Friday, June 14, 2019

24 Mei 2003 - 16 Disember 2016


Selamat Hari Raya
Maaf zahir Batin

Dah lama tak menulis..
Terasa semakin berkarat skill menulis..
Setiap hari, pejam celik, pejam celik..2019 dah pun berlalu setengah tahun. Betapa pantasnya masa berlalu. Umur pula semakin meningkat. Saban hari, pasti ada yang meninggalkan kita samada kita kenal rapat atau sebaliknya..Dan setiap kali itu juga, seakan terasa masa kita juga semakin hampir.

Tahun 2019 pelbagai memori tercipta...
Sematkan segala memori menjadi kenangan indah dalam hidup kita. Dan selepas hampir 20 tahun, aku kembali menulis. Bezanya, kalau dulu di zaman universiti, aku banyak buat cerpen. Kisah khayalan. Menulis berdasarkan khayalan sendiri. Adalah beberapa cerpen pernah tersiar dalam majalah Mingguan wanita. Setiap kali cerpen tersiar, dapatlah cek RM50. Hihihi...masa tu rasa seronok jer. Nama pena masa tu ada dua. Inn atau Qirana007. Hahaha. Dulu masih simpan majalah-majalah tu dan juga disket cerpen-cerpen tu. Tapi sebelum abis belajar, keluar masuk kolej, pindah rumah sewa, entah ke mana perginya..komputer pulak dah abis kena banjir tahun 2016 aritu. 
Kalaulah zaman tu aku dah pandai buat blog, confirm ada kat blog kan?Hahahhaa...

Tahun 2019 ni, penulisan pertamanya adalah cerpen juga. Tapi cerpen ni adalah Kisah Hidup. Maksudnya, cerita tentang kehidupan aku sendiri. Yang ni adalah projek Antologi Cerpen untuk PBAKL 2020. Doakan yer, semoga menjadi realiti. Penerbitan secara swaterbit bersama Puan sri Diah. Sebab dah lama tak menulis, aku mulakan dengan cerpen. Ceritanya pun hanya secebis dari seluruh kehidupan aku. Hahaha....For sure, ada nama orang-orang yang pernah rapat dengan aku. Korang jangan lupa beli eh. Hahahaha....Buku solo tu masih dalam perancangan. Komitmen kadang-kadang membataskan masa untuk berkarya. (Alasan yang paling sesuai kalau malas,hihihi).

Angan-angan tu nak juga ada buku solo. Tapi mungkin belum mampu nak laksanakan. Impian tu aku simpan dulu sebagaimana impian-impian yang lain. Aku banyak impian. Kadang-kadang selalu terfikir, umur dah hampir 40 tahun, tapi masih banyak impian yang belum mampu aku realisasikan. Terutamanya impian untuk satu kehidupan yang lengkap. Ada masanya aku rasa down sendiri. Hmmm...macam terasa, beratnya perjalanan hidup aku ni..berliku-liku. Tapi bila fikir balik, Allah dah susun cantik kehidupan aku ni. Cuma mungkin belum masanya untuk Dia lepaskan semua doa-doa yang aku mohon.Jadi, jangan terus berhenti doa...teruskan melangkah yer mama...❤

Syawal 2019, tahun ke 3 kami beraya bertiga. Sekejap jer masa berlalu kan? Anak-anak semakin membesar. Dan selepas hampir 3 tahun, rasanya dah sampai masanya untuk aku jelaskan situasi sebenarnya. Hubungan kami sebagai suami isteri telahpun berakhir pada 16 Disember 2016. Emm, rasanya ramai yang dah tahu. Dan ada juga yang masih berteka teki tentang status kami. Hampir 14 tahun kami bersama, lalui suka duka, ups and and downs, takdir perjalanan bersama kami terhenti di situ. Cukuplah jika aku katakan, tak ada orang yang mahu kegagalan dalam rumahtangga. Semua orang yang berkahwin akan berharap perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat. Tapi siapa kita untuk menolak takdir yang memang telah tertulis untuk kita. Begitu juga dengan kami. 14 tahun aku pertahankan. Apa yang berlaku antara kami, bukan kehendak aku. Tapi apakan daya, perkara dah berlaku. Nak diundur dah tak boleh. Inilah yang dinamakan takdir.

Dan, walaupun kami bukan lagi suami isteri, hubungan kami tetap baik. Ramai orang yang pelik melihat keakraban kami. Kami masih lagi outing sama-sama, makan sama-sama. Ada kalanya, kami bawa anak-anak bercuti bersama. Alhamdulillah, kami tahu menjaga batas kami. Ada banyak perkara yang orang luar tak faham. Yang berpisah adalah kami berdua. Kami berdua tetap papa dan mama kepada anak-anak kami. Aku akui tak mudah nak lalui situasi begini, tapi itu adalah pengorbanan yang perlu aku letak di tahap paling tinggi dalam hidup aku demi anak-anak.

Jalan hidup kita mungkin sama. Tapi cerita kehidupan kita takkan sama.Cara hidup kita juga tak sama. Takdir kita esok lusa kita belum tahu. Hari ini, mungkin kita ada hidup yang lengkap. Tapi esok belum pasti. Banyak perkara yang aku belajar dari kehidupan aku sendiri. Kalau susah, usahalah sendiri. Kalau senang, bersyukur. Tapi yang pastinya, aku mengenali mana kawan yang akan menangis bersama-sama di saat kejatuhan kita. Ada orang, dia muncul di saat kita jatuh, tapi munculnya dia hanya untuk tahu apa yang berlaku,lepas tu hilang. Kikiki...Adalah beberapa kerat yang macam ni. Tapi apa ada hal...Sebab aku ramai kawan yang masih kekal hingga ke saat ini, yang sentiasa ada di saat aku jatuh, terduduk, tergolek pun, diorang tetap ada...Alhamdulillah, masih ramai orang yang baik-baik kat atas muka bumi ni...Chill laa...yang jadi spesies bawang tu, biarlah dia.. sesekali letak daun bawang dalam masakan kita pun sedap kan...Kikikiki...

Eh, panjang pulak kali ni kan..hihi..tu tandanya dah mula nak menulis balik kot. Kikiki...
Apa pun yang berlaku, aku reda dan pasrah dengan takdir hidup aku. Alhamdulilah, aku bahagia dengan anak-anak, mak aku, keluarga aku dan kengkawan aku. Semoga hubungan kami terus baik sebagai sahabat. Esok lusa, mungkin dia ada pasangan baru ( dah ada rasanya) kikikiki... atau aku sendiri terbuka hati nak terima orang baru, aku harap kami tetap boleh berbaik macam ni. Siapa pun pasangan dia atau pasangan aku, kenyataannya kami adalah papa dan mama kepada anak-anak kami. Ada masanya, kami perlu bersatu sebagai mama dan papa untuk anak-anak kami. Bersatu sebagai ibu dan bapa yer. Bukan bersatu sebagai suami isteri....

So, rasanya dah clear kan.?So, harap semua dah faham. Tapi terfikir gak ni..yang tanya-tanya tu dia baca tak blog aku nih? Kahkahkah....kang penat aku tulis, pastu tak baca... pastu nanti kalau ada gambar aku bertiga ngan anak-anak jer, nanti mesengger,dm, wasap aku pulak tanya mana suami aku..Hailahhhh....hahahha...

Apa pun, aku tak minta apa pun dari korang. Cukup doakan yang baik-baik untuk aku, dia dan anak-anak.. Andai kata dia ada pasangan baru pun, harap pasangannya dapat terima anak-anak kami dengan baik. Begitu juga aku. Andai kata terbuka hati, harap-harap orang tu terima anak-anak aku dengan baik. Buat masa sekarang, rasanya selesa begini jer. Esok lusa tak taulah. Tak berani nak cakap. Hati aku Allah yang pegang. Kalau dibukakan pintu hati, adalah. Susah nak cakap. Trauma pun ada gak sikit-sikit, Fobia pun ada gak sikit-sikit. Hahaha...Senang cerita, belum ada keinginan nak ada komitmen dengan sesiapa.

Akhir kata, doakan yang terbaik untuk kami...



7.01 pm
14 Jun 2019
-Juwin-