Wednesday, July 23, 2014

21 JULAI

Tarikh 21 Julai...dalam ingatan...
Andainya dia masih ada...tahun ini genap 3 tahun usianya..
Hati sedikit terusik...rasa sebak...emosi sedikit terjejas...mungkin kerana Syawal yang hampir menjelma...ditambah dengan emosi yang tak keruan ketika pregnant kali ini...
Namun...inilah takdir yang telah ditentukan...Alhamdulillah...kuterima dengan hati yang lapang atas semua ketentuanMU..semoga diberi peluang untuk terus mengingati dan mengenang memory terindah bersama Iman...mama sayang Iman...

Al-Fatihah...

Wednesday, July 16, 2014

Insan Kerdil..



Masa berlalu begitu pantas....melalui kehidupan duniawi yang semakin menguji ketabahan diri adakalanya membuatkan kita semakin alpa....tanpa kita sedar...detik demi detik...kematian semakin menghampiri kita...betapa kerdilnya kita...pelbagai impian kita rencanakan...pelbagai perkara kita rancangkan..tapi siapakah kita untuk menolak segala Ketentuan Yang Telah Allah Tentukan untuk kita....

Setiap hari yang telah berlalu..berlalu dengan 1001 kenangan...kenangan yang kita ciptakan...yang pasti menjadi memori buat diri kita sendiri selagi kita berpeluang bernafas di bumi Allah ini..namun..seindah manapun kenangan itu, ia tetap terpadam pabila nafas kita terhenti...dan ianya hanya menjadi memori bagi insan yang pernah berada disekeliling kita....

Kita hanya mampu  berharap agar semua insan yang kita sayang akan kekal mengingati kita sampai bila-bila...tapi siapa kita untuk menentukannya? sampai masanya...mereka akan melupakan kita kerana tuntutan duniawi mereka sendiri....harapan kita hanyalah 1... Amanah Allah yang kita tinggalkan untuk terus mengingati kita sampai bila2...hanya anak-anak kita yang mampu kita harapkan...kirimkanlah doa dalam setiap ingatanmu wahai anak-anak...kerana itulah hadiah yang terbaik yang mampu kita hadiahkan untuk ibu dan ayah kita samada mereka masih hidup ataupun sudah meninggalkan kita...itulah hadiah yang terbaik untuk mereka di atas segala pengorbanan mereka sepanjang membesarkan kita....

Setelah bergelar ibu,,,kufahami erti pengorbanan ibu dan ayah....sesusah manapun aku...aku tetap inginkan yang terbaik buat semua anak-anakku...biarlah kesusahan itu hanya aku yang merasainya...betapa pantas masa berlalu...puteriku Nur Sofia Batrisya sudahpun menginjak ke usia 9 tahun...setiap saat aku mengharapkan agar aku diberi peluang bernafas di muka bumi ini untuk melihat amanah ini membesar dengan sempurna....Puteraku Allahyarham Muhammad Nor Iman...21 Julai ini genap usianya 3 tahun....setiap detik...belum pernah terpadam ingatan aku terhadapnya..meskipun memori yang tercipta bersamanya hanya seketika cuma...dan buat puteri/putera yang bakal aku lahirkan pada september ini...dengan doa dan harapan..aku berharap dikurniakan zuriat yang sihat dan sempurna.....aku bersyukur di atas semua Kurniaan Allah ini...berpeluang menjadi ibu adalah memory terindah dalam hidup...
Ramadhan hampir dipenghujungnya....semoga aku masih diberi kesempatan untuk meraikan Ramadhan di tahun2 akan datang....

Al-Fatihah buat arwah ayahku dan arwah anakku....
Semoga dipermudahkan segala urusan buat suamiku, ibuku, ibu bapa mertuaku, anak-anakku dan insan-insan yang menyenangi kehadiranku di kalangan mereka....
Sesungguhnya..aku hanya insan kerdil...

Tuesday, July 15, 2014

Happy belated birthday Sofia....

Happy belated birthday sayang mama...30 JUN 2014

Dah besar anak mama....bak katanye...dia bukan kanak-kanak lagi..tapi dah masuk awal remaja...haha...
itu dialog kalau nk beli apa-apa barang...tp bila tiba nak meragam...tetiba ckp pelat sebab katanye dia baby lagi...kihkih...
skrg sofia dalam proses belajar menjadi kakak...kejap dia ok...kejap dia suka merajuk..sensitif sangat skrg....maklumla..dah 9 tahun dia sorg2 jek...dulu baru dia berangan nak jadi kakak..tapi tak kesampaian...walaubagaimanapun..sofia sayanggggg sgt kat arwah adik Iman...kalau ke mana2 pun..asal jumpa je tanah perkuburan..pasti dia sedekahkah al-fatihah untuk arwah adik Iman...syukur Ya Allah kerana dia dikurniakan perasaan sebegitu....
So..untuk birthday Sofia kali ni...aku raikan seperti biasa...cuma tahun ini...aku raikan sekali dengan kehadiran Ramadhan...bagi kami suami isteri...setiap kali tiba hari jadi Sofia...kami lebih gemar adakan majlis makan2 di rumah...tak perlu party besar-besaran...itu bukan prinsip aku...cukup kalau ianya dapat diraikan oleh semua ahli keluarga....makan-makan sambil bercerita macam2 topik...cuma kali ni, aku x larat nak sediakan semua juadah...hanya sedikit pulut kuning dan rendang ayam sahaja yg terlarat...yg lain semua order..hehe...alhamdulillah..majlis berjalan lancar...kami raikan 2 hari lebih awal kerana tak nak ganggu ramadhan...nanti kelam kabut nak gi terawih...:)
so..happy bithday anak mama..semoga Sofia menjadi anak yang solehah..dengar cakap mama papa, diberi kesihatan yg baik...berjaya di dunia akhirat...Amin...