Friday, April 13, 2018

Cerita kita berbeza.....

14 April 2018

Dah lama tak berjaga malam sebenarnya. Tapi malam ni mata jadi segar pulak. Petang tadi duk minum Coffea Latte, penyudahnya malam ni payah pulak nak tidur...

Dah lama betul tak menulis. Lately ni rasa macam malas, tak ada mood nak menulis. Entah bila nak rajin pun tak tau. 2018 ni rasa...sibuknya. Kerja tak habis-habis. Proposal sampai sekarang masih pending...Entah bila nak dapat kekuatan nak sambung buat proposal...

Permulaan 2018, berjalan dengan baik. Syukur alhamdulillah. Walaupun kesihatan ada kalanya terganggu. Sejak Februari aritu, badan on of...Kejap rasa ok..Kejap rasa tak sihat. Rasanya belum pernah lagi jadi macam ni. Tak sihat yang berpanjangan. Bulan Februari betul-betul tak sihat. MC entah berapa kali. Then, berlarutan hingga Mac. Sehinggalah one day, pergi cek HB..Mak aihh..7.3 only!! Dah macam zaman aku pregnant dulu-dulu...Patutla aku kerap rasa macam nak gelap mata. Lepas tu, macam biasalah...terpaksa rajinkan diri minum air sayur every day...huhu...and now...alhamdulillah...badan dah makin rasa ok skit.

Korang jangan nak jual apa-apa vitamin kat aku...kikiki...sebab aku memang tak makan vitamin atau apa-apa supliment ataupun jamu!....actually dulu pernah cuba makan..tapi badan tak sesuai kot..so, Doktor tak kasi makan. Thats why, aku minum air sayur...kikiki..Korang jangan tanya rasa..kalau sayur semata-mata, kadang lebih 10 minit baru abis segelas.hahaha..tak boleh  nak telan...tapi biasa aku campurla dengan sayur yang ada rasa sedap skit...hahaa...ataupun kalau malas sangat, aku makan sayur la banyak sikit..biasanya aku makan sayur lebih compared kengkawan aku..hahaha. Harap-harap aku diberi kesihatan yang baik.

Dah masuk April ni..dah suku tahun pertama 2018. Kehidupan ok lah. Cabaran dan dugaan memang lumrah hidup. So, teruskan melangkah. 2017 tahun yang penuh dengan ujian dan air mata...Kalau nak ingat semula apa yang telah berlaku, rasanya macam tak percaya aku dah lalui semua tu. Sesekali duduk sorang-sorang, terpikir jugak. Betapa hebatnya aturan perjalanan hidup aku...penuh dengan liku-liku masam manis kehidupan buat seorang insan yang bernama Juwin Salim...Tapi, syukurlah. Hingga hari ini, aku masih lagi mampu menerima hakikat bahawa apa yang telah berlaku, itu semua adalah ketentuanNya. Siapa aku untuk menidakkan takdir yang berlaku. Semakin hari, umur semakin meningkat. Terasa, semua yang terjadi itu membuatkan aku makin mengenal diri, menghargai diri sendiri dan insan-insan yang ada disekeliling. Kesibukan pada 2017, sikit sebanyak membuatkan aku keluar dari kepompong meratap nasib. Sesungguhnya 2017 meninggalkan 1001 kenangan.

Sesungguhnya, kenangan itu mendewasakan kita.Kehidupan perlu diteruskan. Untuk apa meratap apa yang telah berlaku. Kenangan perlu ditoleh hanya untuk dijadikan pengajaran, bukan untuk diulang semula. Melalui kehidupan sekarang, macam-macam jenis orang dan ragam yang aku jumpa. Langkah perlu disusun dan diatur dengan teliti agar tidak tersadung atau tersalah langkah. Setiap langkah aku diperhatikan, agar senang untuk mereka mencaci. Kadang aku selalu pikir, banyaknya masa 'orang-orang' ni yang selalu nak perhatikan langkah aku.huhuhu....Sebab aku rasa, aku nak susun langkah pun kadang tak ada masa. hahaaha..Jangan ditanya soal hati..selagi korang tak berada di tempat aku dan tak lalui apa yang aku lalui...

Aku manusia biasa...Semua rasa aku ada..cuma, please...jangan terlalu memandang hina..
Esok lusa belum tentu lagi pengakhirannya...jangan terlalu angkuh...andai Tuhan ingin balikkan hati kita, sekelip mata boleh berubah...Apa pun...aku sentiasa doakan yang terbaik..




Juwin Salim
14.4.2018
1:36 am

2 comments:

  1. Biarkan mereka Juwin....mereka mencaci menfitnah mereka itu semua saham akhirat kita nanti...sbb dikala tiba hari pembalasan mereka akan mencari kita untuk dimaafkan....merangkak mencari...Akk kagum dengan semangat Juwin...Allah bagi kita ujian Tanda Allah rindu mendengar suara kita memohon, merintih, menangis padaNYA...Bila kita redha dan sabar dengan ujian Allah pasti ada ganjaran untuk hamba yang diujinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan saya kak...untuk terus mampu berdiri....

      Delete