IJN. Procedure Iman pagi Isnin 22 Ogos 2011. Masuk sebelum pukul 8 pagi. Tapi sampai pukul 12, masih belum selesai. Masa tu rasa tak sedap hati. Sampailah tak lama lepastu, doktor panggil.Procedure gagal. Doktor terpaksa tangguhkan. Dorang dah buat CPR lebih dr setengah jam. Tapi Iman still tak recover. Dia dah bleeding terlalu banyak. Dorang try masuk platlet.Sampai pukul 4pm, baru Iman tunjuk respon positif sikit. Procedure kali pertama gagal.So, doktor decide tengok petang esoknya. Buat hari itu, dorang restkan Iman.Dorang suruh aku balik hotel rehat dulu. Aku sempat masuk tengok Iman. Masa tu rupa Iman berubah. Aku panggil2 nama dia, dia bukak mata. Tapi nampak sangat dia x larat. Doktor pun tak kasi panggil sangat. Aku balik hotel. Sampai hotel, baru jer nak baring, doktor call lagi. Minta datang segera. Iman kritikal...

Bergegas aku ke IJN. Hotel depan IJN jer. Tapi kalu dah namanya KL...nak u turn pun dah satu hal. Sampai ajer kat bilik, kaunselor terus panggil suruh aku duduk. Dia tarik tirai. masa tu Iman duk dalam bilik berdua. Kaunseor tu terus angkat Iman atas pangku aku. Dia cakap, mama nak cakap apa2, cakap sekarang. Dah tak ada masa....buat seketika, aku blur. Sebab itu kali pertama aku dapat pegang dan pangku Iman....Sampailah seketika, akhirnya...Terlafaz dalam hati aku, mama lepaskan dan redha dengan kepergian Iman. Kalau memang ini yang terbaik untuk kita semua, mama redha. Mama halalkan susu mama yang hanya 2-3 titik  Iman rasa. Mama redha sekiranya mama tiada rezeki untuk bersama Iman.....Dalam suasana itu, Iman pergi tinggalkan kami. Kali pertama dan terakhir aku pangku dia...

Posting tentang perjalanan hidup Iman, aku dah pernah tulis dulu. Malam ni, entah kenapa...rasa macam terbayang peristiwa itu. Segar sangat dalam ingatan. Tak pernah lupa. Kehadiran Iman menguji kekuatan, kesabaran dan ketabahan aku sebagai seorang insan yang kerdil. Walau besar mana pun harapan kita, walau besar mana pun keinginan kita...yang menentukan adalah takdir hidup kita yang telah tertulis sejak azali. Di situ aku belajar sesuatu. Belajar mengenal diri sendiri. Belajar erti kehidupan. Semua orang impikan kehidupan yang selesa dan bahagia. Tapi tak semua yang kita impikan itu mampu kita miliki. Terima kasih Iman, walau hanya seketika...tapi sayang itu hingga ke syurga....

 Ada orang, kita nampak dia kaya raya,senang,tapi hati mereka adakalanya tidak tenteram. 
Ada orang kita nampak serba kekurangan, tapi kehidupan mereka sentiasa bahagia dengan apa yang mereka miliki. Kita? lalui kehidupan yang sama. Namun, cerita kehidupan kita takkan sama kerana.....takdir kita berbeza...

Happy birthday Iman....hero mama...
Cepat atau lambat..pasti kita ketemu di Sana...


Sunday, July 1, 2018

Happy 13th birthday Nur Sofia Batrisya


Nur Sofia Batrisya...



30 Jun 2018
Genap kakak 13 tahun. Di mata mama, kakak always baby. Sentiasa menjadi peneman mama tak kira apa situasi. Bila dia takde, rasa kosong sebab takde kawan nak gaduh. Takde kawan nak komen macam-macam.


Dia nampak tenang
Dia nampak kuat
Dia nampak kasar
Namun, hakikatnya....
Dia anak yang manja
Diusia 13 tahun ini, dia masih keanakan
Cuma ada beberapa perkara yang dia sudah mula membentuk personalitinya
Dia menentukan cara pemakaiannya sendiri
Dia menentukan gaya rambutnya sendiri
Dan pastilah, mama sentiasa menjadi pengkritik utama
Ada situasinya mama memberi sedikit kelonggaran kerana mama ingin dia melalui fasa awal remaja secara neutral, bukan robot yang mama control tanpa memikirkan kehendak dan hasrat hatinya. 




Dah 2-3 tahun birthday dia jatuh pada bulan Ramadhan. So, memang xde celebration. Sebelum-sebelum ni pun, kami just adakan kenduri kecil-kecilan untuknya. And this year, mama nak dia happy sebab dia dah pun memasuki fasa awal remaja. Sikit sebanyak dia sudah mula memahami apa yang berlaku. Dalam kepayahannya untuk menerima hakikat itu, dia tetap cuba menyimpan semua rasa.
Hari ini mama tunaikan janji mama semalam. Semalam mama just bawak kakak untuk birthday dinner treat. Mama janji hari ini, baru potong kek.




Kakak,
Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama. Semoga kehidupanmu sentiasa diiringi dengan kebahagiaan, diberkati, di bawah lindungan Allah, berjaya dunia akhirat dan menjadi anak yang sentiasa mendamaikan jiwa mama.

Belajarlah menghadapi kehidupan yang amat mencabar ini. Belajarlah untuk menjadi kuat dan tabah.Kerana, kita takkan tahu bagaimana perjalanan hidup kita. Perjalanan kita takkan sama dengan orang lain. Mama cuba menjadi ibu yang terbaik untuk kakak. 

1 Julai 2018
11:46 pm
Mama







Friday, June 29, 2018

Life is short, make it sweet!

"Life doesn't allow for us 
to go back and fix what
we have done wrong in the past,
but it does allow for us to live
each day better than our last"

Sebelum aku bercerita lebih panjang, lebih melalut...those yang rasa menyampah sebab si Juwin ni tak abis-abis update posting...asyik keluar  posing tudung, gambar anak-anak, gambar aku n the gang yg pantang ada program, mesti nak bergambar, post makanan....u better unfollow me..Please, do unfollow me..sebab aku ni memang suka jer nak posting macam2 walaupun tak penting. Sebab ini satu bentuk aku mencipta kenangan aku untuk anak2 aku...ok.. yang mana suka baca, kalau ada yang baik, boleh jadikan tauladan...yang merepek2 tu, just abaikan.hahahaha..sebab aku suka merapu tak tentu pasal gak.

Just nak tulis apa yang terlintas dalam kepala otak jer. Tak ada kena mengena dengan sesiapa ok. Dan tak menarik pun sebenarnya..hahhaha...saja2 nak update blog. Takut lupa terus aku ada blog yang aku create khas untuk anak2 aku baca tentang kehidupan mama diorang ni bila aku dah xde nanti. Especially kisah adik beradik diorang, arwah Iman. (miss u so much...).

Bulan ramadhan tahun ni, awal-awal aku cakap ngan mak aku, aku tak kisah dia nak puasa kat mana pun. Sebab kesian kat dia, duduk sorang-sorang kat rumah. Macam tahun lepas, memang dia bosan giler duk sorang-sorang. Aku keluar awal pagi, balik dah dekat nak buka. Sebab tahun lepas memang bz giler.Mak aku pun bila aku cakap camtu, memang dia nak duduk kat kampung jer. Biasala, mak2 mana suka tinggalkan rumah dorang lama2 kan...kecik ke, besar ke, tetap dia selesa kat rumah sendiri.Rumah aku pun bukan rumah sendiri. Masih menyewa. Kalau aku duduk rumah sendiri, wajibla aku bawak dia duduk ngan aku. Tak kirala macam mana pun. hahahaha

Tahun 2018 ni cam kerap balik kampung. Kering poket. hahahha...Awal mei balik mengundi, awal jun balik cuti raya. Nanti InsyaAllah bulan Ogos balik raya haji pulak. Pastu akhir tahun balik lagi. menghitung hari nak balik kampung sendiri. Dah tentu2 aku orang kampung. Tak kirala kampung aku kat ceruk mana pun. Kat jin bertendang pun, dah kampung aku.Sibuk sangat nak kisah aku duduk kat jin bertendang tu apa hal. Setakat ni dah berpuluh tahun merantau ni, belum lupa lagi jalan balik kampung, belum lupa lagi pintu rumah mak aku...so, ai is pelik ngan orang2 yg suka sangat duk sibuk aku duk kt mana...duit minyak, duit tol, semua bayar sendiri...tak pernah pun mintak duit ngan orang. Kecuali, bila time nak balik Johor semula, duit dh abis..aku mintak la ngan mak aku. hahahahaha...mak aku...bukan mak orang lain...

Bulan puasa tahun ni banyak skit cabaran. Faktor kesihatan pun perlu aku utamakan. So, aku slow sikit bab niaga. Sikit2 tu tetap on jugak. Tapi bak orang cakap, kadang2 Allah turunkan macam2 ujian untuk kita. Bulan ni jugakla keta nak jatuh sakit mcm tuan dia....huhuhu...mula2 lampu air bag nyala, pastu antar check..sampai bengkel lampu enjin pulak nyala...alaaa ko ni..main kejap nyala, kejap hilang. Masalahnya dah nak hari raya, lori dah tak jalan, so terpaksa tunggu lepas raya. memang dah terbayang duit akan melayang. Hadoi, dahla nak raya kan. huhuhu...

Hari raya tahun ni rasa macam penuh dengan rasa syukur. Bayangkan, dapat jumpa best friend masa sekolah rendah dulu. Kami last jumpa masa abis SPM dulu. Lepas tu dah tak jumpa. Giler lama tak jumpa. Dapat jumpa sejam tu rasa macam 5 minit jer. Banyak sangat kami nak kongsi. Walaupun kami ada berhubung kat FB atau mesej, tapi feeling tu tak sama dengan face to face. Lepas tu, dalam masa sejam, boleh pulak kengkawan sekolah rendah dulu ajak reunion. wasap ting tong ting tong pukul 3 lebih, reunion mula lepas asar. hahahaha...kami gamble jer masa tu. Dah ada group kan. Senang. Walaupun short notice, tapi we did it. Seronok. Yang penting dapat kumpul together, mengimbas cerita lama. Tu 1 moment yang seronok. Apatah lagi kami bersama di zaman kitaorg kecik lagi kan. Reunion sekolah rendah ni aku selalu join. Sebab kami jarang planning betul2 pun. Memang jenis terjah. Masuk dalam group, sapa yang ada kat kampung, yang free,jom jumpa kat mana2 port. Biasanya memang rumah big bos reunion, Syazwan.hahaha...
Cuma reunion sekolah menengah jer belum pernah ada kesempatan nak join. Selalunya memang takde kat kampung, so macam mana nak join. Jadi, janganla ada anggapan tak nak jumpa kengkawan lama, atau dah sombong. Dah kenapa, memang selama ni korang tengok aku sombong ke? Aku ni jenis muka memang masam dan tak pandai nak mula berbual sangat. Tapi kalau dah kenal, sebatu korang buleh dengar suara aku bercakap. Hahahahha...membebel sorang2...

Kawan ni datang dan pergi dalam hidup kita. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 sebab aku dikelilingi kawan-kawan yang sangat baik. Sentiasa membantu, sentiasa support, sentiasa positif. Tak kira aku ke mana pun, kawan-kawan yang dah lama rapat ni, sentiasa ada dengan aku.Sentiasa menyokong aku. Kalau korang tanya, macam mana aku hadapi kehidupan aku yang dah macam dalam drama ni (bak kata kawan aku sorg ni)..jawapannya.."sebab korang"... Korang adalah kawan yang aku tak mampu nak jumpa setiap seorang sambil ucap, terima kasih sebab jadi kawan aku.Sebab bukan semua duduk dekat2 dengan aku. Tapi, walaupun jauh di mata, support dan doa diorang ni sentiasa ada untuk aku. Yang dekat dah tentula selalu jumpa. Tu yang tiba2 keluar posting gambar kek la, gambar makanan. Itu signature girls day out. hhahahaha..

Aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Walaupun tak sempurna macam orang lain, tapi aku tetap happy. Sebab pada aku, kita yang bertanggungjawab nak bahagiakan diri kita sendiri. Tak perlu tunggu orang lain bahagiakan kita baru kita nak rasa bahagia. Ruang bahagia itu terbentang luas. Banyak cara kita nak bahagia. Yang penting, aku tak kacau sesiapa. Tak minta duit dengan sesiapa. Aku nak pegi mana, nak makan apa. Semua aku tanggung sendiri.Ada masanya rasa nak makan kat gerai, masukla gerai. Ada masa nak makan tempat air cond, belek la purse. Kalau mampu aku masuk, kalau tak mampu, aku cari tempat berkipas. Semua tu pilihan kat tangan kita sendiri.Kerja hakiki ada, biz kecil2 pun aku buat, so ada masa kita rewardla untuk diri sendiri.  Aku dah cakap tadi, aku update kat FB dh sebab itu satu cara aku cipta kenangan untuk aku dan anak-anak aku. Kalau tak suka, unfollow jelah.Setakat makan kat Secret Recepi tu apa riaknyer pun. Semua orang mampu makan kat situ. Lainla tiba2 aku sarapan kat London, dinner kat Uzbezkistan ke. Kalau camtu, bolehla korang kata aku riak. Sebab aku ni cikgu biasa jer. Nak beli tiket gi London pun abis sebulan gaji aku. hahaha...

Macam panjang pulak aku membebel ni. ahhaha..okla. nanti sambung lagi next time. 
Actually tengah dalam planning nak run kan 1 program cahrity. Nanti next entry kita citer yer. 
Esok nak buka pre order tudung cam biasa. Dah sebulan setengah cuti. So, its time to keje keras. Esok birthday kakak, belum plan nak celebrate kat mana. Dah besar2 ni, celebrate simple2 jelah kakak...

By:
Juwin Salim
29 Jun 2018
5:19 pm










Tuesday, May 22, 2018

Tentang hati

Salam Ramadhan...
Alhamdulillah syukur, masih lagi berpeluang merasai dan menikmati bulan Ramadhan tahun ini. 
Tiba-tiba rasa nak menulis jer hari ini. Macam-macam rasa ada hari ini. Dengan cuaca yang mendung, mata mengantuk, badan rasa lesu......rasa pun berkecamuk...Dah boleh jadi macam ABC + durian + ais krim + cendol.....hahaha....bila puasa...tiba-tiba teringat macam-macam pulak..

Sehingga hari ini, syukur..masih diberi kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ini.Harapnya kekallah berterusan. Masih lagi mampu masak sendiri sediakan juadah berbuka untuk kakak. Kakak sangat cerewet tentang makanan. Kalau beli, risau. Takut perut dia kalah. Sebab usus dia sensitif. Tak boleh salah makan. Kemudian, dia sendiri pun agak cerewet. Banyak menda yang dia tak suka. Kalau hari-hari biasa, mama guna kuasa veto jer. Makan apa yang mama sediakan. (tapi mama banyak tanya dia, nak makan apa...hahahaha)...Cuma bila puasa ni, memang every day akan tanya dia, dia nak makan apa. Sebab pikir, dia puasa,kang sediakan makanan yang dia tak suka, dia tak makan pulak.Nak kata cerewet sangat tu takla..cuma kalau mende yang dia tak suka, memang dia tak makan la.

Hari ni, maybe ada memori yang bermain dalam fikiran. Memori yang kita tak mampu nak padam dari ingatan. lagi kita harap, memory tu tak kan hadir dalam kepala otak kita, lagilah ia datang menari-nari dalam kepala otak kita ni... sadis kan?hahaha...Tapi yang bermain dalam fikiran aku sekarang, bukanlah memori yang dah jadi lipatan sejarah itu. Tapi apa yang bermain dalam fikiran adalah tentang rasa.Banyak rasa terasa. Sedangkan hati rasa kosong....

Dengan macam-macam perkara yang terjadi, macam-macam situasi nak kena hadap, semuanya macam berkumpul menjadi rasa yang pelbagai. Akhirnya, ada air mata yang tertumpah di situ....
Kadang-kadang, macam ada rasa yang tak mampu nak diluahkan pada sesiapa.
Ada cerita yang nak diceritakan, tapi tak tahu bagaimana hendak bercerita. Akhirnya, semua itu, terkumpul menjadi rasa yang tak mampu nak huraikan pada sesiapa. Penyudahnya, hanya air mata yang tertumpah. Dah macam awan...dah sarat...dah berat..baru hujan turun...

Adakalanya, kita terlalu menjaga hati orang-orang sekeliling kita. Hingga kita terlupa tentang soal hati kita sendiri. Dan akhirnya...kita hanya rasa pelbagai rasa, tapi hati kosong...Apa pun, doa yang baik-baik. Semoga suatu hari nanti, Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk semua. 

Terlalu banyak rasa yang disimpan, tapi tak mampu nak diluahkan....
23 Mei 2018

Sunday, April 29, 2018

Mimpi yang tak sudah

..............Dalam hidup kita, sentiasa ada persimpangan. Adakalanya kita keliru, jalan mana yang harus kita pilih agar perjalanan kita lancar dan sampai ke destinasi yang dituju..

Memilih persimpangan umpama satu pertaruhan dalam kehidupan kita. Tersalah memilih, pasti akan ada onak dan liku yang perlu kita lalui. Mungkin juga kita kecundang terlebih dahulu. Mungkin juga kita tetap sampai ke destinasi yang kita tuju walaupun beronak dan berliku. Dan mungkin juga, persimpangan yang dipilih, adalah pilihan yang tepat. Laluannya lurus, tiada onak, tiada duri.

Cerita kehidupan kita tidak sama.Pengalaman mengajar dan membentuk kehidupan kita.Pengalaman itulah membentuk diri Aku menjadi Aku. Aku dan hanya Aku yang tahu apa yang Aku rasa.

Adakalanya hati dan jiwa kita menjadi kental..walaupun di ketika itu, keyakinan itu tiada..tapi apa kita ada, hanyalah perlu kentalkan hati dan jiwa.. tiada pilihan kedua....dan di saat sekarang, bila toleh ke belakang..terselit persoalan tentang keupayaan sendiri.."Akukah itu?" Persoalan yang tak mampu dijawab oleh orang lain...
kerana,
cerita kita berbeza......

Hari ini, ada kalanya keletihan itu sedikit dirasai....Namun, usah diikut rasa letih itu, usah dilayan rasa penat itu..kerana...selagi nafasku belum terhenti, selagi kitaran hidupku masih belum terhenti...teruslah melangkah menuju ke destinasi itu....

Juwin
29.4.2018



Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau Jelmaan
Dalam kenangan
yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakan dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

*** ini lirik lagu....terdengar kat radio..mcm best lagu Ibno Riza ni... lagu dh lama, tapi sedap pulak menjadi halwa telinga aku....***

Friday, April 13, 2018

Cerita kita berbeza.....

14 April 2018

Dah lama tak berjaga malam sebenarnya. Tapi malam ni mata jadi segar pulak. Petang tadi duk minum Coffea Latte, penyudahnya malam ni payah pulak nak tidur...

Dah lama betul tak menulis. Lately ni rasa macam malas, tak ada mood nak menulis. Entah bila nak rajin pun tak tau. 2018 ni rasa...sibuknya. Kerja tak habis-habis. Proposal sampai sekarang masih pending...Entah bila nak dapat kekuatan nak sambung buat proposal...

Permulaan 2018, berjalan dengan baik. Syukur alhamdulillah. Walaupun kesihatan ada kalanya terganggu. Sejak Februari aritu, badan on of...Kejap rasa ok..Kejap rasa tak sihat. Rasanya belum pernah lagi jadi macam ni. Tak sihat yang berpanjangan. Bulan Februari betul-betul tak sihat. MC entah berapa kali. Then, berlarutan hingga Mac. Sehinggalah one day, pergi cek HB..Mak aihh..7.3 only!! Dah macam zaman aku pregnant dulu-dulu...Patutla aku kerap rasa macam nak gelap mata. Lepas tu, macam biasalah...terpaksa rajinkan diri minum air sayur every day...huhu...and now...alhamdulillah...badan dah makin rasa ok skit.

Korang jangan nak jual apa-apa vitamin kat aku...kikiki...sebab aku memang tak makan vitamin atau apa-apa supliment ataupun jamu!....actually dulu pernah cuba makan..tapi badan tak sesuai kot..so, Doktor tak kasi makan. Thats why, aku minum air sayur...kikiki..Korang jangan tanya rasa..kalau sayur semata-mata, kadang lebih 10 minit baru abis segelas.hahaha..tak boleh  nak telan...tapi biasa aku campurla dengan sayur yang ada rasa sedap skit...hahaa...ataupun kalau malas sangat, aku makan sayur la banyak sikit..biasanya aku makan sayur lebih compared kengkawan aku..hahaha. Harap-harap aku diberi kesihatan yang baik.

Dah masuk April ni..dah suku tahun pertama 2018. Kehidupan ok lah. Cabaran dan dugaan memang lumrah hidup. So, teruskan melangkah. 2017 tahun yang penuh dengan ujian dan air mata...Kalau nak ingat semula apa yang telah berlaku, rasanya macam tak percaya aku dah lalui semua tu. Sesekali duduk sorang-sorang, terpikir jugak. Betapa hebatnya aturan perjalanan hidup aku...penuh dengan liku-liku masam manis kehidupan buat seorang insan yang bernama Juwin Salim...Tapi, syukurlah. Hingga hari ini, aku masih lagi mampu menerima hakikat bahawa apa yang telah berlaku, itu semua adalah ketentuanNya. Siapa aku untuk menidakkan takdir yang berlaku. Semakin hari, umur semakin meningkat. Terasa, semua yang terjadi itu membuatkan aku makin mengenal diri, menghargai diri sendiri dan insan-insan yang ada disekeliling. Kesibukan pada 2017, sikit sebanyak membuatkan aku keluar dari kepompong meratap nasib. Sesungguhnya 2017 meninggalkan 1001 kenangan.

Sesungguhnya, kenangan itu mendewasakan kita.Kehidupan perlu diteruskan. Untuk apa meratap apa yang telah berlaku. Kenangan perlu ditoleh hanya untuk dijadikan pengajaran, bukan untuk diulang semula. Melalui kehidupan sekarang, macam-macam jenis orang dan ragam yang aku jumpa. Langkah perlu disusun dan diatur dengan teliti agar tidak tersadung atau tersalah langkah. Setiap langkah aku diperhatikan, agar senang untuk mereka mencaci. Kadang aku selalu pikir, banyaknya masa 'orang-orang' ni yang selalu nak perhatikan langkah aku.huhuhu....Sebab aku rasa, aku nak susun langkah pun kadang tak ada masa. hahaaha..Jangan ditanya soal hati..selagi korang tak berada di tempat aku dan tak lalui apa yang aku lalui...

Aku manusia biasa...Semua rasa aku ada..cuma, please...jangan terlalu memandang hina..
Esok lusa belum tentu lagi pengakhirannya...jangan terlalu angkuh...andai Tuhan ingin balikkan hati kita, sekelip mata boleh berubah...Apa pun...aku sentiasa doakan yang terbaik..




Juwin Salim
14.4.2018
1:36 am

Tuesday, January 16, 2018

Kemaafan Dendam Terindah

Salam 2018..

Lamanya tak meluah rasa....dah 2018 dah...
Banyaknya sejarah tercipta...hahaha...
Sejarah hidup yang memang akan jadi lipatan sejarah hidup..
Terlalu banyak kisah,tragedi...Tapi siapalah aku untuk menghalang sejarah itu dari terus tercipta...

2018...
Banyak perkara yang bermain dalam fikiran aku...macam-macam planning..apa yang bakal terjadi, mana satu yang jadi dulu pun aku tak tau...tengokla nanti..semuanya bergantung pada keadaan..yang pasti ada 1 perkara yang aku letak sebagai keutamaan...Aku nak sambung belajar!...Yang ni sentiasa ada dalam kepala otak aku..tapi nak laksanakan memang agak berliku...banyak perkara perlu aku ambil kira...Tapi korang doakan yer...

Alhamdulillah...kakak dapat sekolah yang dekat dengan rumah nenek dia.Mula-mula ikut feeder...aku pening jugak nak arrange. Terutama bila pikir pasal transport.Sebab  dia sesi petang. Kalau boleh tak nak susahkan atuk nenek dia.Walaupun atuk ngan nenek awal-awal dah cakap, boleh tolong uruskan. Tapi seboleh mungkin, aku nak cari jalan alternatif lain. Tak nak susahkan. Alhamdulillah, dipermudahkan..kakak dapat sekolah depan rumah nenek.Sesi pagi pulak tu. So, takde masalah transport sebab balik jalan kaki tak sampai 5 minit. Pagi aku hantar.

Disebabkan ada long term punya planning, aku decide nak hantar adik ke taska. Nak kasi adik belajar bersosial. So, nanti kalau sekolah, takdelah huru hara sangat. Mula-mula yakin ngan tak yakin jer. Sebab dulu, percubaan hantar kakak masa umur 4 tahun tak berjaya. Pergi 3 hari jer, lepas tu terus kakak cuti setahun.hahahaha...Alhamdulillah..sungguh tak sangka, adik takde masalah. Dia seronok. Tak menangis langsung. Syukur sangat-sangat. Bangun pagi pun takde masalah. Dia pun bangun awal sama. Walaupun dia gi sekolah pukul 8...Harap berterusanlah.


Aku?
Masih di sini....
Masih lagi setia di tempat lama.Masih lagi bersama kawan-kawan seperjuangan yang sudah seperti keluarga sendiri. Tempat mengadu segala rasa dan resah. Kami tak ramai. Tapi ikatan kekeluargaan kami sangat rapat. Itu istimewanya Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor. Bergaduh, bercanggah pendapat, berselisih faham, sudah menjadi rencah kehidupan kami di sini. Gaduh bagai bak rak, nanti minum duduk sebelah menyebelah jer...hahaha

Sesungguhnya,
Setiap yang berlaku itu, ada hikmah yang tersembunyi.
Ada kalanya, kita berdoa meminta sesuatu. Allah sentiasa mendengar doa-doa kita. Tapi percayalah, bila tiba saat dan waktu yang sesuai, Allah makbulkan satu persatu doa-doa kita. Aku insan biasa. Ada kalanya jatuh terduduk, pandangan jadi kosong. Tak tahu ke mana arah yang hendak dituju. Tapi aku percaya, InsyaAllah...hidup aku disusun dengan indah olehNya. Setiap perjalanan ada rentaknya sendiri. Kalau nak ikut rasa hati, terlalu banyak cerita sedih. Sejak dulu, ada perkara yang aku kurang bernasib baik.Terlalu banyak pengorbanan yang disia-siakan. Nak ikutkan, siapa yang tak marah kan? Tapi tu semua sejarah. Sejarah yang mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Bila fikirkan, itu semua berlaku kerana khilaf aku sendiri. Dari situ, aku belajar untuk lebih menghargai diri sendiri. Belajar untuk menyayangi diri sendiri.

Memohon maaf memang mudah. Untuk memaafkan tak semudah kita memohon maaf. Apa yang pernah terjadi, itu semua sudah menjadi lipatan sejarah. Meniti usia yang semakin meningkat, aku belajar untuk menjadi seorang yang pemaaf.Ada orang kata, forgive but not forget. hahahaha...tapi pada aku,  aku belajar menjadi seorang yang pemaaf. "Forgive others not because they deserve forgiveness, but because you deserve peace..." Ya...aku perlu kedamaian hati..Sebab tu aku belajar menjadi seorang yang pemaaf.

2018...
Semoga hidup aku lebih tersusun indah. Semoga perancangan nak sambung belajar termakbul.Hari-hari cakap supaya jadi doa...hahaha...niat dalam hati kuat, cuma situasi belum mengizinkan.Thats why, kena tingkatkan usaha.hahaha...Kita sendiri yang mencorakkan kehidupan kita. Nak bahagia, ciptalah bahagia. Bahagia ada di mana-mana. Yang penting hati kita.

Jujurnya, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Walaupun banyak yang kurang here and there. Tapi, alhamdulillah..Cuma lately ni rasa badan kurang selesa. Sedikit perkongsian, tapi tak ada niat apa-apa. Dan aku pun tak fikir ke arah yang negatif. Cuma sekadar berkongsi. Lately ni, aku susah nak tidur, siang atau malam. Penat memang penat memandangkan waktu siang, rutin aku memang pack. And then kerap mimpi pelik-pelik. Antara yang aku masih ingat, pernah mimpi ular, digigit anjing, kemalangan dengan lembu yang sangat besar, tapi aku tak cedera. Pastu, mimpi diikat oleh seseorang which is aku tak kenal pun siapa. Bila tengahari, kerap sakit sakit kepala. Makan ubat pun tak hilang. Mula-mula aku just telan ubat hari-hari. Sekarang, aku just sapu minyak angin kalau tak tahan sangat. Itu yang berlaku. Entahlah, maybe sekadar mainan tidur. Harap-harap semuanya baik-baik. 

Okla, nanti sambung cerita.
Terima kasih buat yang sudi baca coretan hati.
Coretan hati ni untuk kenangan anak-anak suatu masa akan datang.






Sunday, November 19, 2017

RESPECT Dalam Kenangan...

November 2017....

Masa berlari sangat pantas...tanpa kita sedari..hari demi hari yang dilalui semakin menginjak ke hujung November sekali lagi.. Syukur alhamdulillah...masih lagi bernafas dan dapat menikmati kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini...Rasa rindu nak mengarang. Tapi masa sangat terbatas. Faktor ketuaan pun ada kesan.Hihihi...Lately ni, sangat cepat rasa letih. I need a vacation maybe...hahaha

Terlalu banyak 'rasa'..terlalu banyak rencah kehidupan. 2017 hampir ke penghujungnya. Rasanya sepanjang bekerja, tahun ini adalah tahun yang paling sibuk untuk aku. Tanpa sedar, kesibukan itu membuatkan aku mampu hadapi rentak kehidupan. Alhamdulillah..kerana diberi kekuatan ini.

Banyak perkara baru yang aku belajar. Itu semua adalah ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai.Tak mampu dibeli di mana2 walau punya wang berjuta...Pengalaman yang dikutip berdasarkan realiti hidup sendiri.

2017, buat julung kalinya Sk Kg Melayu Niyor diberi kepercayaan mewakili Daerah Kluang Sempena Simposium  Hal Ehwal Murid Peringkat Negeri Johor. Kami bergabung tenaga. Sekolah kecil yang hanya mempunyai kekuatan 15 guru. Masing-masing ada peranannya tak kira kecil atau besar. Tapi tetap penting untuk menjayakannya. Alhamdulillah...bermula dengan kosong, tiada pengalaman, berkat doa, sokongan, tunjuk ajar otai-otai, kami berjaya di peringkat negeri. Baru nak seronok dengan kemenangan kami, kami dikejutkan pula dengan berita..our bos or GB dapat surat tukar ke sekolah yang lebih besar.Hahaha...cubalah bayangkan..apa perasaan kami semua ketika itu...Masing-masing beremosi. Biasalah, orang hebat lebih diperlukan di tempat yang lebih mencabar. So, suka atau tidak..itulah kenyataan...Good luck bos, kat tempat baru...

Dengan masa yang ada lebih kurang 3 minggu sebelum ke peringkat kebangsaan,di situ, bermulalah kesibukan yang sangat jarang kami alami. Berkampung siang dan malam, tanpa mengira cuti, kami cuba membuat yang terbaik. Kami cuba menggalas kepercayaan yang diberi.Masa tu rasa, terimbas semula detik-detik sewaktu belajar dulu. Ada masanya terpaksa korbankan waktu tidur. hahaa...biasalah, sebab aku bukan orang hebat. Tapi kami usaha untuk menghasilkan sesuatu yang hebat. Di situlah perlunya pengorbanan.Waktu tu, terpaksa pinjam ex bos...haha..sebab dia mmg terlibat 100% dengan RESPECT. 

Pengalaman yang kami perolehi sangat mahal. Suka duka kami terpahat di sanubari. Terima kasih buat ahli keluarga yang memahami situasi kami ketika itu. Adat pertandingan ada kalah, ada menang. Kami hanya berjaya merangkul 2 anugerah Emas dari 3 Kategori..Dan secara jujurnya..i'm not good in public speaking. And, aku ni kekadang ada darah gemuruh...hahaha...sometimes self confident tu boleh lenyap..hehehe..So..i'm so sorry...Hanya itu yang termampu..Kami akur dengan keputusan Juri. 

So, sekarang..back to normal. Rutin akhir tahun, sibuk dengan program-program yang dirancang. Untuk kali ini, kesibukan tu jadi lebih berganda sikit sebab banyak kerja tertangguh. Dan minggu ini juga, debaran kembali terasa. Hari Khamis nanti, penantian berakhir.Keputusan UPSR bakal diumumkan. Untuk kakak, mama redha...mama tau, kakak dah cuba sedaya upaya kakak. Tq for being a good daughter...

Actually...terlalu banyak yang nak diluahkan. Terlalu banyak soalan yang tak mampu aku nk gi jawab kat semua orang. InsyaAllah next entry..i'll reveal everythings.. Doakan yang terbaik untuk kami semua....




Thursday, August 31, 2017

Nur Sara Tihany turns to 3

31. 08. 2017

Happy birthday adik...
Semoga adik sentiasa diberi kesihatan yang baik...jadi anak yang bijak..
Terima kasih kerana adik umpama sebutir bintang yang sentiasa menyinari kehidupan kita sekeluarga...
Tawa adik...tanggis adik...sentiasa membuatkan kami semua rindu andai adik tiada di depan mata...
Just a simple celebration....
Sebagai kenangan adik bila adik besar nanti...
Mama sayang anak2 mama...
Kakak..abg Iman...adik Sara..
#cintahatimama#





Sunday, August 20, 2017

Warkah untuk mama...

20.8.2017

Pagi ni, kami menghadiri Program Kecemerlangan UPSR Peranan Ibu Bapa & Murid Tahun 6:Menuju Kejayaan UPSR bersama YAPIEM...

Macam biasa..bila anak-anak nak exam...tahun tu akan jadi tahun yang paling banyak mak ayah terlibat dengan program motivasi...untungnya anak-anak sekarang..berbanding zaman kita dulu..nak exam ke...apa ke...yang tau pergi sekolah..mak ayah doakan dari rumah jer....ingat-ingat aku dulu...setiap kali nak exam besar..mak ayah aku tak pernah datang sekolah..tapi wajib buat kenduri sebelum exam...hihi...inilah kot berkat doa orang-orang yang mendoakan semasa kenduri tu....


Berbalik semula program pagi tadi...mula-mula nampak macam program motivasi biasa..selepas perasmian..kami dipisahkan dengan anak-anak...mak ayah masuk masjid...anak-anak kat dewan terbuka....kalau dengar...macam motivasi biasa...peranan mak ayah..cuma kali ni...ada beberapa part yang agak touching....deep sangat.....kerana...kita sebagai mak ayah selalu nak anak kita jadi sebagaimana yang kita nak....tapi hakikatnya...anak-anak bukan kita....anak-anak adalah amanah Allah yang Allah pinjamkan kepada kita untuk kita didik dan jaga supaya mereka menjadi anak yang taat, berjaya dunia akhirat.....Ayat ni memang buat aku tersentak.....ayat biasa..tapi cara penyampaian penceramah ikon muda ni...mampu buat air mata kaum ibu yang ada dalam masjid tu mengalir termasuk aku....simple..tapi really touch!


Sebelum majlis tamat...slot anak-anak dan ibu bapa bergabung....kali ni..penceramah minta secara sukarela..siapa murid yang berani meluahkan apa yang mereka rasa di hadapan semua audien dalam masjid...hanya 5 murid dari 350 (lebih kurg)...and apa yang paling aku tak sangka...one of them is...KAKAK....kakak bukan seorang yang suka luahkan secara terbuka apa yang dia rasa....dia seorang yang memendam...kadang-kadang sahaja dia luahkan apa yang dia rasa.....dan actually tadi dia tak luahkan semua....hihi...tapi sebagai ibu...im proud of her....berani....itu yang penting...dan sebenarnya...ada satu warkah yang kakak tulis semasa sesi meluahkan rasa untuk ibu bapa semasa slot kat dewan terbuka tadi....dia serahkan surat tu...kali ni mmg air mata mama dia laju jer....


Kakak...
Seorang anak yang sangat baik...dalam usia yang masih muda...kakak terpaksa redha dan menerima suratan takdir yang agak perit untuk dia....bukan senang dia nak lalui kehidupannya....dari kecil hingga besar...dia tak pernah rasa kekurangan...sejak kecil dia selalu berharap...dia mempunyai sebuah keluarga yang bahagia..maybe sebab kami mmg family type....tapi awal tahun 2017...semuanya berubah....dia terpaksa lalui satu fasa kehidupan baru....dia terpaksa lalui keadaan yang tak sepatutnya dia terima.....jiwa dia memberontak....awal tahun dia lost...nampak dia ceria seperti anak-anak yang lain...tapi sebagai ibu...aku faham jiwanya sangat memberontak.....cara dia lepaskan emosinya pada ketika itu sikit sebanyak mengajar aku untuk lebih memahaminya....

Kakak...
Fizikalnya dia seorang anak yang sangat lasak...hobinya lasak...dia tak pernah main anak patung sejak kecil....maybe kat sini pengaruh aku sangat kuat...dia suka ice skatting, skateboard,roller blade, pernah buat parasailing,dan dia dah berangan nak diving next year......macam-macamla sukan yang lasak yang dia dah pernah buat..yang belum buat pun semua dah ada dalam waiting list dia.....and next 26th august...dia dah nak ambik grading test untuk black belt....tapi dalam lasak dia..tersembunyi jiwa yang halus...jiwa dia cepat tersentuh....cuma..untuk dia menangis depan orang..itu sesuatu yang luar biasa...hahaha...tapi depan mama...air mata dia sangat murah...

Kakak...
Mama doakan semoga kakak berjaya dunia akhirat...kakak dan adik adalah amanah Allah yang mama akan jaga sehingga akhir hayat mama....:)....terima kasih kerana sentiasa menceriakan hidup mama...
Sayang selalu,
Mama...



Sunday, July 9, 2017

Happy Birthday Kakak..

Happy belated birthday Nur Sofia Batrisya bt Nor Safarin

Sebenarnya dah lama nak update blog...tapi sebab bz...asyik bertangguh jer..
Tahun ni sambutan birthday kakak tak ada...seperti 2 tahun lepas..birthday kakak jatuh bulan puasa..but this year..masa raya..cuma sebab kakak nak exam..so..tak ada sambutan..

30 Jun 2017...

Kitaorang siap-siap nak balik Johor pagi tu...perasaan? bercampur-campur..sebab ni kali pertama drive alone with 2 kids....masa balik nak raya haritu..my mom ade sekali....so...dalam hati..memang doa banyak2 agar Allah permudahkan dan selamatkan perjalanan kami....


Alhamdulillah...kitaorg sampai dengan selamat...petang tu..terus menuju ke rumah nenek..sebab memang dah plan..nak celebrate birthday kakak...walaupun hanya potong kek mcm mama aritu...haha


So...malam tu memang terus celebrate birthday kakak kt rumah nenek...adik biasalah..dia excited lebih...haha...

Apa pun..selamat hari jadi kakak...mama doakan kakak berjaya dalam dunia dan akhirat..menjadi anak yang solehah...taat pada mama dan papa....mama doakan kakak berjaya dalam UPSR nanti...
Apa pun keputusan kakak...mama terima dengan hati yang terbuka..

Sempena hari raya ini juga....kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya..maaf zahir batin....

Doakan agar segala urusan kami dipermudahkan...



Dah nak habis raya..baru kitaorang ade gambar raya...:)

oklah...nanti kita bersiaran lagi....tentang apa yg berlaku..insyaAllah one day nanti...baru aku coretkan kat sini....apa pun..doakan yang terbaik...kita sebagai hambanya...akur dan redha atas ketentuan Ilahi...

Jumpa lagi...
10 Julai 2017

Sunday, April 16, 2017

2017 - 2

Assalamualaikum...

Makin malap kan rumah ni?
Hmmm....entahla...kadang-kadang mood nak menulis datang...idea tak datang...idea datang...mood pulak lari...macam tu jelah....

Tak tau nak mulakan dari mana....apa pun...apa yang berlaku, itu semua adalah ketentuan Ilahi...
Semuanya sudah tertulis..ajal..maut..jodoh...itu semua sudah ditentukan...kita sebagai hambaNya....redha....

Benar kata orang....pengalaman akan mendewasakan kita....pengalaman akan menjadi guru yang amat bermakna buat kita...di situlah kita belajar untuk menjadi insan yang lebih tabah....

Terima kasih buat keluarga....sentiasa bersama dalam susah mahupun senang....

Terima kasih sahabat-sahabat...baik yang dekat mahupun yang jauh...

Peristiwa ini juga membuka mata aku...di mana letaknya nilai persahabatan....

kerana........

Bukan semua sahabat akan bersama kita dikala kita susah...dikala kita dilanda dugaan....

Tapi...

Alhamdulillah.....terasa dunia belum berakhir.....sokongan dan bantuan sahabat-sahabat.....akan sentiasa tersemat di hati ini....Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku sebagai sahabat yang menangis bersama-sama......

Andai kita menerima perkhabaran tentang sesuatu...jangan terus menghukum....jangan hanya mendengar debu-debu yang beterbangan lalu terus menjatuhkan hukuman.....

Ya....ada kalanya timbul sedikit perasaan terkilan.....betapa mudahnya 'kalian' mendengar tentang debu-debu beterbangan itu....tetapi...biarla rasa terkilan itu tersemat di hati....semoga suatu hari nanti...akan hadir hujan yang akan menyucikan debu-debu itu dari pandangan 'kalian'.....

Jumpa lagi....

Doakan kami....


Sunday, March 12, 2017

2017- 1

2017 -1

Assalamualaikum.....
Intro....
Terlalu lama menyepi
Terlalu banyak peristiwa yang berlaku
Terlalu banyak episod luka yang mewarnai kehidupan
Apa yang berlaku
Diluar kehendak aku sebagai manusia biasa
Tapi apakan daya
Semuanya sudah tertulis oleh suratan takdir

Perjalanan masih panjang
Apa yang berlaku
Menjadi satu pengalaman
Menjadi satu pengajaran yang tidak ternilai
Bangkit sendiri
Bertahan sendiri
Mulakan langkah baru

Usah ditoleh cerita luka
Usah disimpan bara dendam
Belajarlah untuk terus redha
Setiap yang berlaku
Pasti ada hikmah tersembunyi.....

Doakan kami......

https://www.youtube.com/watch?v=ICJs1CxCRt0

Wednesday, June 22, 2016

Happy birthday

17 Jun

Happy birthday to me!!
hihihi...dah tua dah....kekadang macam terlupa pulak..
umur dah melangkau ke 36 tahun,
dah jadi ibu kpd 3 kiddos..
tapi still melenting2 mcm zaman student dulu...hihi

kekadang teringin...
nak mendaki gunung semula,
outing dengan kengkawan yg 1 kepala,
make it happening...
pegi pulau...
lepak...
makan...
minum2 sambil layan live band.....
TAPI....

hehehhe...
ada 2 hand bag skrg....
kikikiki...
hand bag yg sgt mahal..x ternilai harganya....
keseronokan lebih bermakna bila buat sesuatu...
bersama 2 hand bang dan ayah kpd hand bag ini....hihihi...
hand bag pertama, dh penah daki gunung lambak...kikiki..jadila...
percubaab yg sgt baik...
hand bag ptama juga penah dibawa pegi pulau...
hand bag yg kedua ni...blom penah..nanti ye adik hand bang...next year kita round2 gi pulau...
wakaka....
alhamdulillah...dengan kehadiran hand bag3 inilah membuatkan aku matang...
kalu tidak still melenting2 ajer...
on my birthday....i'm gonna wish all of u...i love u all so much...

tq papa..kakak..and adik.....

***tq to papa...birthday treats aritu....hihi...

*** gambar2 hand bang dan ayah hand bag....








Monday, June 13, 2016

Selera Ramadhan

Salam ramadhan...
Ramadhan datang lagi...
sekejap je..pejam celik..pejam celik..masa berlalu dengan pantas....umur semakin meningkat...adakalanya, mendapat perkhabaran insan2 yang kita kenali pergi meninggalkan kita selamanya....Al-Fatihah untuk arwah ayah...arwah adik Iman..arwah nenek....

Rumah masam manis kehidupan ni dh berubah wajah...hihi..tq utk Mr Fadil yg tolong mekapkan...tuan tanah sendiri pun mcm huru hara lagi..belum mesra sgt dengan page baru ni...apa pun...kesibukan yg melanda menjadikan masa utk mengarang ni sgt terhad..bila ada masa sikit..laptop pulak menjadi hak milik anak2...mak melopong tgk...kekadang ada ngeri jugak...dua2 kasar...dahla laptop mama ni pelbagai jenis data ada...kalu jd apa2..menangis tak berlagu la jawabnya....

Bila tiba ramadhan....kepala jd pening memikirkan nk masak apa kan....hihihi...kalu selera sendiri x susah...ari2 aku mkn ikan singgang or sayur rebus je...kikiki..tp mslhnya selera 5 kepala x sama...hahaha...(asben, mak, abah, kakak,aku)...bibik..kene redha jer apa aku msk..kalu x suka,dia kene msk sndiri lauk apa yg dia nk mkn....hahaha...bila balik kg...aku hanya perlu fikir selera asben ngan kakak jer..sbb selera mak aku ngan aku sama...dan selalunya mak aku akan msk semua faberet kitaorg....yuhooooo...seronok orrr..thn ni blom dpt balik kg..aritu mmg cuti panjang..tp poket x berapa nk tebal...nanti raya nk balik lg...memandangkan cuti raya thn ni agak lain dr thn2 yg lepas..cuti sblm raya panjang..aku tgh buat permohonan untuk balik kg sblm raya....hihihi...encik asben...harap luluskan...bolehla...thn ni kira bonus..sbb sepanjang kahwin..br sekali dpt balik kg time raya haji...tiap2 tahun kt sini..so..raya puasa selang seli..tp ni kiranya bonus arr...hehe..harap diluluskan...

Citer psl masakan...dh lama sebenarnya mcm malas nk update...biasala..ada yg suka kita update ttg apa yg kita msk...siap request suruh ambik gambar setiap mknan yg aku msk tu ari2...hahaha..kononya nanti jd inspirasi dia nk msk apa utk family dia...tp ada jugak yg x suka....timbul pulak dialog "asyik tunjuk gambar mknan jer..ingat ko sorg je tau msk!"....ada yg bg ayat camtu dik oiiii....kikikiki..jadinyer...aku pun mcm biskut arrr..kejap post..kejap x post...since aku pun bukan gemar sgt nk ambil gambar..nk edit2 gambar...wakakaka...kalu gambar mknan tu..xdenyer aku nk edit..dlm periuk ke...dlm kuali ke..itu jugakla aku post...gambar xde seni....kikiki...

Arini dh 9 ari kita puasa...menu apa pun mcm dh ingat nk recall...tp antaranya:

sup tulang, tom yam, masak lemak ikan merah, kari kepala ikan, kari mamak ikan merah,ayam sweet sour, sotong sweet sour, asam pedas ayam, gulai kawah, ayam bakar, ayam pop corn, ayam goreng kunyit, ikan goreng, tauhu jepun, bubur lambuk, ketam black pepper, sambal sotong, ayam percik......x ingatla...hahaha..ini kira main course la...yg selit2 tepi tu penyedap selera jelah..selalunya setiap ptg..aku msk 4 jenis lauk termasuk sayur..

korang jgn terperanjat kalu nampak byk kali kari..sbb aku punya FIL keturunan hindustan..so..feberet dia mmg kari...ayam pulak feberet kakak bila tiba bulan puasa...dia cukup suka ayam bakar/grill chicken chop tu...MIL pulak mmg kurg sikit mkn ayam..dia suka ikan...asben pulak..dulu ari2 mesti ada ayam..tp sejak dia jaga badan nih...cehhhhhh...dia x kisah sgt..sbb dia selalu pesan jgn msk sedap2..nanti dia akan makan banyak..hahaha..yg ptg kene ada sayur...xde sayur boleh gaduh...kahkahkah...aku pulak..mkn jelah apa pun...nk msk lauk yg aku suka..nanti x habis...alhamdulillah..setakat ni kalu ada lebih pun sikit2 jelah...xdela sampai membazir...

Aku ni pulak jenis buka puasa..kene mkn nasik...haha..org kampung katakan....lain2 mmg x berapa sgt...x reti nk buka puasa mkn western ke..mkn mee kari ke...kalu kene mkn camtu..nanti dlm pukul 9 atau 10,,,,aku ttp cari nasik....hihihi...nasib baik family in law aku pun ok..kalu ikutkan dorg ok jer buka apa pun..yg penting ada kuih sikit2...aku pulak..mmg x suka kuih..kecuali ada puding2 tu..aku mkn la...aritu masa cuti tu..sempatla kakak belajar 2-3 jenis desert...nanti kene ajar lagi...hahaha...lauk2 thn depan br ajar sikit2 kot...nk bg dia pendedahan..kalu tidak..mengadap tv ngan laptop je siang mlm....adik tggu besar sikit...kikikiki

so..okla...nanti kita sambung citer lg...menu arini blom pikir....hihi...

ini antara gambar yg ada....lupa la nk snap...inipun kalu teringat jer...haha