Sunday, March 31, 2019

Memori Indah 2008 - 2019

10 Mac 2019

Dah 2 minggu, hidup agak bercelaru sebenarnya. Benarlah, Allah tidak memberi di saat kita meminta, tetapi Allah memberi tepat pada waktunya....

Bermula 2008, aku memulakan kerjaya sebagai seorang guru. Sebelum tu cikgu jugak, tapi takde tauliah..hihi..Perjalanan kerjaya pada mulanya sangat 'panas'.. Masa tu jiwa masih muda. Kadang-kadang ada banyak perkara yang kita tak setuju. Yang ni aku akui sendiri dan aku pasti ramai lagi yang macam aku. Nak-nak masa 2008 ni, tengah hangat isu gaji cikgu graduate dengan non graduate. Ada yang ok, ok jer. Tapi ade spesies yang duk kata keje mesti setimpal dengan gaji yang diterima. So, maka belambak2lah kerja yang diberi untuk cikgu graduate ketika itu. Yang ni berlaku di mana2 jer.

Malam ni mood tak berapa ada sgt nak menulis ni. Tapi hati ttp nak menulis. Pengalaman sangat mendewasakan. Tahun berganti tahun, aku rasa semakin matang dan semakin sebati dengan dunia perguruan ni. Pelbagai ragam manusia aku jumpa.

Di sini, kengkawan senior di SKKMN menyaksikan jatuh bangun aku dalam kehidupan. Bermula dengan kehilangan arwah Muhammad Nor Iman pada tahun 2011. Bayangkan, masa tu aku sibuk dengan kerja kat sekolah. Dalam masa yang sama, aku tengah final year utk Master Thesis aku. Tengah nak analisis data. Aku hampir give up belajar. Penat tak boleh diceritakan. Bawak perut sampai 9 bulan masuk dewan kuliah. Hari-hari travel Kluang-JB. Kadang bila bulan puasa, berhenti kejap buka posa kat tepi longkang, tepi hihgway..Itu memori indah aku, Nurul dan dia. Nurul adalah insan yang paling aku rapat. Segala tentang apa aku rasa, dia adalah penyimpan rahsia mohor besar aku. Kikiki...Seorang sahabat yang sentiasa ada. Terima kasih Nurul....

Masa ni rasa mcm tak cukup 24 jam sehari. 7-2 petang keje, pastu rushing ke UTM,JB. kelas mula pukul 4, tapi kadang kitaorg sampai pukul 4.30..Nasib baik lectrer semuanya ok. Belum lagi kene ke library nak cari bahan. Discussion. Kelas habis pukul 7 pm. Kitaorg akan rushing semula balik ke Kluang. Biasanya sampai rumah dalam pukul 10 pm. Masa tu anak dah tido. kadang sampai seminggu tak dapat bual2 ngan anak sendiri.Tak dapat bayangkan semula saat tu. Balik rumah bukan boleh terus tido, mana nak siapkan buku rekod mengajar, keje sekolah, assignment lagi. Memang kadang-kadang jadi burung hantu. Masa pregnantkan Iman, memang tak cukup rehat. Sampailah masa dah due pun, still collect data. Ya Allah, masa tu syukur sangat2. Sebab, dalam keadaan begitu pun, alhamdulillah. Allah bagi kekuatan. Iman meninggal ketika usia 33 hari. Aku masih dalam pantang. Bermula hari ke2, rutin yang sepatutnya orang berpantang, semuanya aku x buat. 31 hari aku berkampung kat Hospital Sultanah Aminah dan IJN. Makan, semua tapau dari kedai. 2 minggu berkampung kat hotel. lepas tu baru ulang alik setiap hari dari Kluang ke HSA. Setiap hari tanpa gagal. Masa tu, aku selalu berdoa agar ade keajaiban. Agar Iman sembuh.Dan selalu bila aku tidur, aku berharap itu semua adalah mimpi mainan tidur aku jer. 6 tahun aku tunggu kehadiran Iman.Tapi memang aku takde rezeki nak tengok Iman membesar. Akhirnya, aku redha. Aku lepaskan Iman. Masa ni, syukur alhamdulillah, semua kengkawan sgt support. Mereka sentiasa ada. Alhamdulillah, rasanya kehilangan Iman jadi pemangkin utk aku terus bdiri. Aku memang dedicate Sijil Master tu untuk Iman. Aku abiskan master 2 tahun tanpa extend dan alhamdulillah, dapat Anugerah Pelajar Terbaik Master. Rasa semua tu adalah kekuatan dan semangat Iman.Blog ni pun aku create untuk kenangan anak-anak di masa akan dtg. di awalnya hanya cerita tentang Iman.

Ok, tapi kali ni bukan nak story pasal Iman. Hahahah...melalut mama ko ni dik....Sebenarnya kali ni nak citer ttg moment indah sepanjang kat SKKMN. Family kecil tapi kami semua rapat. Bergaduh, perang mulut mcm mana pun, nanti elok jer makan sebelah2.Itu yang uniknya. Rasanya, bukan dgn warga sekolah jer, ngan org kampung pun sama. Mengenali masyarakat kat sini, budaya kat sini, memang satu kenangan indah la...2011, seperti yg story kt atas tadi, tahun duka aku. Tapi, hidup perlu diteruskan. So, kehidupan berjalan seperti biasa. Bos pun bertukar-tukar.Ikut rentak bos. Bos suka camping, maka campingla aku. Bos suka masak, maka masaklah aku. Kihkihkih....

Hinggalah hujung 2016, aku dilanda satu peristiwa. Benarlah kata org, takkan ada manusia yang ingin gagal dalam kehidupan. Tapi siapa kita hendak melawan takdir yang telah tertulis..Masa tu, tak tau nak hala ke mana. Nak buat keputusan drastik, memang tak mampu nak pikir. Takut keputusan melulu dan tewas dengan emosi. Buat kengkawan SKKMN, terima kasih yang tak terhingga atas sokongan kalian diketika itu. Rasa sebak bila ingatkan semula peristiwa itu. Tanpa apa-apa signal, berlaku kejadian yang aku sendiri agak sukar nak hadam ketika itu. Tapi berkat doa kalian, aku bangkit semula. Merenung semula apa yang telah berlaku. Redha. Kerana itu semua berlaku adalah dengan IzinNya..Siapa pun kita, hebat mana pun perancangan kita, tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Ada hikmahnya yang kita tak nampak di waktu dan ketika itu.

2017, permulaan yang sarat dengan air mata. Tapi dalam masa yang sama, beban tugas makin mencabar.Actually, aku patut berterima kasih pada ex-bos  Sebab, bekerja dengan dia, aku kene pantas dari semua aspek. Jadinya, aku takde masa nak duduk, nak murung, nak mengenang kisah duka.Siang malam duk ngadap kerja. Dari situ jugak, aku mula move on. Belajar untuk redha. Dan alhamdulillah, sampai sekarang, rasa tenang. Lebih berlapang dada dengan setiap ketentuan Ilahi. Dan yang lebih penting, rasa lebih terbuka dan positif.

2018, perjalanan kerjaya berjalan lancar. Berada di bawah naugan bos baru, Puan. Bila diberi mandat dan kepercayaan untuk berada sebaris dengan barisan pemimpin yang lain, terasa betapa beruntungnya. Sebab banyak sangat ilmu yang boleh diceduk. Bukan sahaja ilmu untuk pekerjaan. Tapi juga untuk ilmu kehidupan. Segala masalah, boleh mengadu ngan diorang. Sebab antara kami berempat, aku paling bongsu.Hihihi...So, sabar jelah diorang melayan segala soal jawab aku.Huhu...Tapi, walaupun sekejap, terasa sgt akrab. Rindu kat kakak2 ni.

2019, baru nak mengorak langkah. Baru nak susun segala mende. Perjalanan program di awal Januari hingga Awal Mac lancar. Alhamdulillah. Segalanya dari teamwork kami. Walaupun kami kecil, tapi kesepakatan kami jelas. Cuma utk tahun ini, ade beberapa planning yang aku dah suarakan. Semuanya sekadar planning. Kalau ade rezeki, adelah. Hinggalah tengah sibuk-sibuk tu, dapat call dari PPD tentang kenaikan pangkat dan pertukaran. Serius, mulanya mcm terkedu. Rasa mcm tak percaya, selepas 11 tahun berada di SKKMN, akhirnya aku keluar dari zon selesa. Banyak kenangan suka duka di SKKMN selama 11 tahun. Segala tangisan dan air mata menjadi saksi jatuh bangun aku di sini. Tak mudah untuk aku lalui asam garam kehidupan ini. Tapi berkat adanya family seperti kalian, semua tu dilalui dengan tenang. Terima kasih utk korang yang pernah bersama ketika di SKKMN. Terima kasih kerana majlis perpisahan yang korang buat khas utk aku sgt bermakna.Majlis yang akan dikenang hingga akhir nafas. Huhu...

Alhamdulillah, 10 Mac 2019 secara rasminya diberi mandat dan kepercayaan untuk berada dalam kumpulan  pentadbir di sekolah baru. Harapan aku, agar aku dapat bekerjasama dan mencipta memori indah di sini. Terlalu banyak yang aku perlu belajar. Rasa macam kerdil bila berada dalam organisasi yang besar.So, wish me luck!


-Juwin-
12.45 am
11 Mac 2019

Monday, January 7, 2019

Roadtrip to Hatyai-Part 2

Tb...

Ok, jap...aku dh hampir lupa story ni sebenarnya. Bila keja makin banyak, semua cerita lupa...huhu..

9.12.2018
Kita mulakan dengan pagi tulah. Oleh kerana dah teberjanji dengan si adik nak bawak dia naik gajah bila sampai Thailand, so..ari2 dia menuntut. Pada dia, dia belum sampai Thailand lagi masa nih, Sebab dia belum naik gajah. Huhuhu...Oleh kerana, kakak aku baru 1st time kat Hatyai, agak buang masa kalau diorang ikut aku sebenarnya. Setakat naik gajah jer kan. So, kitaorg buat aktiviti sendiri2. Aku dh bgtau nama tempat yang diorang boleh pergi. Untuk 1st timer, aku tak suggest sgt dorang drive keta nak ke morning market tu. Better ambik tuk-tuk atau grab jelah. So, diorang ambik tuk-tuk. Aku ngan anak-anak aku pulak ambik grab. Jarak Chang Puak Champ tu takla jauh sangat. Tapi lebih selesa naik grab. So, aku arrange ngan pihak hotel jer utk aku punya grab. Pergi balik just 600baht.
Yang lebih menarik, driver grab tu tunggu kat situ. Memang tip top servis. Dahla hensem. Hahahahaa..joking...Walaupun driver grab tu sepatah pun takleh speaking. Aku speaking, dia ckp thai. Tapi masing2 buat faham jelah. Yg penting dia tak tinggal aku kt Camp tu. Kalu tak jenuh nak kene panggil grab lain.

Kitaorg sampai lebih kurang pukul 9.30 am. Mak aih...kat parking penuh bas. Kat kawasan depan tu penuh dengan orang kita. Memang tak nampak macam kat Thailand pun. Hahaha...Hadoiii..memang rasa seriknya nak masuk bulan 12 lagi. Maka, beraturlah kami beberapa jam semata-mata nak naik gajah tu. Adik biasalah, mood dah tak berapa ok. Panas,, penat, mengantuk dan dia lapar. Aku cam nk patah pinggang dukung dia.Rasa mcm nk ckp..jom balik hotel dik.Kikikiki..Kang kalu ckp camtu, nanti dia tuntut janji lagi. Penyudahnya tunggu jugaklah. Dan selepas beberapa jam menunggu, baru turn kitaorg naik. Ala, takdelah jauh pun. Dekat jer. Adelah dalam 500 meter kot. Tu pun cam tak sampai.Takpela, janji lepas hajat si kecik.
muka ceria sbb hajat dh nak tercapai.hahahha

yeahhh...adik dh naik gajah...walhal bukan kali pertama dia naik gajah...hahaha

Dari Chang Puak Champ, kitaorg terus menuju ke market sebab kakak aku still kat sana. Tapi yang kelakarnya, diorang kat market lain,aku kat market lain. Tempat dekat2 jer. Bangunan jer tak sama. Masa tu pulak Sara dah tidur. So, aku decide nak balik hotel jelah. Nanti petang jumpa sebab dah janji nak bawak diorang pegi Floating Market.Dari market, kitaorg ambik tuk-tuk balik hotel. Boleh pulak driver tuk-tuk tu salah antar hotel. Punyala lama kitaorg berpusing2.Kikiki...Tapi alhamdulillah, dia tak extra charge pun sebab dia yg salah jalan.Kikiki....Sampai hotel, terus lunch dulu....
si kakak nk mkn salmon...

menu lunch adik...

mama tetap mkn nasi...hahah


dia kelaparan,so dia order telur dadar jugak...

org ni bahagia jer bila ada mainan....

Pukul 5 pm kitaorg keluar ke Floating Market. Nak gi sini pun aku just chatered tuk-tuk pegi balik. Memang bagusla diorang ni. Bila kita ambik pegi balik, diaorang memang akan tunggu kita.Sampai Floating Market, sama gak. Penuh ngan manusia.Hahaha...Aku jenis tak minat sgt nak berhimpit2. So, aku just jalan2 kat tepi jambatan tu jek. Jambatan pun dah baru dah. So lepak atas jambatan tengok orang.Kali ni kitaorg tak beli makanan kat sini. Macam mana nak beli, tengok orang ramai pun dh ngeri. Malas nak nyelit. Sara jugak best. Asyik beli mainan jek.
antara mainan yg sempat dibeli....

lupa nk snap gambar floating market...penuh ngan org..huhu

Dari Floating Market, kitaorg terus ke Kai Tod Decha. Agak famous kat Hatyai. Masa kitaorg sampai, meja masih banyak kosong. Lepas jer order, sekelip mata penuh. Sampai tahap kita tengah makan, dah ade orang booking meja kita. Hahaha...alaaa...situasi ni agak tak seronok.Kikiki...Tapi nak buat mcm mana, dah orang memang ramai. Makan cepat2 pastu cabut balik hotel. Badan pun dah penat.
masa ni xde orang lagi

ms ni dah ade org booking table kitaorg...lauk pun blom sempat sampai abis lagi...

tomyam air kelapa...kat Ayutthayar lagi best sbb ade isi kelapa muda sekali dlm tom yamnyer...


10.12.2018
Pagi lepas breakfast, kitaorang terus check out. Sebab malam nanti dh planning nak tido kat Penang lagi. So, terus tuju boader. Sampai Danok, kitaorg stop shopping barang sikit2 ngan lunch. Kalau setakat nak shopping barang, aku rasa check in kat Danok tu jer pun dh ok. Hahaha...tapi Danok banyak kedai borong jelah. Nak cuci mata memang syok ke Hatyai. Lepas lunch, kitaorg terus ke boader. Alhamdulillah, kali ni keta aku xde sangkut apa2. Bonet pun xyah bukak.Mayb la kastam tu pun tgk kitaorg semua pompuan.Hahahaha...Tapi aku pun xde beli apa pun. Sekadar brg dapur mak aku jer skit. Tapi still beratur lama gak. Cuma xdelah sangkut mcm masa nak masuk tu. Yg ni pun relax ajer sebab semua tak payah turun keta. Semua drive thru jek.
kewajipan bila masuk Thailand...Amazon Cafe...

sampai ketemu lagi....


Apapun, alhamdulillah. Trip ni berjaya. Adik Sara pun ok jer sepanjang kat sana. Dia happy jer.Sebab dia berjaya bawak balik 1 beg mainan. Kakak aku ngan suami dan anak2 dia pun happy. Okla kot. Cuma, next time, tak yahla gi bulan 12 ni. Ramai sangat.Hahaha...Actually tahun ni plan asal nak naik Ayutthayar lagi. Rasa bestla tempat tu. Tapi bila Kakak aku nk join, ok..bawak dia gi dekat2 dulu.Hahaha...Thailand ni best la bagi aku. Makan best, tempat cantik. Ade member aku, kejenya bawak org tour naik keta atau motor round Thailand. Best tengok dia. Hope one day, can follow ur trip la Aboo.Experience ikut overland gi Laos 2012 dulu pun sgt best. Tu pun harap2 dapat repeat lagi next time. Tapi tunggu adik besar skitla. Hahaha

Okla...dah malas nk taip. Bagi yg baca, blog ni khas utk anak2 jer. Tak ada yg menarik pun. Sekadar luahan mama diorang ni bila bosan. One day, bila diorang dh besar...bolehla diorang baca semula apa yg mama dan diorang lalui satu ketika dulu. Gambar pun tak menarik. sebab mama diorang ni malas ambik gambar. Hahaha.....

Thursday, December 27, 2018

Roadtrip to Hatyai 2018- Part 1

27.12.2018
Ya Allah...baru beberapa jam mengadap segala mak nenek ni..rasa penatnya otak. Mata pun macam mengantuk jer. Maybe perut kenyang. Hahaha...bila banyak kerja, rasa cepat lapar betul.Huhuhu...Ni pas minum kopi pun macam takleh bertahan. Just TB our holidays utk hilangkan ngantuk and guidance aku di masa akan dtg.

TB

6.12.2018
Selepas 2 minggu cuti sekolah berlalu, baru kami memulakan perjalanan ke Puchong Perdana which is ke rumah kakak aku. Mak aku already there. Agak lewat kami bergerak sebab tunggu anak buah aku abis SPM baru kami plan nk masuk Hatyai. Planning ni kami plan masa raya haji aritu. Tu pun kejap nak gi Hatyai, kejap nak gi Bandung. Hahaha...Tapi untuk aku, aku lebih prefer gi belah Thailand sebab mkanan sana sedap2.Kalau gi Bandung, lebih kepada nak shopping2..Hmmm..poket aku tak terlalu tebal nak gi shopping2..hahaha...So, kitaorg sampai Puchong petang. Malam tu tak ke mana2 lah sebab esok pagi terus nak naik Penang. Makan pun kat rumah jek.
mak aku masak..



7.12.2018
Pagi-pagi tu kami terus gerak ke Penang. Lokasi yang nak dituju aku memang tak tau. Urusan hotel kat Penang ni abang ipar aku uruskan. Kami konvoi 2 kereta. Aku memang solo drive la kali ni. Masa sampai Tapah, kitaorg keluar exit Tapah jap. Sebab konon2 nak breakfast nasi lemak kt Tapah. Sekalinya kedai tu tutup pulak. So, teruskan perjalanan. Stop kat RnR jer. Sampai Penang, kitaorg lunch kat tepi sungai. Nama kedai tu aku lupa. Lokasi tu dekat ngan branch  off abang ipar aku. So, dia agak familiar ngan kawasan tu. Kitaorg stay kat hotel apa tah. Aku lupa la nama hotel tu. Just hotel biasa. Malam tu kitaorg kluar dinner kat restoren kawan abg ipar. Actually abg ipar aku siap bawak ikan kerapu ngan udang dr kl semata-mata nak mintak kawan dia masak utk kitaorg. Mula2 kluar tu, kitaorg malas nk drive, so ambik grab ngan teksi. Lepas makan, nak gi jalan2 kt BF, nak cari apam balik pulak. So, gigih anak buah aku balik hotel ambik keta. Kikikiki....
Penang Bridge 
lunch selera kg....
kerapu sweet sour
baru pas dinner, makan apam balik pulak..nasib nipis jerk..haha

 8.12.208
Lepas breakfast, kitaorg check out pukul 10 am. Terus tuju ke Bukit Kayu Hitam. Sebelum masuk boarder tu, aku stop beli insurans dulu. Masa ni ade sikit confuse. Dulu2 bila bawak masuk keta, urusan insurans ngan declaration bukan aku yg buat. So, aku tak ambik tau sangat. Kali ni, memang 100% kene buat sendiri, tambah pulak kakak aku memang 1st time nak pegi. Nasib baik dapat call sorg member yang baru jer balik. So, dah confirm tu, baru kitaorg cross boarder. Wahhh..bangunan dah baru. Urusan cop pasport mudah jer. TAPI.....bila tiba nak buat declaration keta, mak aihhhh...dia punya barisan entah berapa kali u turn ni. Bual2 ngan diorang yang dh beratur tu, dah 4 jam beratur. Waaaa..dengar pun cam nak pengsan. Tapi apa boleh buat. Nak tak nak kene tunggu jugakla...Lama jugakla baru kitaorg settle. Nasib baik si adik tak meragam.
  
Thailand 2018
Berejam diorang tunggu kitaorg settlekan declaration tu..hihihi

Masing2 dah kelaparan. Maklumla, breakfast semua ringan2 jek. Konon2 nak lunch kat Dannok. Sekalinya, masuk Dannok dah pukul 5. Lunch merangkap hi tea terus. Lepas beli simkad, terus tuju Restoren Kak Jah. Tu aku punya feberet restoren tiap kali masuk Hatyai. Hahaha...Maka, kitaorg punya order, memangla menakutkan. Sebab masing2 mmg lapar. Hahaha..Aku order tom yam campur, kerapu 3 rasa, tenggiri kicap, ikan puyu goreng, daging bakar, asparagus, kerabu kaki ayam, paprik ayam, telur dadar dan ulam. Untuk kami mkn 7 org. Masa ni kene 2500 baht. Oleh sebab nilai duit kita jatuh, so terasa agak mahal gakla semua mende skrg.

memang sedap....
ulam ni mmg sedap..x tau nama apa
Lepas mkn, kitaorg terus gerak ke hotel kat Hatyai.Kali ni aku pilih Siam Oriental Hotel. Masa booking hotel bulan 10 aritu, mmg banyak dah full.Tapi nasib baik hotel ni memang best. Berbaloi. Tak mahal pun, lebih kurang RM200 jer semalam. Nasib baik anak buah aku kira cekap gakla baca GPS. Hahaha....Sampai hotel pukul 8 malam. Check in sekejap, pastu terus gerak ke night market. Ambik tuk-tuk jer. Sebab dekat jer dr hotel. Cuma nk jalan kaki tu memang tak bolehla sbb mak aku x kuat jalan. Sampai kat night market, mak aihhh..manusia..penuh...hahahaha.Macam kat up town pun ade. Memang betul2 crowded. Pastu gerimis pulak. Tempat makan pun penuh. Tapi kitaorg dapatla meja. Masa ni, aku memang tak jalan2. Sebab Sara dah tido. Duduk pangku dia jer pun, mcm nak tercabut lengan rasanya.huhuh...aku just beli udang galah jer. lain2 tengok jer.Sebab masih kenyang pun yer. Balik hotel, lepas mandi terus pengsan. Bukan penat drive, tapi penat pangku si adik tido.Huhuhu..
dah sampai hotel, adik taknak kluar pulak..jenuh pujuk...hahaha
siap2 nak gi night market
ayam, udang...dua2 ni sedap...
ni paling best..freshhh

Mata ngantuklah. Nantilah sambung part 2. Gambar memang takde yg menarik pun. Sebab kali ni aku memang drive. Bila tak drive, duk pegang sara jek. So, nak ambik gambar pun malas gakla. Hahaha...Hp pun bukan Huwaei p20... kikikiki Sekadar gambar kenangan utk kakak ngan adik jerk....

12.32 am
28.12.2018




Thursday, November 8, 2018

Positive people


12.19 am
9.11.2018

Take a break jap. Sistem asyik hang jer.Penat dari tadi mengadap. Esok cuti, so takpe. Malam ni ikut sukalah nak tido pukul berapa pun. Hahaha....Emmm..sementara ada mood sekejap nak menulis, terus bukak blog. Kadang ada idea, tapi malas nk on laptop. 

Kita ni bila berada di luar, di kelilingi oleh pelbagai jenis manusia kan?..Actually penting orang-orang keliling kita tu.Sebab sometimes, orang-orang tu boleh mempengaruhi kita. Tapi tak semua la. Ada jer orang yang memang jiwa kental. Campakla kat mana pun, dia tetap diri dia. Spesis ni tak banyak.

Aku paling penat kalau jumpa dengan orang yang jenis duit syiling. Depan kita lain, belakang kita lain. Haisshh, penat. Ramai orang macam ni. Hidup penuh dengan drama. Drama-drama tu semua nak minta supaya orang keliling simpati ke apa, aku tak taulah. Bagi aku, jadi diri sendiri jer. Tak payahla nak berlakon2 ni. Penat. Sampai bila? Bila jadi diri sendiri, risiko orang suka atau tak suka tu memang akan ada la..But its better la daripada sibuk berlakon. Hmm..apa aku tulis ni...asyik ulang ayat yang sama jer. Hahahaha...

Rasa syukur alhamdulillah sebab aku dikelilingi oleh orang-orang yang positif dan baik-baik.Bila kita diuji, waktu tu korang akan kenal siapa kawan atau sahabat dalam erti kata sebenar. Kerana, setiap ujian itu sebenarnya bukan hanya menguji diri kita. Tapi juga menguji orang sekeliling kita. Mereka juga turut diuji samada mampu atau tidak menjadi seorang sahabat yang masih bersama-sama kita di saat ujian getir itu. Adatlah sebagai manusia, bukan semua orang memiliki sekeping hati yang suci. Ada juga di saat kita diuji, mereka bertepuk tangan meraikan apa yang berlaku terhadap diri kita.Yang ni aku dah rasa dan lalui. Tapi, yakinlah..Hidup kita ni bukan ditangan kita. Esok lusa kita belum tahu pengakhiran kita bagaimana. So, just take it easy...Bukan luak pun kehidupan kita. Bukan luak pun bahagia kita bila berdepan dengan orang-orang begini.

Sometimes orang yang negatif ni, dia macam tak boleh tengok kita bahagia kan? Ada jer yang nak dijudge kita ni. Aku selalu pikir, tak penat ke diorang ni? Banyaknye masa diorang nak menilik kehidupan orang lain setiap satu persatu. Aku nak pikir hidup aku sendiri pun aku penat. Apatah lagi nak pikir kehidupan orang lain. Hahaha...Sometimes aku terpikir, adakah aku ni positive people untuk orang-orang keliling aku sebagaimana orang-orang keliling aku menjadi positive people utk aku. Harap-harap aku termasuk dalam positive people dalam hidup korang yer. Buat yang nak bercakap, eleh positive people la sangat, hello..!!.dah tentu-tentu  orang yang bercakap mcm tu, dia bukan positive people untuk aku, so..no needlah aku nak jadi positive people utk dia pulak. Kannnn....hahahaha

Aku suka dengan cara hidup orang yang simple. Tak perlu banyak drama. Just straight to the point. Kalau salah, ngaku salah. Tak perlu belok sana, belok sini. Hidup kita ni setiap hari kita belajar sesuatu yang baru. Tak banyak sikit, pasti ada sesuatu yang baru. Drama sikit-sikit sudahla. Ni sepanjang masa nak berdrama, jenuh. Bila kita komen, kata kita berlagak pulak. Hahaha....Entahlah...

Ok..isi tak sampai.Kikiki...malas nk olah ayat. tiba-tiba rasa mengantuk.huhuhu..tengok budak 2 ketul tu tido, mama pun nk join sekali. So, tiba-tiba idea cam terbantut pulak. Okla, malas nk sambung. Just to say tq very much to all of you for being my positive energy. Always.
Tq jugak yang selalu jadi kaunter aduan untuk aku. Nak2 sorang hamba Allah ni. Always be here at the right time bila aku nak luahkan apa yang aku rasa diketika itu. Semoga Allah balas jasa baik korang semua. For those yang selalu ada prasangka tu, u dont even know me dear. Aku tak minat nak bersaing dengan sesiapa. Aku hidup dengan cara aku. So, yg suka sgt nk prasangka, nak banding2...buang masa jer kot. Gi lah cari orang yang hebat2 tu untuk bersaing. I have nothing. Aku cuma mama kepada 3 kiddos.Iman, Allah hanya pinjamkan 33 hari jer utk aku jaga dia. 2 lagi ni adalah amanah dan tanggungjawab utk aku besarkan dan beri didikan. Itu jer harta yang aku ade. So, just let me live with my own life.

"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita".- Syamsul Debat

1.19 am
9.11.2018

Tuesday, November 6, 2018

Langkawi 2018

Alhamdulillah....
5.30 am pagi tadi, kami semua selamat sampai ke Kluang semula.
Ini tahun ke2, aku terlibat dengan trip sekolah sebenarnya. Sebelum ni, memang tak pernah terlibat langsung.
Tahun ni, plan asalnya nak ke Langkawi dengan menaiki ETS. Tapi atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, trip diteruskan tapi tukar naik bas. So, kira tambah tolak, kos tetap sama jugakla. Sebab mula-naik kalau naik ETS, kene cari sponsor lebih kurang 1-2k. Tapi bila naik bas, kos sepatutnya kurang sikit, tapi oleh kerana dah last minit, harga pun dah kira harga untuk public holiday. So, kos sama dan alhamdulillah, just nice dengan kutipan. Kiranya takde untung, takde rugi. Hahahaha...Jangan pikir kami buat bisnes yer, aku dengan Cikgu Min tetap bayar sama macam peserta dewasa lain ok. Apa yang kami mahukan, adalah keselamatan dan keselesaan semua peserta.

So, soal transport, alhamdulillah, dipermudahkan walaupun last minit kami booking bas. Dan luckly, bos FD Gemilang sendiri yang drive bawa kami ke Langkawi. So humble person. Tq Mr Farid n partner. Begitu juga, ngan driver kat Langkawi, Abg Mail dan we all punya tour guide, Ms Nadia. Sangat2 ok. Next time ade rezeki, kita jumpa lagi.

Alhamdulillah juga, sempat jugak lari sekejap ziarah supervisor masa kat UPM dulu. Tq Kak Ida, datang ambil kitaorg dan bawak balik ke rumah. Kali pertama jejak kaki kat rumah Doc Wan. huhuhu..Rasanya aku la yang paling lambat ko sampai rumah dia. Dah lama tak jumpa dia, Dah bape tahun pun tak ingat dah. Last jumpa masa dia belum balik Langkawi. Masa tu sara pun belum ade rasanya. Ngan kak Ida, last year ade jumpa masa si kakak ade tournament kat Serdang.

Last jejak kaki ke Langkawi pun tahun 2012 ke 2013 dulu. Dah lama jugak. Banyak berubah dah. Harga pun dah makin tinggi. Kali ni memang tak de beli pinggan mangkuk bagai. Bila tengok, memang rasa nak beli, tapi memandangkan beratnya, siapa nak angkut? hahaha..Takde abg sado nak tolong angkut barang masuk feri, keluar feri, so, batalkan jelah niat tu. Yang pasti, si kakak merangkap bodyguard mama, puas la shopping coklat. 

Ade yang tanya, kenapa tak bawa si adik?huhuhu...kalau bawak dia boleh pengsan. kikiki...ginilah, kali ni aku pergi sebab aku keje. Bukan gi holiday suka-suka. Kalau pegi untuk Family Day, memang aku angkutla. Tapi kali ni, pegi mmg bekerja, so tak sesuai bawak dia. Sebab bila bawak dia, memerlukan komitmen 100% untuk jaga dia. Dahtu nanti, cam mana nak jaga anak orang lagi...Tadi balik rumah, jumpa dia, dia pun tanya jugak soalan cepu mas. "Kenapa mama lama tak datang rumah nenek? Lamanya mama pegi sekolah?"hahhaha...Dan kali ni pun, papa dia bawak dia gi holiday ke Melaka. So, xdela dia rasa kene tinggal sangat pun.

Actually ade mende yang aku nak tulis kat sini. Tapi aku tak tau macam mana nak mulakan. Ok, make it simple. Bila plan nak ke mana2 ni, aku akan ambil masa berbulan2 untuk saving bagi menampung kos dan perbelanjaan. Kene pandai-pandaila nak saving macam mana. Tapi ada jugak manusia jenis yang sentiasa rasa tak puas hati kan. Bagi aku, nak ke mana sekali pun, takde masalah. Sebab kita bekerja. Setiap bulan kita dapat gaji, pandai-pandaila kita nak saving macam mana. Takde yang mustahil kalau kita memang ade target dalam life kita. Emm, malasla nak tulis panjang lebar hal ni. Senang citer, aku gerak ke mana2 pun, aku guna duit aku sendiri. Tak minta dengan sesiapa pun. Ada duit, aku jalan-jalan. Takde duit, duduk jer diam-diam. Dan seboleh mungkin, mana aku pergi, aku bawak anak-anak aku. Bergantung pada keadaan. Kalau ok, si adik akan kuangkut sekali. Tapi kadang-kadang terpaksa tinggal jugak sebab situasi tak sesuai nak bawak dia.

So, apa pun, syukur alhamdulillah. Semuanya dah selamat. Harap semua peserta berpuas hati. Masih banyak kelemahan di pihak kami dan insyaAllah, kami cuba perbaiki di masa akan datang.

InsyaAllah, andai ade kesempatan, masih diberi peluang, tahun depan. trip yang lebih jauh untuk pendedahan kepada anak-anak tentang budaya yang berbeza.

-Juwin
11.55 pm
6.11.2018












Thursday, September 20, 2018

Jiwa Yang Memberontak...

21 September 2018

Makin lama, makin sepi dah blog ni...Makin hari makin laa sibuk...
Actually, pagi ni pun tak plan nak bukak blog. Tapi sementara tunggu nak masak untuk lunch, on laptop niat dihati nak sambung keje....tapi tiba-tiba teringat sesuatu.....

Alhamdulillah, sejak melangkahkan kaki dalam dunia pendidikan bermula sebagai cikgu sandaran tahun 2004, hingga sekarang dah pun bergelar cikgu yang tak bersandar lagi..kiki...banyak mengubah aku. Setiap hari berdepan dengan 1001 kerenah anak-anak kecil. Macam-macam latar belakang family anak-anak kecil ni. Realiti kehidupan sekarang, anak-anak sekarang bukan lagi macam anak-anak zaman dahulu. Seiring dengan perubahan masa, seusia 2 tahun pun, ada anak yang dah didedah dengan macam-macam gajet. Termasukla anak-anak aku sendiri....

Secara peribadinya, aku rasa cikgu-cikgu lebih banyak masa bersama anak-anak kita berbanding dengan kita sebagai parents. Kat sekolah, cikgu-cikgu fokus dengan anak-anak didik diorang, maybe aku bertugas kat sekolah kecik, so, semua budak kami kenal. Bukan sekadar kenal nama, tapi perwatakan mereka pun kami dah masak. Balik ke rumah pun, kadang-kadang masih menyambung tugas sebagai cikgu. Adakalanya, anak-anak sendiri pun terabai. Sorry yer kakak n adik. Bukanlah terabai apa. Kadang-kadang, bila si adik ajak "mama, jom main jual-jual"...mama join, tapi sambil-sambil jek. Sebab tangan mama duk menanda buku...Simple things, tapi sebenarnya itulah quality time kita dengan anak-anak kita. Quality time bila kita join sekali bila diorang main masak-masak, buat aktiviti jual beli, kalau dia jadi doktor, mama dah tentula jadi pesakit, bila dia jadi cikgu, mama jadi students.(sebahagian aktiviti adik)... Yes, itulah quality time kitaorg. Sama macam kakak, dia dh nak masuk fasa remaja. Jadi aktiviti pun ke arah anak-anak remaja. Mama pun masa tu akan join. Kadang-kadang mama kena jadi best friend kakak. Sharing each other.Terasa muda kejap. Hahaha.....As a mother,im trying to be a good n the best mom for my kiddos. Dengan harapan, jiwa anak-anak aku tidak kosong dan tidak memberontak. 

Berbalik pada kerenah anak-anak di sekolah, kadang-kadang sikap mereka sangat diluar jangkaan.Ada masanya, rasa macam cikgu boleh kena migrane. Huhuhu....Tapi bila direnung semula, anak-anak yang bermasalah ni, selalunya jiwa mereka memberontak. Seusia mereka, mereka masih terlalu kecil untuk memahami perjalanan kehidupan mereka. Corak keluarga sangat membentuk peribadi anak-anak. Corak keluarga pelbagai. Ada yang lengkap dan bahagia. Ada yang lengkap tapi penuh dengan kealpaan dan kekacauan. Ada yang tak lengkap tapi bahagia. Ada yang dahla tak lengkap pastu penuh dengan huru hara.Pelbagai....

Adakalanya, aku letakkan diri sebagai seorang ibu. Bila melihat anak-anak kecil, bayangkan anak-anak sendiri. Anak-anak kita, bila kita hantar ke sekolah, sebelum masuk kelas, kita didik diorang dengan salam, cium dan peluk. Tapi tak semua anak-anak ada peluang yang sama. Bila hari jadi anak-anak kita, kita akan bawak kek ke sekolah atau buat sesuatu untuk raikan birthday diorang bersama kawan-kawan kat sekolah. Tapi tak semua anak-anak berpeluang sebegitu kan?Bila cuti, kita bawak anak-anak kita bercuti. Tak semua anak-anak tahu apa itu istilah bercuti sebab bagi diorang, hari sekolah pegi sekolah, hari cuti tak perlu pegi sekolah. Duduk ajelah kat rumah atau ikut parents pegi cari rezeki. Betapa beruntungnya anak-anak yang diberi kenikmatan sebagai seorang anak. Tapi bagaimana pulak dengan anak-anak yang tidak berpeluang mendapat kenikmatan itu?Adakah mereka mampu bersikap berlapang dada menerima takdir memang hidup mereka ditakdirkan begitu?Persoalannya mereka hanya anak-anak kecil yang belum tahu apa itu perjalanan kehidupan...

Anak-anak pun ada jiwa...
Tak perlu dengan kemewahan..
Cukup sekadar secebis kasih sayang..
Anak-anak ini amanah...
Setiap anak-anak, pasti ada rezeki mereka...
Adakalanya, kita hanya perlu luangkan sedikit ruang dan waktu untuk mendengar luahan hati mereka....
Bagaimana kita mengejar kehendak dunia...
Bagaimana kita menunaikan kewajipan akhirat kita...
Itulah learning proses anak-anak kita...
Kita adalah idola mereka...

Hmmm...tiba-tiba jer menulis topik ni...
Tak ada kena mengena dengan sesiapa...
Cuma melihat dari sudut pandangan sebagai seorang ibu dan seorang guru..
Lebih kepada pengharapan agar anak-anak aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...

Good luck untuk anak-anak UPSR 2018...
(mak tiri ni sentiasa doakan kejayaan kalian)

J.S
21 September 2018
1204 pm








Monday, July 23, 2018

Sampai ketemu lagi......

23 Julai 2018

3 hari lepas, 20 Julai 2018...kami bertemu semula setelah sekian lama terpisah. Alhamdulillah, akhirnya alam maya muka buku telah menemukan kami semula.Ramai kengkawan rapat yang tertanya-tanya. Sejak bila pulak aku ada family angkat?hahahha...Sebab tak tercerita dengan orang. Mana yang tau, taulah.

Pertemuan pertama kami bermula pada tahun 1995. Itu detik awal perkenalan aku dengan keluarga ayah. Masa tu aku Form 3. Nak ambik PMR, maka adalah tugasan subjek Sejarah. Kitaorang semua kene buat portfolio tokoh tempatan. Masa tu aku duduk hostel. Jenuh jugakla nak cari tokoh. Pikir punya pikir masa tu, redah jelah Kem Askar sebelah sekolah tu. Di situlah kami bermula. Selepas tanya-tanya 2-3 soalan, ayah invite kami gi rumah dia ujung minggunyer. Sebab nak snap gambar masa tu. Oh ya, lupa pulak. Aku berdua masa tu, ngan kawan sekelas aku, Alina.

Hujung minggu tu, pertama kali jejakkan kaki gi rumah sewa ayah. Ayah asal Johor, mak asal Kedah. Masa tu 1st time jumpa dengan mak dan 3 adik lelaki. Wow....semua anak ayah lelaki. Hahaha...Selepas abis snap gambar, bual-bual..alhamdulillah, family ayah sangat baik. Seronok berbual. Ayah terus cakap, nanti bila-bila datang lagi. Jadi anak ayah. hahahha...aku tak ingat aku jawab macam mana. Cumanya lepas tu, kerap bila hujung minggu, ayah ambik dari hostel bawak balik rumah.Di situ, aku ngan adik-adik jadi rapat. Dorang tiba-tiba dapat kakak. Yang aku pulak, tetiba dapat adik, lelaki. 3 sekaligus. Biasala mainan budak lelaki, ngan aku-aku sekali main mcm dorg masa tu. Adakalanya, dorang pulak datang rumah aku kat kampung. So, hubungan angkat kami ni bukan hanya melibatkan aku, tapi juga keluarga aku.

Lepas SPM 1997, masa tu ayah dah pindah balik Kedah. Aku ngan mak aku datang Kedah. Lebih kurang 2 minggu jugak kitaorg stay sana. Kenal ngan family members yang lain. Jalan-jalan.seronok ingat balik kenangan tu. Lepas tu, entah macam mana, kami terputus hubungan sekejap. Jenuh duk cuba jejak. Tapi memang lost. Sampailah ada sekali tu ayah kursus kat Terengganu. Dia datang ke rumah. Tapi aku takde masa tu. Nasib baikla masa tu jumpa balik. Tapi hanya jumpa ngan ayah jelah.

Beberapa tahun lepas tu, adik Hisham pulak call. Kebetulan masa tu dia ada operasi kat Terengganu dan aku pun ade kat kampung. Perghhhh...dah besar panjang dah adik aku ni. Dah hensem dah. hahahha.Tapi tak ingat dia dah kawin ke belum masa tu. Yang lain-lain masih belum dapat jumpa. Oh ya, actually, lepas kitaorg jumpa tahun 1997 tu, mak ayah dapat lagi sorg adik. Aku ingatkan pompuan, rupanya lelaki gak. So, aku ade 4 adik lelaki. Lengkap boleh jadi bodyguard. kikikiki..

Tahun 2012, kitaorg ke Langkawi. Tapi disebabkan masa tu nak rushing balik Johor, tak sempat jumpa lama. Dapatla jumpa dalam 15 minit. Tu pun kat tepi highway. Terlepas rindu kat mak masa tu. Mak makin cantik!huhuhu....Lama kan. Tapi lama lagi tak jumpa dengan adik Zz ngan adik Lan. Last jumpa 1997. Memang tak terbayang langsung muka dorang macam mana.

Actually, akhir tahun 2016...semasa aku ditimpa dugaan bertimpa-timpa tu. Aku ada contact mak ayah. Plannyer memang nak jumpa dorang masa tu. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tak jadi.

Sampaila satu hari, tak ingatla bila...ada satu friend request kat FB. Mula-mula aku abaikan, hahaha. Sebab aku ni jenis nak approve tu aku tengok dulu siapa. Mula-mula tengok, aku ignore. Tak kenal. Tak lama kemudian, ada request lagi....lama aku duk belek... Ya Allah...adik aku rupanya. Hahahaha....ampun dik...hahaha..mula dari situ kitaorg contact balik. Tapi tak kerap sangatla. Sampailah Ramadhan 2018, aku tengok Sham asyik post status kat hospital. Bila tanya, barulah dia bagitau....Sedihnya masa tu. Nak gi ziarah, tapi keadaan tak mengizinkan.

Nak dijadikan sebab, tahun ni kami plan nak ke Langkawi bawak budak-budak naik ETS. Bila semak jadual perjalanan, ada transit 5 jam. So, lepas bincang-bincang, aku decide nak buat survey trip. Sekaligus aku nak try naik ETS ke utara. Masa tu teringat nak gi ziarah ayah. Lepas beberapa minggu yang sangat sibuk, aku mohon kebenaran dengan bos aku. Alhamdulillah...bos izinkan. Itulah detik pertemuan semula kami.

Alhamdulillah, dapat jumpa mak ayah, sham,siti (wife sham), anak-anak sham dan juga si bongsu yang selama ini aku ingat pompuan. Hahahaha...sorry adik aka paksu....walaupun pertama kali jumpa dengan dorg ni...tak rasa kekok. Sememangnya family ayah memang dari dulu mudah mesra. Kali ni belum berkesempatan nak jumpa dengan ZZ n Lan dan juga family dorang. Insya Allah, one find day yer adik-adik.

Pertemuan 2 hari tu rasa macam terlalu singkat. Terlalu banyak cerita yang ingin kami imbas. Terlalu banyak cerita yang ingin kami kongsi. Semoga kami masih diberi kesempatan untuk berjumpa lagi di masa akan datang.Terlalu banyak pengharapan yang aku harapkan. 
Semoga ayah diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya.
Semoga mak diberi kesihatan yang baik.
Semoga sham,zz,lan dan akmal terus diberi kekuatan untuk menjaga mak dan ayah.
Semoga  sham,zz dan lan mampu mengemudi rumahtangga dengan baik dan diberi kebahagiaan yang berkekalan hingga ke anak cucu.
Untuk adik aka paksu, muda lagi...jangan risau, kumpul duit dulu, nikmati kehidupan..InsyaAllah akan hadir jodoh yang terbaik untuk adik.

Sampai ketemu lagi.

Lots of love,
Kak Juwin

* Tq Min, temankan naik ETS n buat survey trip ni
* Tq Dayah, dapat jugak kita jumpa akhirnya....




Saturday, July 21, 2018

Belajar mengenal diri.....

18 Julai 2018

Agak terlewat sebenarnya coretan ini di upload. Draf dah siap last week.Oleh kerana sedikit kesibukan, jadi hari ini baru berkesempatan untuk update lagi.

Seperti yang sedia maklum, Iman adalah the only one hero mama. Tahun ini, dah 7 tahun Iman tinggalkan kami semua. Terbayang keletah anak-anak kecil di tahun 1. Dalam masa yang sama, aku selalu pikir...andai Iman nasih ada, dengan sakitnya..pasti dia akan lalui satu fasa kehidupan yang agak sukar berbanding dengan kanak-kanak lain. Sesungguhnya aturan Allah itu adalah yang terbaik. Benar, kehilangan Iman sampai sekarang masih dirasai. Walau dia hanya seketika, tapi tetap menjadi sebahagian dalam memori kehidupan kami.

Setiap kali tengok paparan akhbar tentang kejadian yang menimpa anak-anak kecil ni, semakin kuat ingatan kat Iman. Hari kedua Iman lahir, dia dah lalui 1 fasa yang sangat kritikal. Nyawanya dihujung tanduk ketika itu. Doktor sendiri berterus terang, Iman takde harapan untuk diselamatkan. Bayangkan apa aku rasa ketika itu. Dia lahir secara ceaserian. Lebih awal dari tarikh yang diberi sebenarnya. Masa tu dah ada contraction dr malam. Sampai subuh makin kerap. So, Doktor decide ceaser pagi tu jugak. So, hari pertama...aku sedar tapi a little bit mamai. Tambah pulak lepas tu flu.Lagila pengsan terus. 

Hari kedua, bangun. Tengok Iman takde. Tanya nurse, nurse bgtau Iman kat bilik doktor. Still takde rasa apa2. Sebab memang tak terpikir langsung. Tak lama doktor datang bilik, short notice, Iman kene hantar ke JB. Ada problem jantung!....masa tu rasa mcm nak pitam pun ada. terus call Dr Gurdial minta pandangan.Sebelum ke JB, Iman kene transit dulu kat Hospital di Kluang. Masa perpindahan Iman, tong oksigen terlambat disediakan. Masa tu sebenarnya aku dh hampir kehilangan Iman. Iman kritikal. Tak boleh ke JB sebab sangat berisiko tinggi. Kene tunggu sampai dia stabil. Petang, barulah dia stabil dan terus dihantar ke JB.

28 hari Iman di JB, setiap hari aku datang, berbual dengan dia. Iman kat NICU, so hanya mak bapak ajer yang boleh masuk. Setiap hari hanya mampu tengok dan berbual. Iman menangis pun suara tak keluar sebab dia mmg guna ventilator. Hanya mampu tengok dia bukak mata, dia gerakkan kaki tangan. Nak pegang atau dukung memang tak boleh sebab penuh wayar berselirat kat badan dia. 28 hari, tanpa gagal mama hadirkan diri. Masa tu, dalam hati..sentiasa berdoa agar ada keajaiban dari Allah agar panjangkan umur Iman, sembuhkan sakit Iman. Hanya itu yang ada dalam kepala otak aku. Actually masa tu sangat tough. Sebab aku dah final semester. Masa tu tengah sibuk nak buat analisis thesis Master. Dan masa itu juga, tiada istilah berpantang. yang jadi keutamaan, Iman. Aku akui, kakak sofia sedikit terabai di ketika itu. Im so sorry kakak.

28 hari itu, penuh dengan cabaran. Beberapa kali juga, doktor call minta datang ke hospital segera sebab Iman dah kritikal. Just imagine. Aku ulang alik dari Kluang waktu tu. 2 minggu stay hotel kat JB. Tapi bila papa Iman dah habis cuti, kitaorg ulang alik hari-hari. Cubaan kali pertama untuk hantar Iman ke IJN, gagal sebab Iman kritikal pada hari yang sepatutnya dia dihantar ke IJN. Percubaan ke 2, barulah berjaya. Pengalaman aku naik ambulans dari JB ke IJN. Sampai kat Seremban, terpaksa stop tepi highway sebab oksigen habis. Terpaksa tukar tong oksigen baru.

Sampai IJN, doktor lebih berterus terang. Harapan tipis. either teruskan atau stop aje. Aku decide, nak teruskan. Sekurang-kurangnya aku dah usaha sehabis yg boleh. Iman kene dialisis buah pinggang dulu sebelum procedure. Luluh hati. Tengok Iman kene tebuk sana sini. Buat itu ini. Tak terucap dengan kata-kata. Jadi, aku selalu pikir. Manusia jenis apa yang tanpa ada rasa duk buang baby, dera baby, Allahu....takkan sekelumitpun takda erti sayang dalam diri orang tu...Tapi bila direnung semula, pasti ada sesuatu yang menyebabkan mereka bertindak begitu.

Iman 4 hari jer kat IJN. Procedure Iman pagi Isnin 22 Ogos 2011. Masuk sebelum pukul 8 pagi. Tapi sampai pukul 12, masih belum selesai. Masa tu rasa tak sedap hati. Sampailah tak lama lepastu, doktor panggil.Procedure gagal. Doktor terpaksa tangguhkan. Dorang dah buat CPR lebih dr setengah jam. Tapi Iman still tak recover. Dia dah bleeding terlalu banyak. Dorang try masuk platlet.Sampai pukul 4pm, baru Iman tunjuk respon positif sikit. Procedure kali pertama gagal.So, doktor decide tengok petang esoknya. Buat hari itu, dorang restkan Iman.Dorang suruh aku balik hotel rehat dulu. Aku sempat masuk tengok Iman. Masa tu rupa Iman berubah. Aku panggil2 nama dia, dia bukak mata. Tapi nampak sangat dia x larat. Doktor pun tak kasi panggil sangat. Aku balik hotel. Sampai hotel, baru jer nak baring, doktor call lagi. Minta datang segera. Iman kritikal...

Bergegas aku ke IJN. Hotel depan IJN jer. Tapi kalu dah namanya KL...nak u turn pun dah satu hal. Sampai ajer kat bilik, kaunselor terus panggil suruh aku duduk. Dia tarik tirai. masa tu Iman duk dalam bilik berdua. Kaunseor tu terus angkat Iman atas pangku aku. Dia cakap, mama nak cakap apa2, cakap sekarang. Dah tak ada masa....buat seketika, aku blur. Sebab itu kali pertama aku dapat pegang dan pangku Iman....Sampailah seketika, akhirnya...Terlafaz dalam hati aku, mama lepaskan dan redha dengan kepergian Iman. Kalau memang ini yang terbaik untuk kita semua, mama redha. Mama halalkan susu mama yang hanya 2-3 titik  Iman rasa. Mama redha sekiranya mama tiada rezeki untuk bersama Iman.....Dalam suasana itu, Iman pergi tinggalkan kami. Kali pertama dan terakhir aku pangku dia...

Posting tentang perjalanan hidup Iman, aku dah pernah tulis dulu. Malam ni, entah kenapa...rasa macam terbayang peristiwa itu. Segar sangat dalam ingatan. Tak pernah lupa. Kehadiran Iman menguji kekuatan, kesabaran dan ketabahan aku sebagai seorang insan yang kerdil. Walau besar mana pun harapan kita, walau besar mana pun keinginan kita...yang menentukan adalah takdir hidup kita yang telah tertulis sejak azali. Di situ aku belajar sesuatu. Belajar mengenal diri sendiri. Belajar erti kehidupan. Semua orang impikan kehidupan yang selesa dan bahagia. Tapi tak semua yang kita impikan itu mampu kita miliki. Terima kasih Iman, walau hanya seketika...tapi sayang itu hingga ke syurga....

 Ada orang, kita nampak dia kaya raya,senang,tapi hati mereka adakalanya tidak tenteram. 
Ada orang kita nampak serba kekurangan, tapi kehidupan mereka sentiasa bahagia dengan apa yang mereka miliki. Kita? lalui kehidupan yang sama. Namun, cerita kehidupan kita takkan sama kerana.....takdir kita berbeza...

Happy birthday Iman....hero mama...
Cepat atau lambat..pasti kita ketemu di Sana...


Sunday, July 1, 2018

Happy 13th birthday Nur Sofia Batrisya


Nur Sofia Batrisya...



30 Jun 2018
Genap kakak 13 tahun. Di mata mama, kakak always baby. Sentiasa menjadi peneman mama tak kira apa situasi. Bila dia takde, rasa kosong sebab takde kawan nak gaduh. Takde kawan nak komen macam-macam.


Dia nampak tenang
Dia nampak kuat
Dia nampak kasar
Namun, hakikatnya....
Dia anak yang manja
Diusia 13 tahun ini, dia masih keanakan
Cuma ada beberapa perkara yang dia sudah mula membentuk personalitinya
Dia menentukan cara pemakaiannya sendiri
Dia menentukan gaya rambutnya sendiri
Dan pastilah, mama sentiasa menjadi pengkritik utama
Ada situasinya mama memberi sedikit kelonggaran kerana mama ingin dia melalui fasa awal remaja secara neutral, bukan robot yang mama control tanpa memikirkan kehendak dan hasrat hatinya. 




Dah 2-3 tahun birthday dia jatuh pada bulan Ramadhan. So, memang xde celebration. Sebelum-sebelum ni pun, kami just adakan kenduri kecil-kecilan untuknya. And this year, mama nak dia happy sebab dia dah pun memasuki fasa awal remaja. Sikit sebanyak dia sudah mula memahami apa yang berlaku. Dalam kepayahannya untuk menerima hakikat itu, dia tetap cuba menyimpan semua rasa.
Hari ini mama tunaikan janji mama semalam. Semalam mama just bawak kakak untuk birthday dinner treat. Mama janji hari ini, baru potong kek.




Kakak,
Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama. Semoga kehidupanmu sentiasa diiringi dengan kebahagiaan, diberkati, di bawah lindungan Allah, berjaya dunia akhirat dan menjadi anak yang sentiasa mendamaikan jiwa mama.

Belajarlah menghadapi kehidupan yang amat mencabar ini. Belajarlah untuk menjadi kuat dan tabah.Kerana, kita takkan tahu bagaimana perjalanan hidup kita. Perjalanan kita takkan sama dengan orang lain. Mama cuba menjadi ibu yang terbaik untuk kakak. 

1 Julai 2018
11:46 pm
Mama