Sunday, March 31, 2019

Memori Indah 2008 - 2019

10 Mac 2019

Dah 2 minggu, hidup agak bercelaru sebenarnya. Benarlah, Allah tidak memberi di saat kita meminta, tetapi Allah memberi tepat pada waktunya....

Bermula 2008, aku memulakan kerjaya sebagai seorang guru. Sebelum tu cikgu jugak, tapi takde tauliah..hihi..Perjalanan kerjaya pada mulanya sangat 'panas'.. Masa tu jiwa masih muda. Kadang-kadang ada banyak perkara yang kita tak setuju. Yang ni aku akui sendiri dan aku pasti ramai lagi yang macam aku. Nak-nak masa 2008 ni, tengah hangat isu gaji cikgu graduate dengan non graduate. Ada yang ok, ok jer. Tapi ade spesies yang duk kata keje mesti setimpal dengan gaji yang diterima. So, maka belambak2lah kerja yang diberi untuk cikgu graduate ketika itu. Yang ni berlaku di mana2 jer.

Malam ni mood tak berapa ada sgt nak menulis ni. Tapi hati ttp nak menulis. Pengalaman sangat mendewasakan. Tahun berganti tahun, aku rasa semakin matang dan semakin sebati dengan dunia perguruan ni. Pelbagai ragam manusia aku jumpa.

Di sini, kengkawan senior di SKKMN menyaksikan jatuh bangun aku dalam kehidupan. Bermula dengan kehilangan arwah Muhammad Nor Iman pada tahun 2011. Bayangkan, masa tu aku sibuk dengan kerja kat sekolah. Dalam masa yang sama, aku tengah final year utk Master Thesis aku. Tengah nak analisis data. Aku hampir give up belajar. Penat tak boleh diceritakan. Bawak perut sampai 9 bulan masuk dewan kuliah. Hari-hari travel Kluang-JB. Kadang bila bulan puasa, berhenti kejap buka posa kat tepi longkang, tepi hihgway..Itu memori indah aku, Nurul dan dia. Nurul adalah insan yang paling aku rapat. Segala tentang apa aku rasa, dia adalah penyimpan rahsia mohor besar aku. Kikiki...Seorang sahabat yang sentiasa ada. Terima kasih Nurul....

Masa ni rasa mcm tak cukup 24 jam sehari. 7-2 petang keje, pastu rushing ke UTM,JB. kelas mula pukul 4, tapi kadang kitaorg sampai pukul 4.30..Nasib baik lectrer semuanya ok. Belum lagi kene ke library nak cari bahan. Discussion. Kelas habis pukul 7 pm. Kitaorg akan rushing semula balik ke Kluang. Biasanya sampai rumah dalam pukul 10 pm. Masa tu anak dah tido. kadang sampai seminggu tak dapat bual2 ngan anak sendiri.Tak dapat bayangkan semula saat tu. Balik rumah bukan boleh terus tido, mana nak siapkan buku rekod mengajar, keje sekolah, assignment lagi. Memang kadang-kadang jadi burung hantu. Masa pregnantkan Iman, memang tak cukup rehat. Sampailah masa dah due pun, still collect data. Ya Allah, masa tu syukur sangat2. Sebab, dalam keadaan begitu pun, alhamdulillah. Allah bagi kekuatan. Iman meninggal ketika usia 33 hari. Aku masih dalam pantang. Bermula hari ke2, rutin yang sepatutnya orang berpantang, semuanya aku x buat. 31 hari aku berkampung kat Hospital Sultanah Aminah dan IJN. Makan, semua tapau dari kedai. 2 minggu berkampung kat hotel. lepas tu baru ulang alik setiap hari dari Kluang ke HSA. Setiap hari tanpa gagal. Masa tu, aku selalu berdoa agar ade keajaiban. Agar Iman sembuh.Dan selalu bila aku tidur, aku berharap itu semua adalah mimpi mainan tidur aku jer. 6 tahun aku tunggu kehadiran Iman.Tapi memang aku takde rezeki nak tengok Iman membesar. Akhirnya, aku redha. Aku lepaskan Iman. Masa ni, syukur alhamdulillah, semua kengkawan sgt support. Mereka sentiasa ada. Alhamdulillah, rasanya kehilangan Iman jadi pemangkin utk aku terus bdiri. Aku memang dedicate Sijil Master tu untuk Iman. Aku abiskan master 2 tahun tanpa extend dan alhamdulillah, dapat Anugerah Pelajar Terbaik Master. Rasa semua tu adalah kekuatan dan semangat Iman.Blog ni pun aku create untuk kenangan anak-anak di masa akan dtg. di awalnya hanya cerita tentang Iman.

Ok, tapi kali ni bukan nak story pasal Iman. Hahahah...melalut mama ko ni dik....Sebenarnya kali ni nak citer ttg moment indah sepanjang kat SKKMN. Family kecil tapi kami semua rapat. Bergaduh, perang mulut mcm mana pun, nanti elok jer makan sebelah2.Itu yang uniknya. Rasanya, bukan dgn warga sekolah jer, ngan org kampung pun sama. Mengenali masyarakat kat sini, budaya kat sini, memang satu kenangan indah la...2011, seperti yg story kt atas tadi, tahun duka aku. Tapi, hidup perlu diteruskan. So, kehidupan berjalan seperti biasa. Bos pun bertukar-tukar.Ikut rentak bos. Bos suka camping, maka campingla aku. Bos suka masak, maka masaklah aku. Kihkihkih....

Hinggalah hujung 2016, aku dilanda satu peristiwa. Benarlah kata org, takkan ada manusia yang ingin gagal dalam kehidupan. Tapi siapa kita hendak melawan takdir yang telah tertulis..Masa tu, tak tau nak hala ke mana. Nak buat keputusan drastik, memang tak mampu nak pikir. Takut keputusan melulu dan tewas dengan emosi. Buat kengkawan SKKMN, terima kasih yang tak terhingga atas sokongan kalian diketika itu. Rasa sebak bila ingatkan semula peristiwa itu. Tanpa apa-apa signal, berlaku kejadian yang aku sendiri agak sukar nak hadam ketika itu. Tapi berkat doa kalian, aku bangkit semula. Merenung semula apa yang telah berlaku. Redha. Kerana itu semua berlaku adalah dengan IzinNya..Siapa pun kita, hebat mana pun perancangan kita, tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Ada hikmahnya yang kita tak nampak di waktu dan ketika itu.

2017, permulaan yang sarat dengan air mata. Tapi dalam masa yang sama, beban tugas makin mencabar.Actually, aku patut berterima kasih pada ex-bos  Sebab, bekerja dengan dia, aku kene pantas dari semua aspek. Jadinya, aku takde masa nak duduk, nak murung, nak mengenang kisah duka.Siang malam duk ngadap kerja. Dari situ jugak, aku mula move on. Belajar untuk redha. Dan alhamdulillah, sampai sekarang, rasa tenang. Lebih berlapang dada dengan setiap ketentuan Ilahi. Dan yang lebih penting, rasa lebih terbuka dan positif.

2018, perjalanan kerjaya berjalan lancar. Berada di bawah naugan bos baru, Puan. Bila diberi mandat dan kepercayaan untuk berada sebaris dengan barisan pemimpin yang lain, terasa betapa beruntungnya. Sebab banyak sangat ilmu yang boleh diceduk. Bukan sahaja ilmu untuk pekerjaan. Tapi juga untuk ilmu kehidupan. Segala masalah, boleh mengadu ngan diorang. Sebab antara kami berempat, aku paling bongsu.Hihihi...So, sabar jelah diorang melayan segala soal jawab aku.Huhu...Tapi, walaupun sekejap, terasa sgt akrab. Rindu kat kakak2 ni.

2019, baru nak mengorak langkah. Baru nak susun segala mende. Perjalanan program di awal Januari hingga Awal Mac lancar. Alhamdulillah. Segalanya dari teamwork kami. Walaupun kami kecil, tapi kesepakatan kami jelas. Cuma utk tahun ini, ade beberapa planning yang aku dah suarakan. Semuanya sekadar planning. Kalau ade rezeki, adelah. Hinggalah tengah sibuk-sibuk tu, dapat call dari PPD tentang kenaikan pangkat dan pertukaran. Serius, mulanya mcm terkedu. Rasa mcm tak percaya, selepas 11 tahun berada di SKKMN, akhirnya aku keluar dari zon selesa. Banyak kenangan suka duka di SKKMN selama 11 tahun. Segala tangisan dan air mata menjadi saksi jatuh bangun aku di sini. Tak mudah untuk aku lalui asam garam kehidupan ini. Tapi berkat adanya family seperti kalian, semua tu dilalui dengan tenang. Terima kasih utk korang yang pernah bersama ketika di SKKMN. Terima kasih kerana majlis perpisahan yang korang buat khas utk aku sgt bermakna.Majlis yang akan dikenang hingga akhir nafas. Huhu...

Alhamdulillah, 10 Mac 2019 secara rasminya diberi mandat dan kepercayaan untuk berada dalam kumpulan  pentadbir di sekolah baru. Harapan aku, agar aku dapat bekerjasama dan mencipta memori indah di sini. Terlalu banyak yang aku perlu belajar. Rasa macam kerdil bila berada dalam organisasi yang besar.So, wish me luck!


-Juwin-
12.45 am
11 Mac 2019