Sunday, December 15, 2019

16 Dec 2016 - 16 Dec 2019

16 Dec 2016 - 16 Dec 2019



Sekejap jer masa berlalu. Pejam celik, dah 3 tahun aku menggalas gelaran ibu tunggal ni. Tak perlu aku nak selindung gelaran ini. Bukan untuk bangga, jauh sekali nak riak dengan gelaran yang paling ditakuti oleh kaum wanita ini. Tapi, inilah realiti kehidupan aku sejak 3 tahun yang lalu. Mungkin selama ini, sikap aku untuk tidak mengiyakan atau menafikan menjadi 1001 persoalan. Hingga sekarang, masih ada di kalangan kengkawan lama yang masih kabur dengan status aku.


3 tahun menggalas gelaran ini, aku berpeluang mengenali siapa kawan yang masih setia. Siapa kawan yang sekadar bertanya khabar untuk menambah pelbagai rencah rasa apabila bercerita. Hmmm, rasanya tak perlu buang masa kot. Aku bukan siapa-siapa. Tak ada kepentingan pun untuk korang bercerita. Yang aku nak sampaikan di sini adalah realiti kehidupan.

Ayat pertama yang aku boleh jelaskan, tak mudah nak lalui kehidupan ini dengan gelaran ibu tunggal atau bahasa mudahnya Janda. Tak ada siapa pun nak pegang gelaran ni. Tapi siapalah aku nak menolak ketentuan Ilahi. Yang mana, tanpa angin, tanpa ribut, akhirnya aku memegang gelaran itu. Kerana kuasa talak terletak di tangan suami. Cuma, kadang-kadang ada juga rasa terkilan, bila ada di kalangan isteri-isteri ni, kalau berbual, seolah-olah dia yakin yang sampai akhir hayat pun dia tetap bergelar isteri. Tanpa sebarang salah, menjatuhkan hukuman kepada golongan seperti kami. Sahabat sekalian, berulang kali aku katakan, tak ada wanita dalam dunia ni nak jadi janda. Tak ada. Tapi, ujian Tuhan itu datang dalam pelbagai bentuk. Hati kita, Allah yang pegang. Sekelip mata, Allah boleh balikkan hati kita. Tak perlu ada orang ketiga untuk sepasang suami isteri tu bercerai. Tapi kalau dah memang Tuhan tetapkan jodoh kita hingga setakat itu sahaja, macam-macam asbab boleh menyebabkan penceraian itu berlaku.

Realiti hidup, bila memegang gelaran ini, macam-macam perkara yang kita tak pernah duga akan berlaku. Terutama bila bab berkawan. Dunia sekarang dah moden. Bukan macam dulu. Duduk terperuk kat rumah meratap nasib. Hello, sekarang dunia dah berubah. Tak ada siapa nak kasi kita makan kalau tak bekerja. Kebanyakan ibu tunggal semuanya akan struggle bekerja untuk sara diri dan anak-anak. Mana yang bekas suami bertanggungjawab tu, bagusla. Tapi ramai jek yang hilang tanggungjawab tu nak-nak bila ada keluarga baru. Yang ni aku tak nak komen. Isu ni sensitif.


Dan sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita perlu juga berkawan. Ada masanya, aku boleh urus semua benda. Cuma tulah, cakap-cakap orang kadang-kadang boleh buat kita ni tak tau nak bergerak ke depan ke, ke belakang ke, ke tengah ke, ke kiri ke, ke kanan ke, semuanya jadi salah.Alahai, dahtu, apa lagi aku nak buat? Rasanya belum pernah tahap mintak sedekah kot. Alhamdulillah, aku kerja. Aku boleh support diri aku ngan anak-anak. Cuma mungkin kami tak semewah orang lainlah. Dah memang setakat itu jer mampu aku. Yang penting, aku keja sendiri.

Dalam berkawan, semua jadi tak kena. Kalau berkawan dengan orang muda, nanti ada yang komen, tak sesuai. Kawan dengan duda, ish, jangan, banyak masalah nanti. Kawan dengan suami orang, boleh kene bom nanti. Hahahah... Hadoilaaa...Wahai saahabat sekalian..Kalaulah kita boleh pilih dengan siapa kita nak kawin, confirmlah kita nak yang terbaik jer dari semua segi kan. Nak rupa hensem, baik, kaya raya, keje bagus. Ala, macam drama yang korang suka tengok pukul 7 tu. Hahahha... Hello kak, tu drama. Ini realiti hidup. Ingat mudah ke nak pilih.?

Semua jadi tak kena bila kita bergelar ibu tunggal atau janda. Hmmm...entahla, kang ramai yang tak setuju dengan apa aku tulis ni. Tapi, macam nilah. Kalaulah kita boleh pilih dengan siapa kita nak bertemu, dengan siapa kita nak kawin, takkan ada cerai berai kat dunia ni. Perkahwinan tu satu perjudian. Pertaruhan kita untuk kekal hingga ke akhir hayat. Tapi, ada juga yang kecundang ditengah jalan macam aku. What to do, di luar kawalan aku. dan memang takdir aku begitu. Ada juga yang berjaya kekal bahagia hingga akhir hayat. Itu memang suatu yang sangat membahagiakan.

Isu sekarang sangat panas. Aku tak berani nak komen lebih-lebih. Terlalu sensitif.Apa pun yang berlaku, itu semua adalah kehendak Tuhan. Kalau Tuhan tak izinkan, takkan berlaku sesuatu perkara itu. Ia bergantung pada persepsi kita. Negatif anggapan kita, maka negatiflah jadinya. Positif anggapan kita, maka positiflah jadinya. Aku tak sokong hal ini. Tapi sekiranya ianya berlaku, biarlah ianya berlaku dalam keadaan yang baik dan harmoni. Tanpa ada sebarang sengketa. (positive mind). Cuma, selagi boleh elak, elaklah kot. Hahahha...


Sebenarnya macam takde mood nak menulis. Dah banyak kali type,delete,retype,delete...Kebosanan apakah itu. Hahahaha.... Hidup aku begini jer. Pergi kerja, balik kerja. Ada masa lapang, aku dengan anak-anak. Bila dah lama begitu, baru tahun ini, aku mula keluar dari zon itu. Aku kembali aktif dalam dunia hiking. Jumpa kengkawan baru. Kengkawan yang bukan berada di bidang yang sama. Kumpul pengalaman. Rasanya life sekarang much better kot.


So, ok. Sehingga jumpa lagi di masa akan datang. Mohon doakan yang baik-baik ajer. Apa yang berlaku telah pun berlaku. Dan apa yang akan berlaku, harap semuanya yang baik-baik.Terima kasih buat semua kengkawan yang sentiasa ada di saat jatuh bangun aku. Terima kasih juga buat mereka yang sentiasa mendoakan aku dalam diam. Semoga kalian semua sentiasa dalam Rahmat Tuhan. 




Juwin Salim
16.12.2019
9.00 am


Sunday, November 10, 2019

Gunung ku daki, lautan ku renangi....


" Rindu datang tak pernah tepat waktu, tapi dia tau waktu untuk bertemu"






Agar sukar nak memulakan penulisan kali ini. Terlalu banyak yang perlu diambil kira. Tapi, aku cuba semampu yang boleh. Khas untuk yang rindu dengan kisah perjalanan hidup aku. Hahahaha...

Apabila kita berada dalam situasi yang terlalu rumit, adakalanya kita akan terus terhimpit untuk mencari jalan keluar. Ke depan salah, ke belakang salah, ke kiri salah, ke kanan juga salah. Lalu, ke mana lagi arah yang perlu kita tuju untuk kita keluar dari kerumitan itu...

Bermula Jun 2019, kehidupan yang tenang mula berkocak. Segar dalam ingatan. Sebab masa tu hari jadi aku kan.Sebab tu segar dalam ingatan. Benar orang kata, dugaan hidup ni datang tanpa kita undang. Tanpa kita duga. Hampir 3 tahun, menjalani kehidupan sendiri, macam-macam perkara dan hal yang tak terduga berlaku. Kalau dulu, mungkin aku masih boleh terima apa yang berlaku. Ia berlaku di luar kawalan. Tapi tidak buat kali kedua.

Bila situasi agak tidak terkawal, perasaan jadi celaru. Terasa berat beban di bahu. Maka bermulalah episod, aku mencari ketenangan. Mungkin kalian akan berkata, sujudlah di sejadah untuk mencari ketenangan itu. Ya, itu aku tak nafikan. Dalam masa yang sama, aku tetap mencari arah. Ke mana aku nak tuju. Ada keputusan yang aku nekad. Biarpun aku terpaksa berdepan dengan situasi yang sangat berat untuk aku memilih. 

Bukan aku nak lari dari masalah atau sebarang kerumitan. Aku hanya manusia biasa yang masih ada hati, ada perasaan. Aku perlu ruang dan suasana yang positif. Aku perlu terus kuat untuk anak-anak aku. Aku tak boleh biarkan orang lain perkotak katikkan kehidupan aku. Jadi, aku nekad. Keluar dari ruang lingkup yang tertutup.

Bermula dengan satu iklan. Trip ke Gunung Tahan pada cuti Deepavali. Setelah timbal balik, aku nekad jer daftar. Dah 20 tahun aku tinggalkan dunia pergunungan ni. Terfikir tentang kudrat yang ada. Rasa macam tak mampu. Tapi bila fikir 2 kali, tiada yang mustahil kan. So, itu adalah misi Come Back After 20 years. Setelah 20 tahun gantung beg hiking. Rasa macam tak tau nak mula dari mana. Di situ bermula episod ikut trip suka-suka. Belum lagi training hiking.

Mula-mula nak ajar kakak berjinak-jinak dalam dunia hiking. Berangan nak ambik gambar kat Puncak Tahan dengan kakak. Tapi, percubaan pertama bawa dia ke Pulau Mawar dan Bukit Selantai tu, nampaknya dia belum sesuai. Mungkin belum terbuka hati dia kot.Hahahaa..Trip ke Pulau Mawar ni, aku ikut SAS Adventure. Sebab dah lama kenal dengan ownernya ni. Bekas anak didik.

Selepas trip Pulau Mawar, dah mula rasa nak buat come back. Dah mula rasa rindu dengan dunia outdoor. Join lagi trip Waterfall abselling kat Pelepah Kiri Kota Tinggi. Kali ni kakak tak ikut dah. Masa kat waterfall tu, line telefon memang tak ada. Elok jer keluar dari area hutan tu, bertalu-talu text masuk. Allahu, berbakul-bakul aku dapat 'habuan' masa tu. Bayangkan. Sangat penat otak aku aku nak hadam dengan situasi ketika itu. Sampai satu tahap aku pikir, whats next?....Aku ni siapa? Aku masih ada keluarga. Dan yang paling penting, aku tak merempat minta simpati sesiapa untuk teruskan kehidupan aku. Berkali-kali aku di arahkan untuk 'move on'. Tak perlu kot nak remind aku tentang 'move on. Dah lama aku lepaskan kehidupan dulu. Aku ada life aku sendiri.

Bertalu-talu sangat. Aku manusia biasa. Aku bekerja. Aku ada beban tugas yang perlu aku galas.So, aku penat nak pikir hal-hal yang tak sepatutnya.Balik Abselling, join pulak explore gua di Batu Maloi. Masa ni gamble ajer. Tak kenal sesiapa pun. Cuma pernah join sekali masa kat Pelepah kiri tu. Tapi team ni memang best. Rasa macam dah lama kenal. Dalam masa yang sama, training ke Gunung Tahan masih celup-celup. Sebab tak semua kawan suka hiking. Dan aku pulak sejenis manusia yang ada rasa takut nak hiking sorang-sorang walaupun Gunung Lambak tu sentiasa ada orang. Sesekali bila ada kengkawan yang free, sampailah aku kat Gunung Lambak tu.

Dari Gunung Lambak, beralih traning ke Gunung Pulai. Terima kasih Encik Farouk sebab jadi coach yang garang. Hahahaha....Ayat dia kalau masa latihan menikam kalbu. Rasa macam nak patah balik turun. Makan hati dengar. Hahahaha...Tapi dia baik. Hahaha

Entah macam mana, trip ke Gunung Tahan terpaksa dibatalkan atas masalah teknikal. Rasa frustnya. Sebab, ada 3 tempat yang aku teringin nak repeat n buat come back. Gunung Tahan, Kinabalu dan juga Stong/Ayam. 3 gunung ni sangat melekat di hati. Tapi, mungkin belum rezeki  nak jejakkan kaki. Oleh kerana tak nak mereput masa cuti Deepavali aritu, maka jelajahlah aku ke gunung-gunung yang agak familiar. Takla extreme sangat. Sesuai untuk aku yang baru nak berjinak balik. Dan juga dengan umur yang dan semakin senja.Sempatlah jejakkan kaki ke Taman Negara Endau Rompin. Terima kasih untuk sahabat lama yang invite trip ni. Kolan aka En.Khalid.

Balik dari Taman Negara, terus ke Puncak Datuk Pulak. Kali pertama sampai sini. Masa naik tu baru lepas hujan. Boleh tahan la jugak tracknya. Tapi view kat puncak cantik. Berkabus. Memang boleh buat jatuh cinta. Balik dari Gunung Datuk, kami terus menuju ke Tanjung Tuan. Cantik view kat Bukit Batu Putih tu..Hujung minggu seterusnya, last minit punya offer. Join trip Gunung Nuang. Nuang dan pernah naik dulu. Tapi serious, aku lupa tentang track ni. Hahahahha..mendapat sungguh. 15 jam termasuk rest dan lepak kat puncak. Turun tu memang pewai. Dengan hujannya dan
tak tido. Sampai Kem Lolo, aku dah mula seram sejuk. Tanda-tanda badan dah tua kot. Hahahaa...Demam terus masa tu. Huhuhu...Memang azam, tak nak repeat lagi Nuang. Kalau Datuk tu, mungkin. Sebab view memang cantik.

Dan semalam, penutup 2019 di Gunung Angsi. Track yang sangat sesuai la untuk beginner. View biasa ajer. Punyala ramai manusia kat atas tu. Dah macam ada shopping complex kat puncak. Hahaha.. Apa pun, itu semua kenangan. Misi come back yang berjaya bagi aku. Kenapa gunung?
Pendakian ni umpama kehidupan kita. Tak semua orang mampu mendaki. Tapi tak mustahil bagi mereka yang tak pernah putus asa. Ada masanya, aku rasa hampir give up. Terasa lelah, tiada kudrat dan kaki hampir tak dapat nak melangkah lagi. Tapi apa pilihan yang aku ada. Teruskan pendakian ataupun berpatah balik. Apa pun keputusan yang aku ambil, rintangan tetap ada. Kalau teruskan, kita tak tau apa akan berlaku disepanjang jalan itu. Rintangan apa lagi yang harus aku redah. Tapi sekiranya aku berjaya menawan hingga ke puncak, pastinya pemandangan di atas sana menggamit suasana damai. Tapi kalau aku buat keputusan untuk berpatah semula, rintangannya tetap ada. Risiko untuk jatuh sentiasa ada. Dan di bawah, aku tetap akan berdepan dengan dugaan yang sedia ada. Itulah yang dinamakan kehidupan.

Benar kata orang, mendaki gunung perlu jiwa. Kita pasti akan rindu saat itu. Untuk situasi aku yang masih dalam samar bayangan, doakan yang terbaik untuk kehidupan aku dan anak-anak selepas ini. 2020 bakal menjelma. Harapan tu memang nak teruskan mendaki. Tapi sebab kehidupan 2020 masih di awangan. Andai dapat bertukar ke Terengganu, nak mendaki, kena cari team baru. Andai pertukaran belum berpihak kepada aku, maka insyaAllah..aktiflah aku semula dalam dunia hiking ni. Bergantung pada kesihatan dan kemampuan. Itu cara aku keluar dari kerumitan dan keserabutan hidup aku. 

Malam ni, mood sedih dan sebak. Al-Fatihah untuk Adik Q..Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Usiamu masih muda. Tabahkanlah hati kedua orang tuamu untuk menerima takdir yang telah tercatat dalam perjalanan kehidupan mereka. Sehingga ketemu lagi dalam naskah akan datang.

Juwin
11.11.2019
12.11 am


Thursday, October 31, 2019

1.11.2019


" Ketika diri belum mampu memantaskan,
Mendoakan adalah cara terbaik untuk berjuang
tanpa harus kehilangan".
#kutipanpena#
Semoga dipermudahkan segala urusan..
Aku menanti dalam debar..

-Juwin-
12.39 am                1.11.2019

Sunday, September 1, 2019

Dedicate to Nur Sara Tihany..Turns to 5..


Happy Birthday adik!
31 Ogos datang lagi..
Terima kasih Cik Da..Hihihi
Merealisasikan hasrat mama nak celebrate birthday adik kat tepi pantai..
Dah 2 tahun celebrate tepi pantai..

Mama masih ingat, saat Doktor tanya mama, nak pilih tarikh bersalin tak?
Mama teragak nak jawab mama nak 31 Ogos 2014, Sebab masa tu..Perasaan mama sangat tak tentu arah. Mama terlalu trauma dengan kehilangan Abang Iman. So, bila doktor kata, why not...u boleh bersalin 31 Ogos nanti...waaaa...mama teruja...Dan permintaan mama untuk bersalin dengan Doktor Luckmal juga dipersetujui...

31 Ogos 2014
Dalam teruja mama, mama terlalu rasa gementar.. 
Selepas subuh, mama dah bersiap. Perasaan masa tu tak boleh nak digambarkan. Walaupun itu kali ke 3 mama czer, tapi perasaan takut tu sangat menguasai diri mama. Sampailah selepas mama dibius, ubat bius pulak lambat react...Doktor Kadir sempat berbisik kat telinga mama...calm down..relax..istifar, doa banyak-banyak... tekanan darah mama mula merundum jatuh.. Mama sempat tengok monitor dan dengar Doktor Luckmal cakap sesuatu..Rasa macam...Ya Allah, sempat ke aku nak tengok anak aku ni...Rasa macam nyawa dihujung tanduk masa tu... Lepas tu terus mama dibius penuh...Pengsan terus mama..

Alhamdulillah, selepas selesai operation, adik sihat walafiat dan syukur,mama selamat dan tak ada apa-apa komplikasi selepas itu. Syukur alhamdulillah.. Mama sangat berterima kasih kat Doktor Luckmal, Doktor Murad, Doktor Kadir dan juga nurse2 atas layanan baik untuk mama dan adik. Jasa dan budi baik Doktor mama akan ingat sampai bila-bila. Mama dapat special diskaun masa tu. Rezeki untuk adik.

Doa mama sentiasa mengiringi perjalanan adik.
Punyalah mama gigih mencari segenap pelusuk gambar-gambar adik masa adik baby.. 
Sangat terkilan pada diri mama sendiri...Kerana selama ini, gambar-gambar adik, kakak dan arwah abang Iman bukan dalam Laptop mama...
Selama ini, mama bukanlah orang yang gemar mengambil gambar..
Sejak 2017, barulah mama mula menyimpan sendiri gambar-gambar harta dunia akhirat mama...
Jadi, tak hairan jika sekarang, Facebook dan Ig mama sentiasa ada gambar kita bersama. Seboleh mungkin, mama nak kita sentiasa ada moment indah untuk dikenang di masa akan datang.
Setiap detik yang kita lalui bersama, itu adalah catatan kehidupan kita. Kita mungkin mampu mengulang semula apa yang telah kita buat, Tapi, kita tak mampu mengulang semula apa yang kita rasa saat itu. Jadi, gambar adalah satu tanda kita mengingat semula apa yang pernah kita rasa.

Adik,
Adik masih terlalu kecil untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku. Tapi, mama sentiasa doakan adik membesar dalam suasana yang selesa, dalam suasana yang adik takkan rasa apa-apa kekurangan atau perbezaan dengan orang lain. Selagi mama mampu, mama will fix it untuk adik & kakak.

Ada masanya, mama tak mampu nak menjawab semua persoalan adik. And one fine day nanti, bila adik dah besar, dah faham erti kehidupan..Mama harap semua persoalan adik akan terjawab even though waktu tu maybe mama dah takde..

Semoga adik membesar dengan sihat walafiat. 
Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi kehidupan adik.
Doa mama sentiasa bersama adik dan kakak selagi nafas mama belum terhenti....

Lots of love,
Mama



Thursday, July 4, 2019

Dedicate to Nur Sofia Batrisya....turns to 14




Anak
Saat tanggisan pertama kau kudengari
Saat itu dunia terasa sangat bermakna
Hilang segala kesakitan
Dan dunia terasa sangat indah
Hadirmu atas rasa cinta..

Masa berlalu pantas
Diam tak diam
Kau semakin menginjak remaja
Duniamu dipenuhi warna warni kehidupan

Adakalanya
Mulutmu hanya membisu
Tapi jauh di sudut hati kecilmu berteriak
Riak wajahmu tidak dipamer

Tapi
Detik hati mama 
Dapat mendengar suara hatimu

Hidup ini penuh onak dan duri
Usah terlalu leka
Takut kelak engkau merana
Dunia ini terlalu banyak pancaroba
Belajarlah untuk menjadi kuat

Jadilah insan yang berhati mulia
Yang sentiasa ucapkan rasa syukur
Bukan harta jadi ukuran
Tapi nilai kemanusiaan dan keberadaban itu
Menjadi pengukur suatu masa nanti..

Senyummu adalah bahagia mama
Tetaplah tersenyum sayang
Kerana kau adalah jiwa dan raga mama
Doa mama sentiasa mengiringi setiap langkahmu...

Mama sayang kamu...

Love,

Mama
5 Julai 2019
2.04 am

Friday, June 14, 2019

24 Mei 2003 - 16 Disember 2016


Selamat Hari Raya
Maaf zahir Batin

Dah lama tak menulis..
Terasa semakin berkarat skill menulis..
Setiap hari, pejam celik, pejam celik..2019 dah pun berlalu setengah tahun. Betapa pantasnya masa berlalu. Umur pula semakin meningkat. Saban hari, pasti ada yang meninggalkan kita samada kita kenal rapat atau sebaliknya..Dan setiap kali itu juga, seakan terasa masa kita juga semakin hampir.

Tahun 2019 pelbagai memori tercipta...
Sematkan segala memori menjadi kenangan indah dalam hidup kita. Dan selepas hampir 20 tahun, aku kembali menulis. Bezanya, kalau dulu di zaman universiti, aku banyak buat cerpen. Kisah khayalan. Menulis berdasarkan khayalan sendiri. Adalah beberapa cerpen pernah tersiar dalam majalah Mingguan wanita. Setiap kali cerpen tersiar, dapatlah cek RM50. Hihihi...masa tu rasa seronok jer. Nama pena masa tu ada dua. Inn atau Qirana007. Hahaha. Dulu masih simpan majalah-majalah tu dan juga disket cerpen-cerpen tu. Tapi sebelum abis belajar, keluar masuk kolej, pindah rumah sewa, entah ke mana perginya..komputer pulak dah abis kena banjir tahun 2016 aritu. 
Kalaulah zaman tu aku dah pandai buat blog, confirm ada kat blog kan?Hahahhaa...

Tahun 2019 ni, penulisan pertamanya adalah cerpen juga. Tapi cerpen ni adalah Kisah Hidup. Maksudnya, cerita tentang kehidupan aku sendiri. Yang ni adalah projek Antologi Cerpen untuk PBAKL 2020. Doakan yer, semoga menjadi realiti. Penerbitan secara swaterbit bersama Puan sri Diah. Sebab dah lama tak menulis, aku mulakan dengan cerpen. Ceritanya pun hanya secebis dari seluruh kehidupan aku. Hahaha....For sure, ada nama orang-orang yang pernah rapat dengan aku. Korang jangan lupa beli eh. Hahahaha....Buku solo tu masih dalam perancangan. Komitmen kadang-kadang membataskan masa untuk berkarya. (Alasan yang paling sesuai kalau malas,hihihi).

Angan-angan tu nak juga ada buku solo. Tapi mungkin belum mampu nak laksanakan. Impian tu aku simpan dulu sebagaimana impian-impian yang lain. Aku banyak impian. Kadang-kadang selalu terfikir, umur dah hampir 40 tahun, tapi masih banyak impian yang belum mampu aku realisasikan. Terutamanya impian untuk satu kehidupan yang lengkap. Ada masanya aku rasa down sendiri. Hmmm...macam terasa, beratnya perjalanan hidup aku ni..berliku-liku. Tapi bila fikir balik, Allah dah susun cantik kehidupan aku ni. Cuma mungkin belum masanya untuk Dia lepaskan semua doa-doa yang aku mohon.Jadi, jangan terus berhenti doa...teruskan melangkah yer mama...❤

Syawal 2019, tahun ke 3 kami beraya bertiga. Sekejap jer masa berlalu kan? Anak-anak semakin membesar. Dan selepas hampir 3 tahun, rasanya dah sampai masanya untuk aku jelaskan situasi sebenarnya. Hubungan kami sebagai suami isteri telahpun berakhir pada 16 Disember 2016. Emm, rasanya ramai yang dah tahu. Dan ada juga yang masih berteka teki tentang status kami. Hampir 14 tahun kami bersama, lalui suka duka, ups and and downs, takdir perjalanan bersama kami terhenti di situ. Cukuplah jika aku katakan, tak ada orang yang mahu kegagalan dalam rumahtangga. Semua orang yang berkahwin akan berharap perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat. Tapi siapa kita untuk menolak takdir yang memang telah tertulis untuk kita. Begitu juga dengan kami. 14 tahun aku pertahankan. Apa yang berlaku antara kami, bukan kehendak aku. Tapi apakan daya, perkara dah berlaku. Nak diundur dah tak boleh. Inilah yang dinamakan takdir.

Dan, walaupun kami bukan lagi suami isteri, hubungan kami tetap baik. Ramai orang yang pelik melihat keakraban kami. Kami masih lagi outing sama-sama, makan sama-sama. Ada kalanya, kami bawa anak-anak bercuti bersama. Alhamdulillah, kami tahu menjaga batas kami. Ada banyak perkara yang orang luar tak faham. Yang berpisah adalah kami berdua. Kami berdua tetap papa dan mama kepada anak-anak kami. Aku akui tak mudah nak lalui situasi begini, tapi itu adalah pengorbanan yang perlu aku letak di tahap paling tinggi dalam hidup aku demi anak-anak.

Jalan hidup kita mungkin sama. Tapi cerita kehidupan kita takkan sama.Cara hidup kita juga tak sama. Takdir kita esok lusa kita belum tahu. Hari ini, mungkin kita ada hidup yang lengkap. Tapi esok belum pasti. Banyak perkara yang aku belajar dari kehidupan aku sendiri. Kalau susah, usahalah sendiri. Kalau senang, bersyukur. Tapi yang pastinya, aku mengenali mana kawan yang akan menangis bersama-sama di saat kejatuhan kita. Ada orang, dia muncul di saat kita jatuh, tapi munculnya dia hanya untuk tahu apa yang berlaku,lepas tu hilang. Kikiki...Adalah beberapa kerat yang macam ni. Tapi apa ada hal...Sebab aku ramai kawan yang masih kekal hingga ke saat ini, yang sentiasa ada di saat aku jatuh, terduduk, tergolek pun, diorang tetap ada...Alhamdulillah, masih ramai orang yang baik-baik kat atas muka bumi ni...Chill laa...yang jadi spesies bawang tu, biarlah dia.. sesekali letak daun bawang dalam masakan kita pun sedap kan...Kikikiki...

Eh, panjang pulak kali ni kan..hihi..tu tandanya dah mula nak menulis balik kot. Kikiki...
Apa pun yang berlaku, aku reda dan pasrah dengan takdir hidup aku. Alhamdulilah, aku bahagia dengan anak-anak, mak aku, keluarga aku dan kengkawan aku. Semoga hubungan kami terus baik sebagai sahabat. Esok lusa, mungkin dia ada pasangan baru ( dah ada rasanya) kikikiki... atau aku sendiri terbuka hati nak terima orang baru, aku harap kami tetap boleh berbaik macam ni. Siapa pun pasangan dia atau pasangan aku, kenyataannya kami adalah papa dan mama kepada anak-anak kami. Ada masanya, kami perlu bersatu sebagai mama dan papa untuk anak-anak kami. Bersatu sebagai ibu dan bapa yer. Bukan bersatu sebagai suami isteri....

So, rasanya dah clear kan.?So, harap semua dah faham. Tapi terfikir gak ni..yang tanya-tanya tu dia baca tak blog aku nih? Kahkahkah....kang penat aku tulis, pastu tak baca... pastu nanti kalau ada gambar aku bertiga ngan anak-anak jer, nanti mesengger,dm, wasap aku pulak tanya mana suami aku..Hailahhhh....hahahha...

Apa pun, aku tak minta apa pun dari korang. Cukup doakan yang baik-baik untuk aku, dia dan anak-anak.. Andai kata dia ada pasangan baru pun, harap pasangannya dapat terima anak-anak kami dengan baik. Begitu juga aku. Andai kata terbuka hati, harap-harap orang tu terima anak-anak aku dengan baik. Buat masa sekarang, rasanya selesa begini jer. Esok lusa tak taulah. Tak berani nak cakap. Hati aku Allah yang pegang. Kalau dibukakan pintu hati, adalah. Susah nak cakap. Trauma pun ada gak sikit-sikit, Fobia pun ada gak sikit-sikit. Hahaha...Senang cerita, belum ada keinginan nak ada komitmen dengan sesiapa.

Akhir kata, doakan yang terbaik untuk kami...



7.01 pm
14 Jun 2019
-Juwin-



Sunday, March 31, 2019

Memori Indah 2008 - 2019

10 Mac 2019

Dah 2 minggu, hidup agak bercelaru sebenarnya. Benarlah, Allah tidak memberi di saat kita meminta, tetapi Allah memberi tepat pada waktunya....

Bermula 2008, aku memulakan kerjaya sebagai seorang guru. Sebelum tu cikgu jugak, tapi takde tauliah..hihi..Perjalanan kerjaya pada mulanya sangat 'panas'.. Masa tu jiwa masih muda. Kadang-kadang ada banyak perkara yang kita tak setuju. Yang ni aku akui sendiri dan aku pasti ramai lagi yang macam aku. Nak-nak masa 2008 ni, tengah hangat isu gaji cikgu graduate dengan non graduate. Ada yang ok, ok jer. Tapi ade spesies yang duk kata keje mesti setimpal dengan gaji yang diterima. So, maka belambak2lah kerja yang diberi untuk cikgu graduate ketika itu. Yang ni berlaku di mana2 jer.

Malam ni mood tak berapa ada sgt nak menulis ni. Tapi hati ttp nak menulis. Pengalaman sangat mendewasakan. Tahun berganti tahun, aku rasa semakin matang dan semakin sebati dengan dunia perguruan ni. Pelbagai ragam manusia aku jumpa.

Di sini, kengkawan senior di SKKMN menyaksikan jatuh bangun aku dalam kehidupan. Bermula dengan kehilangan arwah Muhammad Nor Iman pada tahun 2011. Bayangkan, masa tu aku sibuk dengan kerja kat sekolah. Dalam masa yang sama, aku tengah final year utk Master Thesis aku. Tengah nak analisis data. Aku hampir give up belajar. Penat tak boleh diceritakan. Bawak perut sampai 9 bulan masuk dewan kuliah. Hari-hari travel Kluang-JB. Kadang bila bulan puasa, berhenti kejap buka posa kat tepi longkang, tepi hihgway..Itu memori indah aku, Nurul dan dia. Nurul adalah insan yang paling aku rapat. Segala tentang apa aku rasa, dia adalah penyimpan rahsia mohor besar aku. Kikiki...Seorang sahabat yang sentiasa ada. Terima kasih Nurul....

Masa ni rasa mcm tak cukup 24 jam sehari. 7-2 petang keje, pastu rushing ke UTM,JB. kelas mula pukul 4, tapi kadang kitaorg sampai pukul 4.30..Nasib baik lectrer semuanya ok. Belum lagi kene ke library nak cari bahan. Discussion. Kelas habis pukul 7 pm. Kitaorg akan rushing semula balik ke Kluang. Biasanya sampai rumah dalam pukul 10 pm. Masa tu anak dah tido. kadang sampai seminggu tak dapat bual2 ngan anak sendiri.Tak dapat bayangkan semula saat tu. Balik rumah bukan boleh terus tido, mana nak siapkan buku rekod mengajar, keje sekolah, assignment lagi. Memang kadang-kadang jadi burung hantu. Masa pregnantkan Iman, memang tak cukup rehat. Sampailah masa dah due pun, still collect data. Ya Allah, masa tu syukur sangat2. Sebab, dalam keadaan begitu pun, alhamdulillah. Allah bagi kekuatan. Iman meninggal ketika usia 33 hari. Aku masih dalam pantang. Bermula hari ke2, rutin yang sepatutnya orang berpantang, semuanya aku x buat. 31 hari aku berkampung kat Hospital Sultanah Aminah dan IJN. Makan, semua tapau dari kedai. 2 minggu berkampung kat hotel. lepas tu baru ulang alik setiap hari dari Kluang ke HSA. Setiap hari tanpa gagal. Masa tu, aku selalu berdoa agar ade keajaiban. Agar Iman sembuh.Dan selalu bila aku tidur, aku berharap itu semua adalah mimpi mainan tidur aku jer. 6 tahun aku tunggu kehadiran Iman.Tapi memang aku takde rezeki nak tengok Iman membesar. Akhirnya, aku redha. Aku lepaskan Iman. Masa ni, syukur alhamdulillah, semua kengkawan sgt support. Mereka sentiasa ada. Alhamdulillah, rasanya kehilangan Iman jadi pemangkin utk aku terus bdiri. Aku memang dedicate Sijil Master tu untuk Iman. Aku abiskan master 2 tahun tanpa extend dan alhamdulillah, dapat Anugerah Pelajar Terbaik Master. Rasa semua tu adalah kekuatan dan semangat Iman.Blog ni pun aku create untuk kenangan anak-anak di masa akan dtg. di awalnya hanya cerita tentang Iman.

Ok, tapi kali ni bukan nak story pasal Iman. Hahahah...melalut mama ko ni dik....Sebenarnya kali ni nak citer ttg moment indah sepanjang kat SKKMN. Family kecil tapi kami semua rapat. Bergaduh, perang mulut mcm mana pun, nanti elok jer makan sebelah2.Itu yang uniknya. Rasanya, bukan dgn warga sekolah jer, ngan org kampung pun sama. Mengenali masyarakat kat sini, budaya kat sini, memang satu kenangan indah la...2011, seperti yg story kt atas tadi, tahun duka aku. Tapi, hidup perlu diteruskan. So, kehidupan berjalan seperti biasa. Bos pun bertukar-tukar.Ikut rentak bos. Bos suka camping, maka campingla aku. Bos suka masak, maka masaklah aku. Kihkihkih....

Hinggalah hujung 2016, aku dilanda satu peristiwa. Benarlah kata org, takkan ada manusia yang ingin gagal dalam kehidupan. Tapi siapa kita hendak melawan takdir yang telah tertulis..Masa tu, tak tau nak hala ke mana. Nak buat keputusan drastik, memang tak mampu nak pikir. Takut keputusan melulu dan tewas dengan emosi. Buat kengkawan SKKMN, terima kasih yang tak terhingga atas sokongan kalian diketika itu. Rasa sebak bila ingatkan semula peristiwa itu. Tanpa apa-apa signal, berlaku kejadian yang aku sendiri agak sukar nak hadam ketika itu. Tapi berkat doa kalian, aku bangkit semula. Merenung semula apa yang telah berlaku. Redha. Kerana itu semua berlaku adalah dengan IzinNya..Siapa pun kita, hebat mana pun perancangan kita, tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Ada hikmahnya yang kita tak nampak di waktu dan ketika itu.

2017, permulaan yang sarat dengan air mata. Tapi dalam masa yang sama, beban tugas makin mencabar.Actually, aku patut berterima kasih pada ex-bos  Sebab, bekerja dengan dia, aku kene pantas dari semua aspek. Jadinya, aku takde masa nak duduk, nak murung, nak mengenang kisah duka.Siang malam duk ngadap kerja. Dari situ jugak, aku mula move on. Belajar untuk redha. Dan alhamdulillah, sampai sekarang, rasa tenang. Lebih berlapang dada dengan setiap ketentuan Ilahi. Dan yang lebih penting, rasa lebih terbuka dan positif.

2018, perjalanan kerjaya berjalan lancar. Berada di bawah naugan bos baru, Puan. Bila diberi mandat dan kepercayaan untuk berada sebaris dengan barisan pemimpin yang lain, terasa betapa beruntungnya. Sebab banyak sangat ilmu yang boleh diceduk. Bukan sahaja ilmu untuk pekerjaan. Tapi juga untuk ilmu kehidupan. Segala masalah, boleh mengadu ngan diorang. Sebab antara kami berempat, aku paling bongsu.Hihihi...So, sabar jelah diorang melayan segala soal jawab aku.Huhu...Tapi, walaupun sekejap, terasa sgt akrab. Rindu kat kakak2 ni.

2019, baru nak mengorak langkah. Baru nak susun segala mende. Perjalanan program di awal Januari hingga Awal Mac lancar. Alhamdulillah. Segalanya dari teamwork kami. Walaupun kami kecil, tapi kesepakatan kami jelas. Cuma utk tahun ini, ade beberapa planning yang aku dah suarakan. Semuanya sekadar planning. Kalau ade rezeki, adelah. Hinggalah tengah sibuk-sibuk tu, dapat call dari PPD tentang kenaikan pangkat dan pertukaran. Serius, mulanya mcm terkedu. Rasa mcm tak percaya, selepas 11 tahun berada di SKKMN, akhirnya aku keluar dari zon selesa. Banyak kenangan suka duka di SKKMN selama 11 tahun. Segala tangisan dan air mata menjadi saksi jatuh bangun aku di sini. Tak mudah untuk aku lalui asam garam kehidupan ini. Tapi berkat adanya family seperti kalian, semua tu dilalui dengan tenang. Terima kasih utk korang yang pernah bersama ketika di SKKMN. Terima kasih kerana majlis perpisahan yang korang buat khas utk aku sgt bermakna.Majlis yang akan dikenang hingga akhir nafas. Huhu...

Alhamdulillah, 10 Mac 2019 secara rasminya diberi mandat dan kepercayaan untuk berada dalam kumpulan  pentadbir di sekolah baru. Harapan aku, agar aku dapat bekerjasama dan mencipta memori indah di sini. Terlalu banyak yang aku perlu belajar. Rasa macam kerdil bila berada dalam organisasi yang besar.So, wish me luck!


-Juwin-
12.45 am
11 Mac 2019

Monday, January 7, 2019

Roadtrip to Hatyai-Part 2

Tb...

Ok, jap...aku dh hampir lupa story ni sebenarnya. Bila keja makin banyak, semua cerita lupa...huhu..

9.12.2018
Kita mulakan dengan pagi tulah. Oleh kerana dah teberjanji dengan si adik nak bawak dia naik gajah bila sampai Thailand, so..ari2 dia menuntut. Pada dia, dia belum sampai Thailand lagi masa nih, Sebab dia belum naik gajah. Huhuhu...Oleh kerana, kakak aku baru 1st time kat Hatyai, agak buang masa kalau diorang ikut aku sebenarnya. Setakat naik gajah jer kan. So, kitaorg buat aktiviti sendiri2. Aku dh bgtau nama tempat yang diorang boleh pergi. Untuk 1st timer, aku tak suggest sgt dorang drive keta nak ke morning market tu. Better ambik tuk-tuk atau grab jelah. So, diorang ambik tuk-tuk. Aku ngan anak-anak aku pulak ambik grab. Jarak Chang Puak Champ tu takla jauh sangat. Tapi lebih selesa naik grab. So, aku arrange ngan pihak hotel jer utk aku punya grab. Pergi balik just 600baht.
Yang lebih menarik, driver grab tu tunggu kat situ. Memang tip top servis. Dahla hensem. Hahahahaa..joking...Walaupun driver grab tu sepatah pun takleh speaking. Aku speaking, dia ckp thai. Tapi masing2 buat faham jelah. Yg penting dia tak tinggal aku kt Camp tu. Kalu tak jenuh nak kene panggil grab lain.

Kitaorg sampai lebih kurang pukul 9.30 am. Mak aih...kat parking penuh bas. Kat kawasan depan tu penuh dengan orang kita. Memang tak nampak macam kat Thailand pun. Hahaha...Hadoiii..memang rasa seriknya nak masuk bulan 12 lagi. Maka, beraturlah kami beberapa jam semata-mata nak naik gajah tu. Adik biasalah, mood dah tak berapa ok. Panas,, penat, mengantuk dan dia lapar. Aku cam nk patah pinggang dukung dia.Rasa mcm nk ckp..jom balik hotel dik.Kikikiki..Kang kalu ckp camtu, nanti dia tuntut janji lagi. Penyudahnya tunggu jugaklah. Dan selepas beberapa jam menunggu, baru turn kitaorg naik. Ala, takdelah jauh pun. Dekat jer. Adelah dalam 500 meter kot. Tu pun cam tak sampai.Takpela, janji lepas hajat si kecik.
muka ceria sbb hajat dh nak tercapai.hahahha

yeahhh...adik dh naik gajah...walhal bukan kali pertama dia naik gajah...hahaha

Dari Chang Puak Champ, kitaorg terus menuju ke market sebab kakak aku still kat sana. Tapi yang kelakarnya, diorang kat market lain,aku kat market lain. Tempat dekat2 jer. Bangunan jer tak sama. Masa tu pulak Sara dah tidur. So, aku decide nak balik hotel jelah. Nanti petang jumpa sebab dah janji nak bawak diorang pegi Floating Market.Dari market, kitaorg ambik tuk-tuk balik hotel. Boleh pulak driver tuk-tuk tu salah antar hotel. Punyala lama kitaorg berpusing2.Kikiki...Tapi alhamdulillah, dia tak extra charge pun sebab dia yg salah jalan.Kikiki....Sampai hotel, terus lunch dulu....
si kakak nk mkn salmon...

menu lunch adik...

mama tetap mkn nasi...hahah


dia kelaparan,so dia order telur dadar jugak...

org ni bahagia jer bila ada mainan....

Pukul 5 pm kitaorg keluar ke Floating Market. Nak gi sini pun aku just chatered tuk-tuk pegi balik. Memang bagusla diorang ni. Bila kita ambik pegi balik, diaorang memang akan tunggu kita.Sampai Floating Market, sama gak. Penuh ngan manusia.Hahaha...Aku jenis tak minat sgt nak berhimpit2. So, aku just jalan2 kat tepi jambatan tu jek. Jambatan pun dah baru dah. So lepak atas jambatan tengok orang.Kali ni kitaorg tak beli makanan kat sini. Macam mana nak beli, tengok orang ramai pun dh ngeri. Malas nak nyelit. Sara jugak best. Asyik beli mainan jek.
antara mainan yg sempat dibeli....

lupa nk snap gambar floating market...penuh ngan org..huhu

Dari Floating Market, kitaorg terus ke Kai Tod Decha. Agak famous kat Hatyai. Masa kitaorg sampai, meja masih banyak kosong. Lepas jer order, sekelip mata penuh. Sampai tahap kita tengah makan, dah ade orang booking meja kita. Hahaha...alaaa...situasi ni agak tak seronok.Kikiki...Tapi nak buat mcm mana, dah orang memang ramai. Makan cepat2 pastu cabut balik hotel. Badan pun dah penat.
masa ni xde orang lagi

ms ni dah ade org booking table kitaorg...lauk pun blom sempat sampai abis lagi...

tomyam air kelapa...kat Ayutthayar lagi best sbb ade isi kelapa muda sekali dlm tom yamnyer...


10.12.2018
Pagi lepas breakfast, kitaorang terus check out. Sebab malam nanti dh planning nak tido kat Penang lagi. So, terus tuju boader. Sampai Danok, kitaorg stop shopping barang sikit2 ngan lunch. Kalau setakat nak shopping barang, aku rasa check in kat Danok tu jer pun dh ok. Hahaha...tapi Danok banyak kedai borong jelah. Nak cuci mata memang syok ke Hatyai. Lepas lunch, kitaorg terus ke boader. Alhamdulillah, kali ni keta aku xde sangkut apa2. Bonet pun xyah bukak.Mayb la kastam tu pun tgk kitaorg semua pompuan.Hahahaha...Tapi aku pun xde beli apa pun. Sekadar brg dapur mak aku jer skit. Tapi still beratur lama gak. Cuma xdelah sangkut mcm masa nak masuk tu. Yg ni pun relax ajer sebab semua tak payah turun keta. Semua drive thru jek.
kewajipan bila masuk Thailand...Amazon Cafe...

sampai ketemu lagi....


Apapun, alhamdulillah. Trip ni berjaya. Adik Sara pun ok jer sepanjang kat sana. Dia happy jer.Sebab dia berjaya bawak balik 1 beg mainan. Kakak aku ngan suami dan anak2 dia pun happy. Okla kot. Cuma, next time, tak yahla gi bulan 12 ni. Ramai sangat.Hahaha...Actually tahun ni plan asal nak naik Ayutthayar lagi. Rasa bestla tempat tu. Tapi bila Kakak aku nk join, ok..bawak dia gi dekat2 dulu.Hahaha...Thailand ni best la bagi aku. Makan best, tempat cantik. Ade member aku, kejenya bawak org tour naik keta atau motor round Thailand. Best tengok dia. Hope one day, can follow ur trip la Aboo.Experience ikut overland gi Laos 2012 dulu pun sgt best. Tu pun harap2 dapat repeat lagi next time. Tapi tunggu adik besar skitla. Hahaha

Okla...dah malas nk taip. Bagi yg baca, blog ni khas utk anak2 jer. Tak ada yg menarik pun. Sekadar luahan mama diorang ni bila bosan. One day, bila diorang dh besar...bolehla diorang baca semula apa yg mama dan diorang lalui satu ketika dulu. Gambar pun tak menarik. sebab mama diorang ni malas ambik gambar. Hahaha.....