Thursday, September 29, 2011

Tahlil untuk Muhammad Nor Iman....

30 September 2011
Hari ini genap 40 hari arwah Iman pergi...
Terasa masa berlalu begitu pantas...
Namun...
Wajah Iman dan memory bersama Iman masih segar...
Setiap hari,nama Iman masih menjadi sebutan...

Alhamdulillah...
Semalam satu majlis tahlil diadakan khusus buat Iman dan juga
ahli keluarga yang telah meninggal diadakan..
Jauh disudut hati...terasa sangat sayu pabila
imam menyebut nama Muhammad Nor Iman Bin Nor Safarin....
Rindunya pada Iman.........

Majlis berjalan lancar...
terima kasih buat semua tetamu yang sudi hadirkan diri....
terima kasih diatas kesudian menyertai tahlil ini....
terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan Iman di Sana....
terima kasih di atas semua sumbangan kuih-muih dan tenaga
terima kasih.....

Mohon kemaafan buat semua tetamu andai layanan yang diberi kurang sempurna serta makanan yang dihidangkan hanya seadanya....
Semoga majlis ini mendapat keberkatan buat semua...

Iman..
Iman tetap dihati..
Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment