Wednesday, January 1, 2014

New year, new life, new challenge....

Assalamualaikum...
selamat tahun baru!!! agak terlewat tapi better late than never kan...hehe...
ok..setelah lama menyepi...now...i'm back!! untuk tahun baru, semangat pun kena baru..haha...kalau tidak, asyik ada penyakit malas aje...so...azam tahun ni tak nak ada lagi penyakit malas tu...mudah-mudahan kan...
kata orang, kalau kita nak jadi positif, kena fikir dan bercakap pun secara positif...:)

Tahun 2013 sudahpun berlalu...semua ada secukup rasa...masam manis kehidupan...:)..cuma, ada beberapa perkara yang masih belum mencapai target...so, for this year, misi itu akan diteruskan...selagi belum tercapai..selagi tulah aku akan usahakan..tak kirala berapa lama...tahun berganti bukan halangan...tak semestinya tahun baru, kena buang azam yang lama tu kan..kecualila azam tu memang azam yang negatif la..huhu..ada ke orang buat azam negatif? melalut je aku ni..

cuti sekolah yang panjang kali ni memang tak ke mana...tahun lepas masa cuti panjang ni sempat jengah jakarta-bandung, thailand dan laos...so, this year..kita rehat kat rumah je..haha..kena menabung semula..maklumla...gaji memang cukup-cukup je untuk tampung hidup semasa...:P...patutnya cuti ni ada yang ajak pergi instanbul ari tu..tp mak ai..tak mampu..sorang pun dah cecah 4.5k...kalau 4 beranak..dah bape kan...tu belum masuk duit shopping lagi......ooooo..sungguh tak mampu...before that plan nak gi mumbai..nak ziarah kawan yang kerja kat sana...tiket flight pulak mahal...sebab air asia tak ada ke mumbai masa tu...so, semua cancel..penyudahnya duduk rumah diam-diam..haha...tapi sebenarnya tak diam jugak...ulang alik ke melaka, balik kampung, ke kl...penat la jugak..

kali ni kitaorang balik kampung lambat sikit...cik asben a week before cuti dah ke langkawi..then sambung kursus kat melaka...masa tu pulak banjir besar kat pantai timur..semua jalan nak ke kampung aku putus..so, tangguh sampai la jalan clear..dalam perjalanan still nampak rumah yang tenggelam...kesian diorang..kat kampung, asben aku pulak yang terlebih bz..ari2 dia ada aktiviti...aku pulak yang duduk kat rumah..macam terbalik la pulak...agaknya next time bawak balik kereta masing-masing baru tak gaduh-gaduh kot..haha...ni sibuk berebut kereta sebab destinasi tak sama..kehkeh...tapi alhamdulillah..sempat buat kenduri arwah kali ni..dalam pada happy kat kampung, dapat perkhabaran Busu Senah meninggal (mak sedara asben)..last sekali aku ziarah dia lepas raya haji ari tu..nasib baik sempat masak ketupat, rendang and lodeh antar kat dia masa tu...

Sebelum balik kampung, sempatla bawak sofia pergi Legoland...Setelah setahun Legoland tu bukak, aku baru nak jejakkan kaki kat sana..haha..penat boleh tahan..penat jalan kaki..tapi sungguh tak sangka..dalam seronok-seronok tu, dapat jumpa dengan kak lia and family yang kebetulan holiday kat situ..kak lia ex roomate aku masa kat kolej tahun 1999 dulu..lepastu, kitaorang sama-sama keluar kolej kemudian sewa bilik pun sama-sama jugak...last sekali jumpa kak lia tahun 2005. tu pun sekejap je...8 tahun tak jumpa..anak-anak dia pun dah besar..tapi kak lia still maintain macam dulu..aku je terlebih kembang..haha...thanx kak lia and husband yang sudi datang ke teratak buruk kitaorang...malam-malam buta makan asam pedas..kahkah..tapi lupa la pulak nak snap gambar masa kat rumah...gambar kat legoland ada tapi still belum save dalam laptop lagi..nantilah...

so, permulaan kerja di tahun baru rasa lebih menguji kekuatan fizikal dan juga mental...tahun 2014, bertambah lagi tugas..mudah-mudahan, aku mampu laksanakan dengan penuh keikhlasan..seminggu terakhir di tahun 2013, kekuatan fizikal mental teruji jugak..kebetulan aku bawak mak aku dari terengganu untuk buat rawatan kat satu pusat perubatan traditional cina. so, memang terkejar-kejar..sampai la semalam, pinggang dah mula sakit..tu belum start ngajar lagi..haha..actually..sekarang tengah sakit pinggang...kerja masih banyak lagi yang belum settle...so, ambik masa sikit nak update blog..dapat hilangkan sikit stress kerja..kerja-kerja routine tetap kena buat sebab belum dapat surat penamatan perkhidmatan sebagai guru data...yang jadi susah bila orang tak faham tugas kita..tapi bagi aku tu tak penting..yang penting kita buat kerja kita masing-masing...bila, bagaimana, di mana kita nak buat, itu pandai-pandaila kita aturkan....cara kita, dan cara orang lain tak sama...tak payahla nak sibuk-sibuk hal orang lain kan...:)
peace yo!!!!!

sofia pun dah masuk darjah 3...sekejap je..dah besar dah anak aku..huhu..kat rumah masih cakap pelat-pelat lagi..saja...dia suka buat macam baby tu..haha...tahun ni jugak dah jadi pengawas anak aku tu..hehe...aku sendiri belum tengok dia pakai uniform pengawas...ari tu masa baju dah siap, aku antar terus kat rumah nenek dia..kebetulan aku ke pusat rawatan terus pas antar baju tu...malam tadi pulak dia tidur rumah nenek dia..harap-harap dia mula belajar untuk jadi lebih bertanggungjawab lepas dilantik jadi pengawas ni...dan harap jugak..akademik dia tak terabai...alhamdulillah, sejak darjah 1 dan darjah 2, dia dapat Anugerah cemerlang akademik...anugerah tu tak seberapa...tapi sangat penting untuk peringkat budak-budak sekolah..anugerah tu mampu menjadi sokongan moral dalam diri sendiri untuk terus improve..aku tak nak push anak aku di luar kemampuannya...apa yang kitaorang buat, pupuk minat, asah bakat yang kelihatan...sekurang-kurangnya sofia dah di dedah dengan pelbagai pengalaman...paling aku tak percaya, bila dia jadi peserta program perkhemahan sekolah aku kat teluk gorek sebelum cuti ari tu...haha..sungguh tak sangka..kihkih...alhamdulillah..pandai dia bawak diri...:)

okla..ni karangan je..tak ada gambar nak letak...mak aku pun dah selamat sampai kat kampung...alhamdulillah...semoga dia serasi dengan rawatan yang diterima...
Antara azam 2014...
-nak semakin berbakti kat parents aku..(ma, mak,abah)...insha Allah..kalau diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki..
-nak jaga rumahtangga agar lebih baik dan harmoni..become a good wife n mother...:)
-tingkatkan ilmu / sambung belajar...

semoga, apa yang dirancang menjadi kenyataan...

oklah...nak tido dulu...selamat malam...:)


No comments:

Post a Comment