Saturday, July 21, 2018

Belajar mengenal diri.....

18 Julai 2018

Agak terlewat sebenarnya coretan ini di upload. Draf dah siap last week.Oleh kerana sedikit kesibukan, jadi hari ini baru berkesempatan untuk update lagi.

Seperti yang sedia maklum, Iman adalah the only one hero mama. Tahun ini, dah 7 tahun Iman tinggalkan kami semua. Terbayang keletah anak-anak kecil di tahun 1. Dalam masa yang sama, aku selalu pikir...andai Iman nasih ada, dengan sakitnya..pasti dia akan lalui satu fasa kehidupan yang agak sukar berbanding dengan kanak-kanak lain. Sesungguhnya aturan Allah itu adalah yang terbaik. Benar, kehilangan Iman sampai sekarang masih dirasai. Walau dia hanya seketika, tapi tetap menjadi sebahagian dalam memori kehidupan kami.

Setiap kali tengok paparan akhbar tentang kejadian yang menimpa anak-anak kecil ni, semakin kuat ingatan kat Iman. Hari kedua Iman lahir, dia dah lalui 1 fasa yang sangat kritikal. Nyawanya dihujung tanduk ketika itu. Doktor sendiri berterus terang, Iman takde harapan untuk diselamatkan. Bayangkan apa aku rasa ketika itu. Dia lahir secara ceaserian. Lebih awal dari tarikh yang diberi sebenarnya. Masa tu dah ada contraction dr malam. Sampai subuh makin kerap. So, Doktor decide ceaser pagi tu jugak. So, hari pertama...aku sedar tapi a little bit mamai. Tambah pulak lepas tu flu.Lagila pengsan terus. 

Hari kedua, bangun. Tengok Iman takde. Tanya nurse, nurse bgtau Iman kat bilik doktor. Still takde rasa apa2. Sebab memang tak terpikir langsung. Tak lama doktor datang bilik, short notice, Iman kene hantar ke JB. Ada problem jantung!....masa tu rasa mcm nak pitam pun ada. terus call Dr Gurdial minta pandangan.Sebelum ke JB, Iman kene transit dulu kat Hospital di Kluang. Masa perpindahan Iman, tong oksigen terlambat disediakan. Masa tu sebenarnya aku dh hampir kehilangan Iman. Iman kritikal. Tak boleh ke JB sebab sangat berisiko tinggi. Kene tunggu sampai dia stabil. Petang, barulah dia stabil dan terus dihantar ke JB.

28 hari Iman di JB, setiap hari aku datang, berbual dengan dia. Iman kat NICU, so hanya mak bapak ajer yang boleh masuk. Setiap hari hanya mampu tengok dan berbual. Iman menangis pun suara tak keluar sebab dia mmg guna ventilator. Hanya mampu tengok dia bukak mata, dia gerakkan kaki tangan. Nak pegang atau dukung memang tak boleh sebab penuh wayar berselirat kat badan dia. 28 hari, tanpa gagal mama hadirkan diri. Masa tu, dalam hati..sentiasa berdoa agar ada keajaiban dari Allah agar panjangkan umur Iman, sembuhkan sakit Iman. Hanya itu yang ada dalam kepala otak aku. Actually masa tu sangat tough. Sebab aku dah final semester. Masa tu tengah sibuk nak buat analisis thesis Master. Dan masa itu juga, tiada istilah berpantang. yang jadi keutamaan, Iman. Aku akui, kakak sofia sedikit terabai di ketika itu. Im so sorry kakak.

28 hari itu, penuh dengan cabaran. Beberapa kali juga, doktor call minta datang ke hospital segera sebab Iman dah kritikal. Just imagine. Aku ulang alik dari Kluang waktu tu. 2 minggu stay hotel kat JB. Tapi bila papa Iman dah habis cuti, kitaorg ulang alik hari-hari. Cubaan kali pertama untuk hantar Iman ke IJN, gagal sebab Iman kritikal pada hari yang sepatutnya dia dihantar ke IJN. Percubaan ke 2, barulah berjaya. Pengalaman aku naik ambulans dari JB ke IJN. Sampai kat Seremban, terpaksa stop tepi highway sebab oksigen habis. Terpaksa tukar tong oksigen baru.

Sampai IJN, doktor lebih berterus terang. Harapan tipis. either teruskan atau stop aje. Aku decide, nak teruskan. Sekurang-kurangnya aku dah usaha sehabis yg boleh. Iman kene dialisis buah pinggang dulu sebelum procedure. Luluh hati. Tengok Iman kene tebuk sana sini. Buat itu ini. Tak terucap dengan kata-kata. Jadi, aku selalu pikir. Manusia jenis apa yang tanpa ada rasa duk buang baby, dera baby, Allahu....takkan sekelumitpun takda erti sayang dalam diri orang tu...Tapi bila direnung semula, pasti ada sesuatu yang menyebabkan mereka bertindak begitu.

Iman 4 hari jer kat IJN. Procedure Iman pagi Isnin 22 Ogos 2011. Masuk sebelum pukul 8 pagi. Tapi sampai pukul 12, masih belum selesai. Masa tu rasa tak sedap hati. Sampailah tak lama lepastu, doktor panggil.Procedure gagal. Doktor terpaksa tangguhkan. Dorang dah buat CPR lebih dr setengah jam. Tapi Iman still tak recover. Dia dah bleeding terlalu banyak. Dorang try masuk platlet.Sampai pukul 4pm, baru Iman tunjuk respon positif sikit. Procedure kali pertama gagal.So, doktor decide tengok petang esoknya. Buat hari itu, dorang restkan Iman.Dorang suruh aku balik hotel rehat dulu. Aku sempat masuk tengok Iman. Masa tu rupa Iman berubah. Aku panggil2 nama dia, dia bukak mata. Tapi nampak sangat dia x larat. Doktor pun tak kasi panggil sangat. Aku balik hotel. Sampai hotel, baru jer nak baring, doktor call lagi. Minta datang segera. Iman kritikal...

Bergegas aku ke IJN. Hotel depan IJN jer. Tapi kalu dah namanya KL...nak u turn pun dah satu hal. Sampai ajer kat bilik, kaunselor terus panggil suruh aku duduk. Dia tarik tirai. masa tu Iman duk dalam bilik berdua. Kaunseor tu terus angkat Iman atas pangku aku. Dia cakap, mama nak cakap apa2, cakap sekarang. Dah tak ada masa....buat seketika, aku blur. Sebab itu kali pertama aku dapat pegang dan pangku Iman....Sampailah seketika, akhirnya...Terlafaz dalam hati aku, mama lepaskan dan redha dengan kepergian Iman. Kalau memang ini yang terbaik untuk kita semua, mama redha. Mama halalkan susu mama yang hanya 2-3 titik  Iman rasa. Mama redha sekiranya mama tiada rezeki untuk bersama Iman.....Dalam suasana itu, Iman pergi tinggalkan kami. Kali pertama dan terakhir aku pangku dia...

Posting tentang perjalanan hidup Iman, aku dah pernah tulis dulu. Malam ni, entah kenapa...rasa macam terbayang peristiwa itu. Segar sangat dalam ingatan. Tak pernah lupa. Kehadiran Iman menguji kekuatan, kesabaran dan ketabahan aku sebagai seorang insan yang kerdil. Walau besar mana pun harapan kita, walau besar mana pun keinginan kita...yang menentukan adalah takdir hidup kita yang telah tertulis sejak azali. Di situ aku belajar sesuatu. Belajar mengenal diri sendiri. Belajar erti kehidupan. Semua orang impikan kehidupan yang selesa dan bahagia. Tapi tak semua yang kita impikan itu mampu kita miliki. Terima kasih Iman, walau hanya seketika...tapi sayang itu hingga ke syurga....

 Ada orang, kita nampak dia kaya raya,senang,tapi hati mereka adakalanya tidak tenteram. 
Ada orang kita nampak serba kekurangan, tapi kehidupan mereka sentiasa bahagia dengan apa yang mereka miliki. Kita? lalui kehidupan yang sama. Namun, cerita kehidupan kita takkan sama kerana.....takdir kita berbeza...

Happy birthday Iman....hero mama...
Cepat atau lambat..pasti kita ketemu di Sana...


No comments:

Post a Comment