Saturday, October 11, 2014

3rd Czer....

Assalamualaikum 

Salam pembuka bicara selepas beberapa ketika...seakan ketandusan idea untuk berkarya di sini...mungkin lantaran kehadiran orang baru...:)

Seperti sedia maklum...31 Ogos 2014,,jadi detik bersejarah buat kami 1 family...kali ini terasa debaran yang amat sangat...mungkin trauma dulu masih menguasai diri..tambahan pula, sejak kehilangan arwah Iman...aku selalu membaca bermacam pengalaman, maklumat tentang segala macam yang ada kena mengena dengan kesihatan ibu, kesihatan baby...sikit sebanyak apa yang dibaca juga menyumbang kepada aku berfikir negatif...itu negatif side la...yang pasti bila google, baca...banyak info berguna yang akan kita dapat...

Kali ini, buat kali ke 3 aku melangkah kaki ke dewan bedah Johor Maternity Specialist Center...mungkinkah ini kali terakhir atau mungkin suatu hari nanti, aku kembali ke sini..hanya Allah yang akan menentukan...pilihan kali ini atas nasihat Doktor Kadir, aku disyorkan supaya tidur semasa operation dijalankan...setelah dibius, minit ke3, kaki aku masih angkat setinggi yang boleh..haha...gayanya ubat bius tu macam lambat respon..sementara ubat untuk tidurkan aku telahpun diberi jugak...tapi mata still boleh buka...doktor ambil keputusan tunggu sehingga 5 minit..seandainya minit ke5 aku masih boleh gerakkan kaki, sekali lagi aku akan dibius di tulang belakang...ngerinya aku dengar...sementara kaki masih boleh bergerak..terasa belakang aku semakin sakit...sakit yang teramat...memang tak boleh tahan...seakan macam tak boleh bernafas dah..rasanya macam aku menangis kut..aku cakap kat doktor, belakang aku sakit...masa tu doktor kata memang akan rasa sakit belakang skit...bukan sikit masalahnya...banyak!!tengah menangis sakit belakang, tetiba aku terdengar doktor kadir bagitau doktor Luckmal, bp aku dah dropped giler2...huh? !!lagi aku takut..nak tengok tak boleh..sepantas tu jugak, doktor kadir terus bagi aku gas...pengsan terus!!


Sedar-sedar aku macam mamai..still dalam dewan bedah..sampai doktor pun macam pelik..cepatnya aku sedar...dengan ubat bius, ubat tidur, gas..blom sampai 2 jam aku dh sedar...haha..tapi masa tu mamai la...aku pengsan semula..selepas tolak masuk bilik barulah aku sedar semula...sedar2 terus rasa sakit yang teramat...nasib baik aku duduk bilik sorang..so, semua family boleh masuk anytime tanpa ganggu ibu2 lain...bila sedar, perkara pertama dalam fikiran aku, adalah tentang baby...sihat ke dia, sempurna ke dia...semua ada dalam fikiran...terus mak aku ambik baby...1st word aku..."keciknya'...haha..alhamdulillah...walaupun hanya 2.5kg..sempurna cukup sifat..semoga terus sihat walafiat...tapi sebab sakit yang amat sangat...pergerakan aku terbatas...macam biasa..aku belom boleh pangku...
welcome to the new world...
Terima kasih buat sedara mara yang datang menziarah aku...kengkawan....malam aku ditemani asben...sesekali dia ambik baby bawak masuk bilik...cuma tak boleh terlalu lama sebab baby aku x tahan sejuk air cond...hari ke2, macam biasa, aku try bangun dan berjalan...masa berjalan aku takla rasa sakit sangat..tapi bila baring dan masa pegi toilet...menitik air mata menahan sakit...terus rasa serik nak beranak lagi..haha...hari ke2, aku dikejutkan dengan perkhabaran..doktor luckmal kata, macam ada bunyi angin kat jantung baby...terus terang..aku memang rasa tak tentu hala...katanya normal, biasa lubang tu akan tertutup sendiri..kalau next week still ada bunyi, dia akan refer baby untuk jumpa doktor Nizam, pakar jantung...menerima kabar begini, mmg buat kami hanya memandang antara satu sama lain...kami berserah pada Allah...semoga rezeki berpihak kepada kami..
kekok...dah lama tak pegang baby..hihi...

Hari ke3, alhamdulillah, sebelum aku discharge, doktor luckmal sahkan bunyi angin tu dah takde..alhamdulillah..syukur...semoga baby sihat walafiat dan membesar dengan baik...
aku berterima kasih kat asben,mak aku, mak dan bapak mertua aku serta saudara mara sebab diorang banyak membantu ketika menjalani tempoh berpantang ni...so, bila dah balik ke rumah, perjalanan berpantang pun bermula..haha...

Untuk tempoh 2 minggu pertama, setiap ari mak aku mandikan baby Sara...siang2 aku hanya berehat...malam nak tidur baru aku jaga Sara...alhamdulillah..takdela aku penat sangat....Sara pun tak terlepas kene jaundice...nasib baik bacaannya tak tinggi sangat...aku bawak dia jumpa Pakar kanak-kanak...bacaan hari pertama darah diambil 9.9...hari ke3 6.6 dan bila Sara berumur 20 hari, bacaannya 1.1...alhamdulillah...risau jugak takut jaundicenya berpanjangan..sebab ada juga kengkawan yang bersalin lebih kurang sama tarikh ngan aku tu, jaundice anaknya cecah sampai 41 hari...hari ke 20 juga, berat Sara dah cecah 3.2 kg...pipi pun dah nampak tembam...haha..


So, inilah journey aku kali ini...doktor memang tak ikat peranakan aku..katanya aku boleh dapatkan sorang lagi anak tahun 2016 nanti..mana tau dapat baby boy lagi...hihi...aku hanya mampu ketawa...insyaAllah kalau diberi kesihatan yang baik....
kakak n adik....
ok..jumpa lagi untuk coretan seterusnya...

No comments:

Post a Comment