Thursday, September 20, 2018

Jiwa Yang Memberontak...

21 September 2018

Makin lama, makin sepi dah blog ni...Makin hari makin laa sibuk...
Actually, pagi ni pun tak plan nak bukak blog. Tapi sementara tunggu nak masak untuk lunch, on laptop niat dihati nak sambung keje....tapi tiba-tiba teringat sesuatu.....

Alhamdulillah, sejak melangkahkan kaki dalam dunia pendidikan bermula sebagai cikgu sandaran tahun 2004, hingga sekarang dah pun bergelar cikgu yang tak bersandar lagi..kiki...banyak mengubah aku. Setiap hari berdepan dengan 1001 kerenah anak-anak kecil. Macam-macam latar belakang family anak-anak kecil ni. Realiti kehidupan sekarang, anak-anak sekarang bukan lagi macam anak-anak zaman dahulu. Seiring dengan perubahan masa, seusia 2 tahun pun, ada anak yang dah didedah dengan macam-macam gajet. Termasukla anak-anak aku sendiri....

Secara peribadinya, aku rasa cikgu-cikgu lebih banyak masa bersama anak-anak kita berbanding dengan kita sebagai parents. Kat sekolah, cikgu-cikgu fokus dengan anak-anak didik diorang, maybe aku bertugas kat sekolah kecik, so, semua budak kami kenal. Bukan sekadar kenal nama, tapi perwatakan mereka pun kami dah masak. Balik ke rumah pun, kadang-kadang masih menyambung tugas sebagai cikgu. Adakalanya, anak-anak sendiri pun terabai. Sorry yer kakak n adik. Bukanlah terabai apa. Kadang-kadang, bila si adik ajak "mama, jom main jual-jual"...mama join, tapi sambil-sambil jek. Sebab tangan mama duk menanda buku...Simple things, tapi sebenarnya itulah quality time kita dengan anak-anak kita. Quality time bila kita join sekali bila diorang main masak-masak, buat aktiviti jual beli, kalau dia jadi doktor, mama dah tentula jadi pesakit, bila dia jadi cikgu, mama jadi students.(sebahagian aktiviti adik)... Yes, itulah quality time kitaorg. Sama macam kakak, dia dh nak masuk fasa remaja. Jadi aktiviti pun ke arah anak-anak remaja. Mama pun masa tu akan join. Kadang-kadang mama kena jadi best friend kakak. Sharing each other.Terasa muda kejap. Hahaha.....As a mother,im trying to be a good n the best mom for my kiddos. Dengan harapan, jiwa anak-anak aku tidak kosong dan tidak memberontak. 

Berbalik pada kerenah anak-anak di sekolah, kadang-kadang sikap mereka sangat diluar jangkaan.Ada masanya, rasa macam cikgu boleh kena migrane. Huhuhu....Tapi bila direnung semula, anak-anak yang bermasalah ni, selalunya jiwa mereka memberontak. Seusia mereka, mereka masih terlalu kecil untuk memahami perjalanan kehidupan mereka. Corak keluarga sangat membentuk peribadi anak-anak. Corak keluarga pelbagai. Ada yang lengkap dan bahagia. Ada yang lengkap tapi penuh dengan kealpaan dan kekacauan. Ada yang tak lengkap tapi bahagia. Ada yang dahla tak lengkap pastu penuh dengan huru hara.Pelbagai....

Adakalanya, aku letakkan diri sebagai seorang ibu. Bila melihat anak-anak kecil, bayangkan anak-anak sendiri. Anak-anak kita, bila kita hantar ke sekolah, sebelum masuk kelas, kita didik diorang dengan salam, cium dan peluk. Tapi tak semua anak-anak ada peluang yang sama. Bila hari jadi anak-anak kita, kita akan bawak kek ke sekolah atau buat sesuatu untuk raikan birthday diorang bersama kawan-kawan kat sekolah. Tapi tak semua anak-anak berpeluang sebegitu kan?Bila cuti, kita bawak anak-anak kita bercuti. Tak semua anak-anak tahu apa itu istilah bercuti sebab bagi diorang, hari sekolah pegi sekolah, hari cuti tak perlu pegi sekolah. Duduk ajelah kat rumah atau ikut parents pegi cari rezeki. Betapa beruntungnya anak-anak yang diberi kenikmatan sebagai seorang anak. Tapi bagaimana pulak dengan anak-anak yang tidak berpeluang mendapat kenikmatan itu?Adakah mereka mampu bersikap berlapang dada menerima takdir memang hidup mereka ditakdirkan begitu?Persoalannya mereka hanya anak-anak kecil yang belum tahu apa itu perjalanan kehidupan...

Anak-anak pun ada jiwa...
Tak perlu dengan kemewahan..
Cukup sekadar secebis kasih sayang..
Anak-anak ini amanah...
Setiap anak-anak, pasti ada rezeki mereka...
Adakalanya, kita hanya perlu luangkan sedikit ruang dan waktu untuk mendengar luahan hati mereka....
Bagaimana kita mengejar kehendak dunia...
Bagaimana kita menunaikan kewajipan akhirat kita...
Itulah learning proses anak-anak kita...
Kita adalah idola mereka...

Hmmm...tiba-tiba jer menulis topik ni...
Tak ada kena mengena dengan sesiapa...
Cuma melihat dari sudut pandangan sebagai seorang ibu dan seorang guru..
Lebih kepada pengharapan agar anak-anak aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...

Good luck untuk anak-anak UPSR 2018...
(mak tiri ni sentiasa doakan kejayaan kalian)

J.S
21 September 2018
1204 pm