Monday, July 23, 2018

Sampai ketemu lagi......

23 Julai 2018

3 hari lepas, 20 Julai 2018...kami bertemu semula setelah sekian lama terpisah. Alhamdulillah, akhirnya alam maya muka buku telah menemukan kami semula.Ramai kengkawan rapat yang tertanya-tanya. Sejak bila pulak aku ada family angkat?hahahha...Sebab tak tercerita dengan orang. Mana yang tau, taulah.

Pertemuan pertama kami bermula pada tahun 1995. Itu detik awal perkenalan aku dengan keluarga ayah. Masa tu aku Form 3. Nak ambik PMR, maka adalah tugasan subjek Sejarah. Kitaorang semua kene buat portfolio tokoh tempatan. Masa tu aku duduk hostel. Jenuh jugakla nak cari tokoh. Pikir punya pikir masa tu, redah jelah Kem Askar sebelah sekolah tu. Di situlah kami bermula. Selepas tanya-tanya 2-3 soalan, ayah invite kami gi rumah dia ujung minggunyer. Sebab nak snap gambar masa tu. Oh ya, lupa pulak. Aku berdua masa tu, ngan kawan sekelas aku, Alina.

Hujung minggu tu, pertama kali jejakkan kaki gi rumah sewa ayah. Ayah asal Johor, mak asal Kedah. Masa tu 1st time jumpa dengan mak dan 3 adik lelaki. Wow....semua anak ayah lelaki. Hahaha...Selepas abis snap gambar, bual-bual..alhamdulillah, family ayah sangat baik. Seronok berbual. Ayah terus cakap, nanti bila-bila datang lagi. Jadi anak ayah. hahahha...aku tak ingat aku jawab macam mana. Cumanya lepas tu, kerap bila hujung minggu, ayah ambik dari hostel bawak balik rumah.Di situ, aku ngan adik-adik jadi rapat. Dorang tiba-tiba dapat kakak. Yang aku pulak, tetiba dapat adik, lelaki. 3 sekaligus. Biasala mainan budak lelaki, ngan aku-aku sekali main mcm dorg masa tu. Adakalanya, dorang pulak datang rumah aku kat kampung. So, hubungan angkat kami ni bukan hanya melibatkan aku, tapi juga keluarga aku.

Lepas SPM 1997, masa tu ayah dah pindah balik Kedah. Aku ngan mak aku datang Kedah. Lebih kurang 2 minggu jugak kitaorg stay sana. Kenal ngan family members yang lain. Jalan-jalan.seronok ingat balik kenangan tu. Lepas tu, entah macam mana, kami terputus hubungan sekejap. Jenuh duk cuba jejak. Tapi memang lost. Sampailah ada sekali tu ayah kursus kat Terengganu. Dia datang ke rumah. Tapi aku takde masa tu. Nasib baikla masa tu jumpa balik. Tapi hanya jumpa ngan ayah jelah.

Beberapa tahun lepas tu, adik Hisham pulak call. Kebetulan masa tu dia ada operasi kat Terengganu dan aku pun ade kat kampung. Perghhhh...dah besar panjang dah adik aku ni. Dah hensem dah. hahahha.Tapi tak ingat dia dah kawin ke belum masa tu. Yang lain-lain masih belum dapat jumpa. Oh ya, actually, lepas kitaorg jumpa tahun 1997 tu, mak ayah dapat lagi sorg adik. Aku ingatkan pompuan, rupanya lelaki gak. So, aku ade 4 adik lelaki. Lengkap boleh jadi bodyguard. kikikiki..

Tahun 2012, kitaorg ke Langkawi. Tapi disebabkan masa tu nak rushing balik Johor, tak sempat jumpa lama. Dapatla jumpa dalam 15 minit. Tu pun kat tepi highway. Terlepas rindu kat mak masa tu. Mak makin cantik!huhuhu....Lama kan. Tapi lama lagi tak jumpa dengan adik Zz ngan adik Lan. Last jumpa 1997. Memang tak terbayang langsung muka dorang macam mana.

Actually, akhir tahun 2016...semasa aku ditimpa dugaan bertimpa-timpa tu. Aku ada contact mak ayah. Plannyer memang nak jumpa dorang masa tu. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tak jadi.

Sampaila satu hari, tak ingatla bila...ada satu friend request kat FB. Mula-mula aku abaikan, hahaha. Sebab aku ni jenis nak approve tu aku tengok dulu siapa. Mula-mula tengok, aku ignore. Tak kenal. Tak lama kemudian, ada request lagi....lama aku duk belek... Ya Allah...adik aku rupanya. Hahahaha....ampun dik...hahaha..mula dari situ kitaorg contact balik. Tapi tak kerap sangatla. Sampailah Ramadhan 2018, aku tengok Sham asyik post status kat hospital. Bila tanya, barulah dia bagitau....Sedihnya masa tu. Nak gi ziarah, tapi keadaan tak mengizinkan.

Nak dijadikan sebab, tahun ni kami plan nak ke Langkawi bawak budak-budak naik ETS. Bila semak jadual perjalanan, ada transit 5 jam. So, lepas bincang-bincang, aku decide nak buat survey trip. Sekaligus aku nak try naik ETS ke utara. Masa tu teringat nak gi ziarah ayah. Lepas beberapa minggu yang sangat sibuk, aku mohon kebenaran dengan bos aku. Alhamdulillah...bos izinkan. Itulah detik pertemuan semula kami.

Alhamdulillah, dapat jumpa mak ayah, sham,siti (wife sham), anak-anak sham dan juga si bongsu yang selama ini aku ingat pompuan. Hahahaha...sorry adik aka paksu....walaupun pertama kali jumpa dengan dorg ni...tak rasa kekok. Sememangnya family ayah memang dari dulu mudah mesra. Kali ni belum berkesempatan nak jumpa dengan ZZ n Lan dan juga family dorang. Insya Allah, one find day yer adik-adik.

Pertemuan 2 hari tu rasa macam terlalu singkat. Terlalu banyak cerita yang ingin kami imbas. Terlalu banyak cerita yang ingin kami kongsi. Semoga kami masih diberi kesempatan untuk berjumpa lagi di masa akan datang.Terlalu banyak pengharapan yang aku harapkan. 
Semoga ayah diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya.
Semoga mak diberi kesihatan yang baik.
Semoga sham,zz,lan dan akmal terus diberi kekuatan untuk menjaga mak dan ayah.
Semoga  sham,zz dan lan mampu mengemudi rumahtangga dengan baik dan diberi kebahagiaan yang berkekalan hingga ke anak cucu.
Untuk adik aka paksu, muda lagi...jangan risau, kumpul duit dulu, nikmati kehidupan..InsyaAllah akan hadir jodoh yang terbaik untuk adik.

Sampai ketemu lagi.

Lots of love,
Kak Juwin

* Tq Min, temankan naik ETS n buat survey trip ni
* Tq Dayah, dapat jugak kita jumpa akhirnya....




Saturday, July 21, 2018

Belajar mengenal diri.....

18 Julai 2018

Agak terlewat sebenarnya coretan ini di upload. Draf dah siap last week.Oleh kerana sedikit kesibukan, jadi hari ini baru berkesempatan untuk update lagi.

Seperti yang sedia maklum, Iman adalah the only one hero mama. Tahun ini, dah 7 tahun Iman tinggalkan kami semua. Terbayang keletah anak-anak kecil di tahun 1. Dalam masa yang sama, aku selalu pikir...andai Iman nasih ada, dengan sakitnya..pasti dia akan lalui satu fasa kehidupan yang agak sukar berbanding dengan kanak-kanak lain. Sesungguhnya aturan Allah itu adalah yang terbaik. Benar, kehilangan Iman sampai sekarang masih dirasai. Walau dia hanya seketika, tapi tetap menjadi sebahagian dalam memori kehidupan kami.

Setiap kali tengok paparan akhbar tentang kejadian yang menimpa anak-anak kecil ni, semakin kuat ingatan kat Iman. Hari kedua Iman lahir, dia dah lalui 1 fasa yang sangat kritikal. Nyawanya dihujung tanduk ketika itu. Doktor sendiri berterus terang, Iman takde harapan untuk diselamatkan. Bayangkan apa aku rasa ketika itu. Dia lahir secara ceaserian. Lebih awal dari tarikh yang diberi sebenarnya. Masa tu dah ada contraction dr malam. Sampai subuh makin kerap. So, Doktor decide ceaser pagi tu jugak. So, hari pertama...aku sedar tapi a little bit mamai. Tambah pulak lepas tu flu.Lagila pengsan terus. 

Hari kedua, bangun. Tengok Iman takde. Tanya nurse, nurse bgtau Iman kat bilik doktor. Still takde rasa apa2. Sebab memang tak terpikir langsung. Tak lama doktor datang bilik, short notice, Iman kene hantar ke JB. Ada problem jantung!....masa tu rasa mcm nak pitam pun ada. terus call Dr Gurdial minta pandangan.Sebelum ke JB, Iman kene transit dulu kat Hospital di Kluang. Masa perpindahan Iman, tong oksigen terlambat disediakan. Masa tu sebenarnya aku dh hampir kehilangan Iman. Iman kritikal. Tak boleh ke JB sebab sangat berisiko tinggi. Kene tunggu sampai dia stabil. Petang, barulah dia stabil dan terus dihantar ke JB.

28 hari Iman di JB, setiap hari aku datang, berbual dengan dia. Iman kat NICU, so hanya mak bapak ajer yang boleh masuk. Setiap hari hanya mampu tengok dan berbual. Iman menangis pun suara tak keluar sebab dia mmg guna ventilator. Hanya mampu tengok dia bukak mata, dia gerakkan kaki tangan. Nak pegang atau dukung memang tak boleh sebab penuh wayar berselirat kat badan dia. 28 hari, tanpa gagal mama hadirkan diri. Masa tu, dalam hati..sentiasa berdoa agar ada keajaiban dari Allah agar panjangkan umur Iman, sembuhkan sakit Iman. Hanya itu yang ada dalam kepala otak aku. Actually masa tu sangat tough. Sebab aku dah final semester. Masa tu tengah sibuk nak buat analisis thesis Master. Dan masa itu juga, tiada istilah berpantang. yang jadi keutamaan, Iman. Aku akui, kakak sofia sedikit terabai di ketika itu. Im so sorry kakak.

28 hari itu, penuh dengan cabaran. Beberapa kali juga, doktor call minta datang ke hospital segera sebab Iman dah kritikal. Just imagine. Aku ulang alik dari Kluang waktu tu. 2 minggu stay hotel kat JB. Tapi bila papa Iman dah habis cuti, kitaorg ulang alik hari-hari. Cubaan kali pertama untuk hantar Iman ke IJN, gagal sebab Iman kritikal pada hari yang sepatutnya dia dihantar ke IJN. Percubaan ke 2, barulah berjaya. Pengalaman aku naik ambulans dari JB ke IJN. Sampai kat Seremban, terpaksa stop tepi highway sebab oksigen habis. Terpaksa tukar tong oksigen baru.

Sampai IJN, doktor lebih berterus terang. Harapan tipis. either teruskan atau stop aje. Aku decide, nak teruskan. Sekurang-kurangnya aku dah usaha sehabis yg boleh. Iman kene dialisis buah pinggang dulu sebelum procedure. Luluh hati. Tengok Iman kene tebuk sana sini. Buat itu ini. Tak terucap dengan kata-kata. Jadi, aku selalu pikir. Manusia jenis apa yang tanpa ada rasa duk buang baby, dera baby, Allahu....takkan sekelumitpun takda erti sayang dalam diri orang tu...Tapi bila direnung semula, pasti ada sesuatu yang menyebabkan mereka bertindak begitu.

Iman 4 hari jer kat IJN. Procedure Iman pagi Isnin 22 Ogos 2011. Masuk sebelum pukul 8 pagi. Tapi sampai pukul 12, masih belum selesai. Masa tu rasa tak sedap hati. Sampailah tak lama lepastu, doktor panggil.Procedure gagal. Doktor terpaksa tangguhkan. Dorang dah buat CPR lebih dr setengah jam. Tapi Iman still tak recover. Dia dah bleeding terlalu banyak. Dorang try masuk platlet.Sampai pukul 4pm, baru Iman tunjuk respon positif sikit. Procedure kali pertama gagal.So, doktor decide tengok petang esoknya. Buat hari itu, dorang restkan Iman.Dorang suruh aku balik hotel rehat dulu. Aku sempat masuk tengok Iman. Masa tu rupa Iman berubah. Aku panggil2 nama dia, dia bukak mata. Tapi nampak sangat dia x larat. Doktor pun tak kasi panggil sangat. Aku balik hotel. Sampai hotel, baru jer nak baring, doktor call lagi. Minta datang segera. Iman kritikal...

Bergegas aku ke IJN. Hotel depan IJN jer. Tapi kalu dah namanya KL...nak u turn pun dah satu hal. Sampai ajer kat bilik, kaunselor terus panggil suruh aku duduk. Dia tarik tirai. masa tu Iman duk dalam bilik berdua. Kaunseor tu terus angkat Iman atas pangku aku. Dia cakap, mama nak cakap apa2, cakap sekarang. Dah tak ada masa....buat seketika, aku blur. Sebab itu kali pertama aku dapat pegang dan pangku Iman....Sampailah seketika, akhirnya...Terlafaz dalam hati aku, mama lepaskan dan redha dengan kepergian Iman. Kalau memang ini yang terbaik untuk kita semua, mama redha. Mama halalkan susu mama yang hanya 2-3 titik  Iman rasa. Mama redha sekiranya mama tiada rezeki untuk bersama Iman.....Dalam suasana itu, Iman pergi tinggalkan kami. Kali pertama dan terakhir aku pangku dia...

Posting tentang perjalanan hidup Iman, aku dah pernah tulis dulu. Malam ni, entah kenapa...rasa macam terbayang peristiwa itu. Segar sangat dalam ingatan. Tak pernah lupa. Kehadiran Iman menguji kekuatan, kesabaran dan ketabahan aku sebagai seorang insan yang kerdil. Walau besar mana pun harapan kita, walau besar mana pun keinginan kita...yang menentukan adalah takdir hidup kita yang telah tertulis sejak azali. Di situ aku belajar sesuatu. Belajar mengenal diri sendiri. Belajar erti kehidupan. Semua orang impikan kehidupan yang selesa dan bahagia. Tapi tak semua yang kita impikan itu mampu kita miliki. Terima kasih Iman, walau hanya seketika...tapi sayang itu hingga ke syurga....

 Ada orang, kita nampak dia kaya raya,senang,tapi hati mereka adakalanya tidak tenteram. 
Ada orang kita nampak serba kekurangan, tapi kehidupan mereka sentiasa bahagia dengan apa yang mereka miliki. Kita? lalui kehidupan yang sama. Namun, cerita kehidupan kita takkan sama kerana.....takdir kita berbeza...

Happy birthday Iman....hero mama...
Cepat atau lambat..pasti kita ketemu di Sana...


Sunday, July 1, 2018

Happy 13th birthday Nur Sofia Batrisya


Nur Sofia Batrisya...



30 Jun 2018
Genap kakak 13 tahun. Di mata mama, kakak always baby. Sentiasa menjadi peneman mama tak kira apa situasi. Bila dia takde, rasa kosong sebab takde kawan nak gaduh. Takde kawan nak komen macam-macam.


Dia nampak tenang
Dia nampak kuat
Dia nampak kasar
Namun, hakikatnya....
Dia anak yang manja
Diusia 13 tahun ini, dia masih keanakan
Cuma ada beberapa perkara yang dia sudah mula membentuk personalitinya
Dia menentukan cara pemakaiannya sendiri
Dia menentukan gaya rambutnya sendiri
Dan pastilah, mama sentiasa menjadi pengkritik utama
Ada situasinya mama memberi sedikit kelonggaran kerana mama ingin dia melalui fasa awal remaja secara neutral, bukan robot yang mama control tanpa memikirkan kehendak dan hasrat hatinya. 




Dah 2-3 tahun birthday dia jatuh pada bulan Ramadhan. So, memang xde celebration. Sebelum-sebelum ni pun, kami just adakan kenduri kecil-kecilan untuknya. And this year, mama nak dia happy sebab dia dah pun memasuki fasa awal remaja. Sikit sebanyak dia sudah mula memahami apa yang berlaku. Dalam kepayahannya untuk menerima hakikat itu, dia tetap cuba menyimpan semua rasa.
Hari ini mama tunaikan janji mama semalam. Semalam mama just bawak kakak untuk birthday dinner treat. Mama janji hari ini, baru potong kek.




Kakak,
Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama. Semoga kehidupanmu sentiasa diiringi dengan kebahagiaan, diberkati, di bawah lindungan Allah, berjaya dunia akhirat dan menjadi anak yang sentiasa mendamaikan jiwa mama.

Belajarlah menghadapi kehidupan yang amat mencabar ini. Belajarlah untuk menjadi kuat dan tabah.Kerana, kita takkan tahu bagaimana perjalanan hidup kita. Perjalanan kita takkan sama dengan orang lain. Mama cuba menjadi ibu yang terbaik untuk kakak. 

1 Julai 2018
11:46 pm
Mama